Ambulans Tak Dapat Lalui Jalan Rosak Jenazah Dibawa Naik Motosikal


Ambulans Tak Dapat Lalui Jalan Rosak, Jenazah Dibawa Naik Motosikal
Penduduk di Sanggau, wilayah Kalimantan Barat mengundang perhatian ramai kerana membawa jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki motosikal, lapor portal Tribunnews.
Imej dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kembayan_informasi menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah yang dibungkus dengan kain.
Selain diikat dengan tali, jenazah itu dibaringkan pada papan kayu yang diletakkan di belakang motosikal agar tidak jatuh.
Difahamkan, jenazah tersebut pada awalnya dibawa dengan ambulans, namun ditukar kepada motosikal selepas pemandu mendapati laluan ke tanah perkuburan tidak dapat dilalui.
Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sanggau, Hendrikus Hengki meminta pemerintah untuk menambah baik infrastruktur di kawasan itu.
“Saya sangat terkesan dengan keadaan infrastruktur sekarang terutamanya di kawasan yang masih dalam pembangunan sehingga jenazah perlu dibawa dengan motosikal,” ujarnya lagi.
Ketua Kampung Suruh Tembawang, Toni Kristian, mengesahkan beliau sendiri mendampingi jenazah sehingga tiba di rumah mayat.
Menurut Toni, ambulans sempat terperosok di beberapa lokasi kerana jalan yang berlumpur dan licin selepas hujan.
Ambulans beberapa kali tersekat di jalan berbatu, berlumpur “Akhirnya, jenazah dipindahkan dan dibawa menggunakan motosikal supaya dapat sampai dengan cepat,” katanya lagi.
Toni memaklumkan bahawa Allahyarham sebelum ini pernah dirawat di Hospital Sanggau dan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU)
Jenazah kemudiannya dibawa menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke motosikal bagi memastikan penghantaran ke rumah mayat berjalan dengan lancar.
Tribunnews melaporkan bahawa dalam perjalanan pulang, ambulans beberapa kali tersekat di jalan berbatu dan berlumpur, selain hujan lebat disertai petir yang melanda kawasan itu.
“Dengan turunnya hujan, jalan berlumpur dan berbatu di kawasan sungai menjadi lebih licin, sekali gus melambatkan perjalanan ambulans,” jelas Toni.
Tambah beliau, ambulans turut tersangkut di bahagian lumpur di beberapa lokasi dan terpaksa ditarik secara manual menggunakan tali.
Setibanya di pusat komuniti desa, ambulans tidak mampu lagi membawa jenazah kerana keadaan jalan yang rosak teruk.
Jadi, keluarga Allahyarham dan penduduk kemudian memutuskan untuk meletakkan papan bagi memudahkan penghantaran jenazah menggunakan motosikal.
BACA: “Reply Titik Pun Jadilah,” Abang Kurier Titip Pesanan Kepada Pelanggan Bayar Online Sumber: Tribunnews
The post Ambulans Tak Dapat Lalui Jalan Rosak, Jenazah Dibawa Naik Motosikal appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/09/ambulans-tak-dapat-lalui-jalan-rosak-jenazah-dibawa-naik-motosikal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori Rosak Di Selangau

Suami Isteri Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori Rosak Di Selangau

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 205 hits
Suami Isteri Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori Rosak Di Selangau SIBU 10 Nov Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer...
Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 291 hits
Pasaran emas global mengakhiri minggu pertama bulan November dalam keadaan keyakinan yang memberangsangkan Selepas penanguhan seketika singkat harga emas sekali lagi berkumpul di sekitar tahap kunci 4 000 setiap auns Pemulihan ini didorong ...
Buasir Otak Tv Roblox Naik Motor Drag Di Wilayah Utara Live

Buasir Otak Tv Roblox Naik Motor Drag Di Wilayah Utara Live

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 202 hits
Jom kita merempit naik motor di wilayah Utara dalam game Roblox This Is Utara Brother Jom tonton animasi ini
Tutorial Naik Mrt Taiwan Dengan Bantuan Google Maps

Tutorial Naik Mrt Taiwan Dengan Bantuan Google Maps

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 246 hits
Berikut tutorial naik MRT Taiwan dengan mudah bagi traveler 1 Beli single journey ticket 2 Pakai EasyCard iCash 3 Cari peron sesuai dengan tujuan destinasi 4 Berdiri di lokasi antrean MRT yang sudah disediakan
Harga Storan Dijangka Naik 2x Ganda Ceo Phison

Harga Storan Dijangka Naik 2x Ganda Ceo Phison

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 189 hits
Lonjakan permintaan kecerdasan buatan dan pengkomputeran awan telah menyebabkan harga cip NAND meningkat dua kali ganda dalam tempoh enam bulan Menurut CEO Phison K S Pua harga cip TLC 1 terabit naik dari AS 4 80 pada Julai 2025 kepada AS 1...
Harga Ram Pc Di Pasaran Global Dilaporkan Naik Mendadak

Harga Ram Pc Di Pasaran Global Dilaporkan Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 206 hits
Harga memori DDR5 dilaporkan melonjak sehingga dua kali ganda berbanding beberapa bulan lalu ekoran permintaan tinggi dari sektor AI https x com ghost motley status 1985827062813249936 Kenaikan ini turut menjejaskan jenis RAM DDR4 dengan ke...
Keputusan Awal Naik Cukai Alor Setar Dah Dibuat 1 Oktober 2025

Keputusan Awal Naik Cukai Alor Setar Dah Dibuat 1 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 191 hits
Pelik je Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor Kedah tanya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan YB Teh Swee Leong bila lulus kadar cukai taksiran baru bawah MBAS 1 Kamu sebagai MB takkan tak baca Akta Kerajaan Tempatan 1976 Atau kamu buat bu...
Hiburan Nubhan Muat Naik Ig Story Amber Heard Peminat Naik Hantu Sindir Ibu Yang Lahirkan Anak Sendiri Ke

Hiburan Nubhan Muat Naik Ig Story Amber Heard Peminat Naik Hantu Sindir Ibu Yang Lahirkan Anak Sendiri Ke

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 260 hits
Kecoh di laman Threads apabila seorang pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan penyanyi yang memuat naik Instagram Story dengan kapsyen merujuk kepada Amber Heard seolah olah menyindir bekas isterinya Dr Afifah Hidayah selepas pend...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Speed Read A Sportster Street Tracker By Fxr Division And More


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Profound Benefits Of Reading Books

Irresistible Hello Fresh Beef And Rice Recipe

Klinik Pembedahan Mulut Dan Maksilofasial

Ngo Malaysia Bongkar Kesukaran Membantu Aceh Ehailing Fm 19 12 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

Malam Berinai Di Hotel