Ambil Ikhtibar Perpecahan Parti Agama Perkukuh Perjuangan Reformasi



Dr. Mohd Amim Othman
Kita selalu bercakap tentang sabda Nabi Muhamad s.a.w supaya jangan masuk ke dalam lubang biawak dua kali. Nasihat tentang jangan mudah termakan perangkap musuh serta berhati-hati dengan tipu helah mereka. Sebenarnya, lubang biawak itu bukan sekadar penipuan oleh individu yang tiada maruah dan tidak boleh dipercayai tetapi lebih daripada itu boleh merujuk satu pakatan jahat atau organisasi terancang.
Secara konsep, lubang biawak seharusnya difahami sebagai sebuah usaha jahat yang cuba memerangkap musuh supaya menjadi lemah. Perangkap yang dipasang boleh datang dari individu yang berniat jahat tetapi itu juga boleh merujuk kepada satu organisasi terancang. Organisasi yang merancang satu proses memasukkan sebuah sebuah parti politik ke dalam perangkap mereka supaya pemimpin, pekerja parti dan penyokong bergaduh di antara satu sama lain. Selalunya, isu utama yang digunakan oleh pihak musuh untuk memecahbelah kesatuan parti atau organisasi adalah kuasa, jawatan dan kawasan jajahan.
Dua elemen utama penggerak konspirasi adalah umpan dan agen pelaksana. Dalam era digital, medium utama adalah media sosial dan sedikit dedak untuk pelincir agen pelaksana. Malah, dalam beberapa situasi agen pelaksana yang paling efektif adalah agen dari kalangan pimpinan parti itu sendiri. Setengah pemimpin sedar peranan mereka dan setengahnya pula tidak sedar mereka digunakan untuk memecahbelahkan parti mereka.
Umpan pula adalah kuasa dan jawatan yang bakal dipegang. Setengah pemimpin melihat peluang membentuk kerajaan dengan jalan mudah dan setengah lagi dengan bersabar. Dua faktor iaitu jalan mudah dan bersabar akhirnya memecahbelah kesatuan yang sudah lama dibina. Demi kuasa, persahabatan menjadi perkara kedua. Itulah realiti politik. Demi kuasa persahabatan boleh terlerai dan musuh menjadi kawan. Lawan menjadi kawan.
Sesetengah agen pelaksana adalah pemimpin yang belot dan menyusup masuk menjadi orang paling dipercayai di kalangan pemimpin utama yang memegang kuasa dalam proses pembuatan keputusan. Matlamat utama mereka satu, iaitu pemimpin utama memutuskan hubungan sedia ada di dalam kesatuan rakyat yang mengerunkan musuh. Selalunya, pemimpin utama hanya menyedari kesilapan mereka selepas keputusan sudah dibuat dan parti sudah berpisah dan ahli di bawah berpecah. Ketika itu, sudah terlewat untuk menarik “handbrake” bagi menghalang kerosakan yang lebih besar.
Mangsa perangkap biawak
Satu ketika dulu di alam Melayu, sebuah parti berasaskan agama menjadi kuat kerana bersatu dengan parti lain dan membentuk satu kesatuan rakyat akhirnya tersungkur lemas disebabkan kegiatan agen-agen pelaksana di dalam parti. Pemimpin utama berasaskan agama mula dipengaruhi semangat untuk membentuk sebuah kerajaan Islam Utopia telah bertelagah dengan ahli sendiri dan membentuk dua aliran di dalam parti.
Aliran kedua yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut membentuk sebuah parti baru yang mempunyai ide yang sama tetapi dengan kaedah yang lebih sederhana. Parti berasaskan agama menang tetapi tergadai dengan kehilangan sokongan sebahagian kawasan pemerintahan dan hanya kekal berkuasa di lubuk tradisi. Ide membentuk kerajaan syumul akhirnya utopia yang tidak tergapai lagi dan pemimpin utama sedar mereka perlu bekerjasama dalam satu kesatuan rakyat.
Mereka sedar dengan berdiri sendiri tidak mampu berkuasa. Akhirnya parti agama berpaling menjadi “chameleon” dan bertukar warna menyokong perjuangan parti berasaskan kaum dan bangsa sebagai pilihan strategik. Terserlah real politik bahawa semua parti yang bertanding di dalam sistem demokrasi matlamat mereka adalah sama iaitu untuk berkuasa, memegang jawatan dan wang ringgit, bukan lagi perjuangan suci agama. Dalam mana-mana parti yang berpegang kepada demokrasi mereka akan berkata bahawa kami memegang prinsip. Prinsip kami adalah rakyat, demi rakyat dan maslahat rakyat. Semua prinsip itu utuh sehinggalah mereka menyedari bahawa bersendirian di dalam sistem demokrasi tidak mampu berkuasa atau membentuk kerajaan.
Sejarah berulang kembali
Kini seperti dejavu, perkara sama berulang di dalam gabungan tiga parti berasaskan pelbagai kaum. Pekerja parti dan penyokong di bawah riuh rendah dengan semangat serta laungan kami kuat dan kami boleh bertarung bersendirian. Ketika marah dan sedih kehilangan kuasa Kerajaan Pusat, itulah pendapat orang-orang yang putus asa. Membuat keputusan segera tanpa mengambilkira kekuatan semasa. Ekonomi di ambang kemusnahan, ramai dibuang kerja, rasuah bertebaran, petualang dan pengkhianat di hujung pintu parti bersedia untuk melompat. Kata mereka “apakah ini balasan tuhan kepada kami? Adakah kerana dosa kami, dosa pemimpin kami atau dosa kami memilih pemimpin yang akhirnya mengkhianati kami?
Sebenarnya jawapan tersebut ada pada mereka iaitu sifat sabar. Kesabaran pejuang parti dari kalangan pemimpin, pekerja dan penyokong parti. Jika bersabar, bersatu dan kekal di dalam kesatuan rakyat. Anda sebenarnya sudah berada di hujung pintu kejayaan. Musuh anda sebenarnya sudah tahu nyawa mereka hampir tamat. Hanya perpecahan di antara anda adalah alat dan kaedah paling mudah untuk menyambung saki baki hayat politik mereka. Periksa di sekeliling anda, siapa kawan dan siapa agen pelaksana mereka. Agen pelaksana lazimnya adalah mereka yang dulu mengkhianati kita dan kini pura-pura baik menyokong kita. Mereka inilah yang akan menjadi pemimpin baru selepas pemimpin utama terkorban. Itulah perangkap biawak dan pengkhianatan.
Ayuh kembali ke jalan rakyat. Satukan mereka. Ketika ini mereka dahagakan komitmen anda. Anda adalah bintang mereka yang memandu ke jalan yang benar. Jangan sia-siakan kepercayaan mereka dan mandat yang mereka berikan kepada anda. Tanpa mereka siapakah anda di dalam parti dan kerajaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28418

