Ambil Tahu Ini 10 Punca Kereta Anda Boleh Terbakar


Ambil Tahu, Ini 10 Punca Kereta Anda Boleh Terbakar
Tak dinafikan, kebakaran kereta antara insiden yang kerap tular di media sosial.
Ada yang berlaku ketika kenderaan sedang dipandu dan ada juga yang berlaku walaupun kereta sekadar diparkir di kawasan tertentu. Hakikatnya, kebakaran kereta boleh berlaku pada bila-bila masa.
Persoalannya, apakah punca sebenar yang boleh menyebabkan kereta boleh terbakar?
Berikut kami kongsikan 10 punca kebakaran kenderaan yang mungkin ramai tidak sedar, tetapi penting untuk diketahui demi keselamatan anda dan orang sekeliling.
1. Kebocoran sistem bahan api Ini merupakan punca paling utama kebakaran kenderaan. Petrol dan diesel sangat mudah terbakar, malah percikan kecil sahaja boleh mencetuskan api, terutama apabila terkena permukaan logam yang panas. Jika anda terhidu bau petrol, segera periksa dan baiki kebocoran.
2. Kegagalan sistem elektrik Masalah bateri dan pendawaian elektrik boleh menghasilkan percikan api. Pendawaian yang rosak atau terkopek di bahagian pintu, tempat duduk atau bawah karpet juga boleh menyebabkan kebakaran tanpa disedari.
3. Tumpahan cecair kenderaan Kereta mengandungi pelbagai cecair yang mudah terbakar seperti minyak enjin, minyak gear, cecair brek, minyak stereng dan bahan api.
Jika berlaku kebocoran akibat kemalangan atau kerosakan komponen, api boleh tercetus dengan cepat, terutamanya di bahagian enjin.
4. Enjin terlebih panas Enjin yang terlalu panas tidak terus menyebabkan api, tetapi suhu tinggi boleh menyebabkan minyak dan cecair lain melimpah ke bahagian panas lalu menyambar api. Masalah ini memerlukan pemeriksaan mekanikal segera.
5. Penukar katalitik (catalytic converters) terlebih panas Komponen ini bahagian ekzos yang sangat panas. Jika ia bekerja terlalu keras akibat masalah enjin, suhunya boleh meningkat sehingga merosakkan bahagian sekeliling dan berpotensi mencetuskan kebakaran, terutama jika dekat dengan bahan mudah terbakar.
6. Bateri kenderaan hibrid dan elektrik Walaupun jarang berlaku, bateri berkuasa tinggi dalam kenderaan elektrik dan hibrid boleh terbakar jika rosak atau terhimpit akibat hentaman.
Namun, statistik menunjukkan kebanyakan kebakaran masih melibatkan kereta petrol kerana jumlahnya lebih banyak di jalan raya.
7. Perbuatan khianat (Arson) Ada kes kebakaran kenderaan berpunca daripada perbuatan sengaja seperti khianat, vandalisme atau penipuan insurans. Biasanya melibatkan pengubahsuaian pada sistem bahan api atau elektrik.
8. Kemalangan jalan raya Hentaman kuat boleh menyebabkan kebocoran cecair, pengeluaran haba dan percikan api. Walaupun kereta moden direka dengan zon remuk untuk menyerap impak, kebakaran masih boleh berlaku. Jadi jika terlibat kemalangan, jauhkan diri dari kenderaan sebaik mungkin.
9. Penyelenggaraan kurang baik Mengabaikan pemeriksaan berkala meningkatkan risiko kebakaran. Bahagian rosak, pendawaian bermasalah dan kebocoran tidak diperbaiki boleh mencetuskan insiden. Kenderaan lama dan klasik lebih berisiko jika tidak dijaga rapi.
10. Kecacatan rekaan (design flaw) Walaupun jarang berlaku, ada kenderaan yang dipanggil balik (recall) kerana berisiko kepada pemiliknya. Pengeluar biasanya akan memperbaiki masalah ini, namun ia tetap menjadi faktor yang perlu difahami.
BACA: 10 Jenama Kereta Paling Banyak Dibeli Rakyat Malaysia 2025
Sumber: HowStuffWorks
The post Ambil Tahu, Ini 10 Punca Kereta Anda Boleh Terbakar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/22/ambil-tahu-ini-10-punca-kereta-anda-boleh-terbakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Baru Keluar Kedai Terbakar Sebelum Tiba Di Rumah

