Ambil Tindakan Menteri Solat Terawih Langgar Pkp Akmal



Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih 20,000 rakyat marhaen telah ditangkap dan didenda atau penjara kerana melanggar undang-undang.
Malah, rakyat yang solat berjemaah di masjid dan surau juga diambil tindakan, termasuk solat Terawih berjemaah di bulan Ramadan.
Bagaimanapun terdapat beberapa foto di media sosial sejak semalam, didakwa gambar Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa sedang solat Terawih berjemaah bersama selain ahli keluarga beliau.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Akmal Nasir, perbuatan Annuar itu tidak seharusnya dimaafkan ketika rakyat biasa dikenakan hukuman. Katanya, contoh buruk dari seorang menteri akan menjadi ikutan rakyat yang merindui ibadat solat Terawih berjemaah di rumah ibadat
“Saya merujuk kepada perkongsian YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan di laman twitter beliau mengenai solat Terawih berjemaah bersama staf yang bukan bersama ahli keluarga beliau.
“Amalan sunat Terawih ini amat dituntut dan golongan muslim di Malaysia pasti merindui untuk berjemaah dengan qariah.
“Namun, atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita terpaksa akur untuk bersolat bersama keluarga di rumah masing-masing dan malangnya ada yang ditahan polis kerana Terawih berjemaah di surau.
“Apakah perkongsian Menteri berkenaan untuk menunjuk-nunjuk kealiman beliau lebih hebat daripada rakyat biasa. Atau adakah Menteri hendak buktikan kedudukan beliau lebih tinggi daripada rakyat Malaysia sekaligus mengesahkan undang-undang dua darjat di bawah Perikatan Nasional?” tanya Akmal dalam kenyataan di Facebook beliau.
Selain itu, Akmal mempersoalkan kewajaran menteri berjemaah bukan dengan ahli keluarga kerana dalam pengumuman perdana menteri mengenai pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei, masih kekal larangan aktiviti keagamaan secara berjemaah dikuatkuasakan.
“Sekiranya Menteri tidak lagi patuh PKP dan tiada tindakan, displin rakyat melaksanakan PKPB mungkin akan berkurangan.
“Adakah Tan Sri Annuar ingin memberi contoh teladan bahawa Terawih selepas ini boleh dilaksanakan secara berjemaah dengan rakan taulan di pejabat masing-masing bermula Isnin ini?” tanya beliau lagi
Menurut Akmal lagi, untuk berlaku adil, Annuar wajar ditahan untuk disoalsiasat mengikut Peraturan 6 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) 2020 seperti mana rakyat biasa yang ditangkap kerana terawih berjemaah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27435

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batalkan Pkp Atau Mco Kalau Muhyiddin Tak Ambil Tindakan Pada Menteri Menteri Yang Langgar Pkp

Batalkan Pkp Atau Mco Kalau Muhyiddin Tak Ambil Tindakan Pada Menteri Menteri Yang Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 463 hits
INI lah muka muka orang KENAMAAN yang melanggar PKP atau MCO Antaranya Timbalan MENTERI KESIHATAN Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak Razman Zakaria dari Pas Makan kenduri lagi Siapa yang buat PKP ini Jawabnya Menteri dan Kabinet Kalau pembuat...
Lagi Menteri Langgar Garis Panduan Pkp

Lagi Menteri Langgar Garis Panduan Pkp

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 262 hits
ARIF ATAN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin didakwa melanggar garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan Puluhan orang dilihat mengiringi bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu ke...
Langgar Pkp Timbalan Menteri Exco Perak Didakwa Di Mahkamah Esok

Langgar Pkp Timbalan Menteri Exco Perak Didakwa Di Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 304 hits
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan anggota exco kerajaan negeri Perak Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Perak Anuar Othman ...
Timb Menteri Exco Perak Akan Didakwa Kerana Langgar Pkp

Timb Menteri Exco Perak Akan Didakwa Kerana Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 261 hits
Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok kerana melanggar perintah kawalan pergerakan Ketua Polis Perak Razarudin Husain dipetik oleh New Straits Times mengesahkan perkembangan...
Langgar Pkp Kenapa Ada Yang Didenda Rm400 Ada Pula Rm800 Rm1000 Ini Jawapan Menteri Kanan

Langgar Pkp Kenapa Ada Yang Didenda Rm400 Ada Pula Rm800 Rm1000 Ini Jawapan Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 284 hits
PUTRAJAYA Tiada campur tangan kerajaan dalam penentuan hukuman atau denda kepada mana mana individu yang disabitkan bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sebaliknya Menurut Menteri Kanan itu kep...
Anak Bekas Menteri Langgar Pkp Cabar Netizen Lapor Polis

Anak Bekas Menteri Langgar Pkp Cabar Netizen Lapor Polis

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 752 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua timbalan menteri dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan hari ini tular pula gambar seorang anak bekas menteri yang melakukan perkara yang sama Beberapa keping gambar yang dimuatnaik ke Instagram individu be...
Membakut 11 Lelaki Ditahan Ingkar Pkp Kerana Solat Terawih Berjemaah

Membakut 11 Lelaki Ditahan Ingkar Pkp Kerana Solat Terawih Berjemaah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 370 hits
Sebelas lelaki ditahan akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan dengan menunaikan ibadah solat terawih secara berjemaah di sebuah surau berhampiran Kampung Binsulok Membakut Perbuatan itu terbongkar selepas foto mereka tular di media sosia...
Solat Tarawih Di Pejabat Tidak Langgar Pkp Annuar Musa

Solat Tarawih Di Pejabat Tidak Langgar Pkp Annuar Musa

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 539 hits
KUALA LUMPUR Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menafikan beliau melanggar Perintah Kawalan Pergerakan berikutan menunaikan solat tarawih berjemaah bersama enam kakitangan kementeriannya malam Khamis lalu Jelasnya solat berjema...
Pkp Kebenaran Solat Jumaat Tarawih Di Bincangkan Esok

Pkp Kebenaran Solat Jumaat Tarawih Di Bincangkan Esok

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 490 hits
PUTRAJAYA Semua kementerian akan terlibat pada Mesyuarat Khas Menteri Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan esok bagi membentangkan prosedur operasi standard baharu termasuklah kebenaran bagi orang Islam menunaikan solat ...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa

Rukun Islam Jangan Ditambahkurangi Itu Namanya Dholalah Finnar

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Doge Jumaat 3 Mei 2024

Singgah Solat Di Masjid Sri Sendayan