Amerika Syarikat Didakwa Lancar Perang Kewangan Politik Terhadap Palestin


RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin Mohammad Ishtaye pada Ahad menuduh pentadbiran Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu peperangan dari segi kewangan dan politik terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA), lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut kenyataan Ishtaye yang dikeluarkan selepas beliau bertemu Menteri Hal Ehwal Luar Jerman Niels Annen di Ramallah, rakyat Palestin pada dasarnya menolak inisiatif Amerika bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
AS berhasrat membentangkan satu inisiatif damai, yang dikenali sebagai “Deal of the Century,” dalam usaha menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
PA dan beberapa puak Palestin telah mengumumkan bahawa mereka menolak inisiatif itu.
“Kami menolak ‘Deal of the Century’ selepas pentadbiran (Presiden Donald) Trump memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis dan menutup pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington,” kata Ishtaye.
Beliau berkata AS dan Israel “sedang melancarkan satu peperangan dari segi kewangan terhadap rakyat Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin, terutama dalam menghentikan dana tahunan yang disalurkan kepada Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).”
Sementara itu, Ishtaye mengumumkan bahawa rakyat Palestin turut menolak bengkel ekonomi yang diterajui AS di Bahrain, yang bertajuk “Peace for Prosperity.”
“Kami tidak boleh terus-terusan menerima situasi semasa kerana Israel, yang disokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat, sedang mencuri tanah serta wang kami dan menjejaskan sebarang peluang untuk mewujudkan sebuah negara Palestin,” katanya.
Saeb Erekat, Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif PLO yang turut bertemu Annen, dalam satu kenyataan akhbar berkata rakyat Palestin komited dengan prinsip penyelesaian dua negara di sempada 1967 dengan Baitulmaqdis Timur diangkat sebagai ibu negaranya.
Erekat menegaskan bahawa rakyat Palestin menolak bengkel ekonomi di Bahrain yang dijadual berlangsung di Manama dari 25 hingga 26 Jun, dan menambah bahawa “bengkel itu bertujuan mengubah prinsip tanah untuk tanah kepada kedamaian dan kemakmuran.”
Di Gaza, Khalil al-Hayya, timbalan ketua pergerakan Islam Hamas, berkata pihaknya menggesa satu mogok umum diadakan di wilayah-wilayah Palestin pada 26 Jun sebagai bantahan terhadap penganjuran bengkel ekonomi di Bahrain.
Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat menggesa agar perhimpunan dan demonstrasi diadakan pada 25 dan 26 Jun juga sebagai membantah bengel ekonomi tajaan AS yang bakal berlangsung di Bahrain.
Sumber : BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/17/amerika-syarikat-didakwa-lancar-perang-kewangan-politik-terhadap-palestin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Dilaporkan Memberi Amaran Risiko Sekuriti Terhadap Amerika Syarikat Disebabkan Oleh Halangan Huawei

Google Dilaporkan Memberi Amaran Risiko Sekuriti Terhadap Amerika Syarikat Disebabkan Oleh Halangan Huawei

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 335 hits
Google kini dilaporkan memberikan amaran kepada pihak Amerika Syarikat yang mana halangan penawaran teknologi mereka kepada pihak Huawei mungkin membawa kepada pelbagai ancaman sekuriti Google diperkatakan risau yang mana mereka tidak boleh...
Intel Dan Qualcomm Dilaporkan Melobi Kerajaan Amerika Syarikat Meringankan Halangan Perdagangan Huawei

Intel Dan Qualcomm Dilaporkan Melobi Kerajaan Amerika Syarikat Meringankan Halangan Perdagangan Huawei

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 192 hits
Intel dan Qualcomm merupakan antara pengeluar cip pemprosesan terkemuka dan juga merupakan antara yang menjual cip mereka kepada pihak Huawei Walaubagaimanapun disebabkan oleh halangan perdagangan yang kerajaan Amerika Syarikat terhadap Hua...
Maklumat Akaun Media Sosial Kini Diperlukan Untuk Mohon Visa Ke Amerika Syarikat

Maklumat Akaun Media Sosial Kini Diperlukan Untuk Mohon Visa Ke Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 313 hits
Umum mengetahui orang luar sememangnya memerlukan visa sama ada untuk melancong untuk beberapa hari ataupun untuk menetap dalam beberapa waktu untuk tujuan belajar atau bekerja Kini setiap individu yang memerlukan visa perlu memberikan satu...
Memalsukan Dokumen Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pengendali Umrah Didakwa

Memalsukan Dokumen Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pengendali Umrah Didakwa

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 249 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Nexea Lancar Program Rintis Syarikat Permulaan Korporat Terima Permohonan Sekarang

Nexea Lancar Program Rintis Syarikat Permulaan Korporat Terima Permohonan Sekarang

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 222 hits
Kuala Lumpur 17 JUN 2019 NEXEA Angels Sdn Bhd firma pelaburan permulaan terkemuka hari ini mengumumkan pelancaran Program Rintis Syarikat Permulaan Korporatnya yang bertujuan mempertemukan syarikat permulaan teknologi tempatan dengan syarik...
Asap Dan Api Menjulang Israel Lancar Serangan Balas Dua Juta Penduduk Palestin Terjejas

Asap Dan Api Menjulang Israel Lancar Serangan Balas Dua Juta Penduduk Palestin Terjejas

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 327 hits
Terbaru pesawat tempur Israel melakukan serangan balas melalui udara terhadap wilayah Gaza Serangan tersebut dilapor dilancarkan semalam dan diarahkan ke kem Hamas yang terletak di Gaza Walau bagaimanapun serangan daripada Israel itu tidak ...
Malaysia Menerima 12 Dron Scaneagle Dari Amerika Syarikat Untuk Pemantauan Maritim

Malaysia Menerima 12 Dron Scaneagle Dari Amerika Syarikat Untuk Pemantauan Maritim

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 282 hits
Penggunaan dron oleh kesemua cabang pihak tentera kini dilakukan secara meluas Malaysia juga akan menjadi antara negara dengan armada mereka sendiri selepas menerima 12 dron Insitu ScanEagle di bawah program Maritime Security Initiative ker...
Selepas Huawei Pengeluar Adikomputer China Pula Dilarang Dari Membeli Perkakasan Amerika Syarikat

Selepas Huawei Pengeluar Adikomputer China Pula Dilarang Dari Membeli Perkakasan Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 193 hits
China ialah negara yang mempunyai jumlah adikomputer tertinggi di dunia menurut senarai yang dikeluarkan oleh Persidangan Adikomputer Antarabangsa minggu ini Mereka mempunyai 219 adikomputer berbanding Amerika Syarikat di tangga kedua denga...
Jemaah Angkat Kaki Tinggalkan Masjid Lepas Imam Didakwa Berkhutbah Politik Selepas Solat Sunat Aidilfitri

Jemaah Angkat Kaki Tinggalkan Masjid Lepas Imam Didakwa Berkhutbah Politik Selepas Solat Sunat Aidilfitri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 243 hits
Tidak berpuas hati dengan khutbah solat sunat Aidilfitri yang mempunyai unsur politik ramai jemaah nekad angkat kaki keluar masjid di sebuah masjid daerah Jawa Tengah sebelum menyempurnakan ibadah tersebut baru baru ini Insiden tersebut tul...
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

App Inarah

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Masih Beraya



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Al Qur An Sebagai Obat Dan Faktor Yang Mempengaruhi Berhasilnya Ruqyah

Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja

More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life