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Adalah Parti Yang Benar Benar Menghargai Rakan Perjuangan Bukan Islam

Pas Adalah Parti Yang Benar Benar Menghargai Rakan Perjuangan Bukan Islam

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 351 hits
Hari Ini satu lagi catitan baharu dalam sejarah Parti Islam Se Malaysia apabila Ketua Dewan Himpunan Pendokong PAS Pusat telah mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara yang baharu sebentar tadi YB Senator Balasubramaniam a l Nachiappa...
Parti Agama Jadi Syaitan Bisu

Parti Agama Jadi Syaitan Bisu

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 183 hits
Via WhatsApp KALI PERTAMA Peguam Negara ketika Umno berkuasa telah membersihkan Musa Aman daripada bersalah kes rasuahnya Bila Pas belum dapat kuasa Pas berkeras tegas terhadap skandal rasuah RM40 juta Musa Aman KALI KEDUA Peguam Negara ket...
Mahasiswa Perguruan Tinggi Agama Negeri Diberikan Keringanan Uang Kuliah

Mahasiswa Perguruan Tinggi Agama Negeri Diberikan Keringanan Uang Kuliah

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 255 hits
Ada tiga skema keringanan pembayaran UKT yang diberikan kepada mahasiswa PTKN Yakni dengan pengurangan UKT perpanjangan waktu pembayaran UKT dan angsuran UKT bagi mahasiswa pada PTKN yang menerapkan pola keuangan Badan Layanan Umum
Video Pas Berpandukan Agama Atau Pandu Tunggang Agama

Video Pas Berpandukan Agama Atau Pandu Tunggang Agama

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 407 hits
Kepada siapa yang nak minum kalau sudah mabuk patut guna e hailing Sebelum itu pada 29 Januari lalu Menteri Pengangkutan ketika itu Anthony Loke bertegas untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memberi hukuman lebih berat kepada mer...
Kerana Kepercayaan Agama Segelintir Individu Bertindak Melarikan Mayat Mangsa Covid 19

Kerana Kepercayaan Agama Segelintir Individu Bertindak Melarikan Mayat Mangsa Covid 19

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 170 hits
Lebih kurang 33 individu ditahan dan berdepan dengan tujuh tahun penjara melanggar peraturan kuarantin kesihatan Ini kerana mereka antara ahli keluarga yang merampas mayat secara paksa di mana sudah sedia dikebumikan mengikut protokol virus...
Penjual Agama Dimana Pun Sama

Penjual Agama Dimana Pun Sama

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 226 hits
W faudzinLihatlah bagaimana portfolio agama PH dahulu diserang atas isu yang dimanipulasikan Halangan sindiket air zam zam yang tidak sah kerana telah dinafikan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi di KL bahawa tiada penjualan komersial dipulas s...
Kenali Penunggang Agama Kalangan Anda

Kenali Penunggang Agama Kalangan Anda

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 330 hits
Kredit Sahul HM Tips Mengenal Penunggang Agama 1 Dia berkawan dengan kafir dia kata halal orang berkawan dia kata haram 2 Orang ijtihad dia kutuk katanya ijtihad tak guna Dia ijtihad semuanya betul Padahal bukan dia tak tahu ijtihad oleh mu...
Terkini Kanak Kanak Dan Pesakit Bergejala Tidak Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Menteri Agama

Terkini Kanak Kanak Dan Pesakit Bergejala Tidak Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Menteri Agama

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 420 hits
Dalam satu sidang media menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini Untuk menjaga kesejahteraan umat Islam ker...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Catatan Hujung Minggu

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Maksud All Eyes On Rafah

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way