Kereta Baru Keluar Kedai Terbakar Sebelum Tiba Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 166 hits
KOSMO SEBUAH kenderaan terbakar di Jambatan Kanchanaphisek Samut Prakan Foto KhaosodBANGKOK Sebuah kenderaan yang baru dibeli sepasang suami isteri di Thailand hangus terbakar sebelum mereka sempat tiba di rumah lapor laman berita Thaiger h...
Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan

Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 94 hits
Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan BUKIT MERTAJAM 22 Dis Empat kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kompleks makanan di Jalan Song Ban Kheng di sini musnah dalam kebakaran petang ini ...
Pemandu Terselamat Kereta Bmw 328i Musnah Terbakar

Pemandu Terselamat Kereta Bmw 328i Musnah Terbakar

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 163 hits
MOHD FAHMI ISMAILBomba sedang memadamkan kebakaran babitkan kereta jenis BMW di Lebuh Raya Besraya Kuala Lumpur malam ini GAMBAR JBPMKUALA LUMPUR Pemandu kereta jenis BMW 328i berjaya menyelamatkan diri selepas kenderaannya terbakar dalam k...
Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum wbt Pernah tak terjadi pada awak bila awak nak follow blog seseorang tapi tiba tiba butang follow macam tak berfungsi Atau awak mendapat notiafikasi seperti ini Sebenarnya saya pun pernah alami situasi yang sama mula mula ag...
Penduduk Sumatera Tak Boleh Sembarangan Ambil Kayu Balak Sisa Banjir Kena Ikut Peraturan

Penduduk Sumatera Tak Boleh Sembarangan Ambil Kayu Balak Sisa Banjir Kena Ikut Peraturan

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 101 hits
Penduduk Sumatera Tak Boleh Sembarangan Ambil Kayu Balak Sisa Banjir Kena Ikut Peraturan Istana Presiden Indonesia melalui Menteri Setiausaha Negara Prasetyo Hadi tampil bersuara berhubung penggunaan kayu balak yang dihanyutkan semasa kejad...
Modal Kecil Boleh Buat Duit Dengan Kripto Ke

Modal Kecil Boleh Buat Duit Dengan Kripto Ke

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 119 hits
Modal Kecil Boleh Buat Duit Dengan Kripto Ke Salah satu soalan paling popular dalam dunia kripto ialah Kalau modal kecil The post appeared first on
Isu Tarif Boleh Ditangani Melalui Rundingan Berterusan Pm Anwar

Isu Tarif Boleh Ditangani Melalui Rundingan Berterusan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 97 hits
JOHANNESBURG 22 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa isu tarif dengan Amerika Syarikat boleh diselesaikan melalui perbincangan dan rundingan berterusan berdasarkan pengalaman Malaysia dalam menguruskan hubungan p...
Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 145 hits
ASUS mengumumkan ketersediaan ASUS V600 AiO yang merupakan PC AI All in One pertama ASUS Ia dikuasakan oleh AMD Ryzen AI 5 dengan NPU TOPS bagi membolehkan sokongan penuh Copilot PC Didatangkan dengan memori 16GB DDR5 dan storan sehingga 51...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Folder Korporat Elemen Penting Untuk Imej Profesional Syarikat

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

Ya Saya Kini Sah Bercerai Dan Dalam Tempoh Idah Dayana Roza

Perbicaraan 1mdb Mahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Dari Raja Arab Adalah Palsu