Amat Tidak Wajar Boo Wakil Armada Kata Annuar


PRK SLIM | Setiausaha Agung BN Annuar Musa beranggapan layanan penyokong BN terhadap wakil Pemuda Bersatu (Armada) majlis pelancara jentera Pemuda BN menjelang pilihan raya kecil (PRK) Slim hari ini sebagai sangat tidak wajar.
Kata Annuar Perikatan Nasional (PN) sepatutnya menumpukan gerak kerja untuk PRK Slim secara berpasukan.
Menurutnya ada kemungkinan kejadian itu berlaku dengan pengaruh suasana ketika majlis itu berlangsung.
“Harap ia tidak benar. Jika benar ia amat tidak wajar. Mungkin kerana suasana gallery dan ada yang play to the gallery,” ciapnya sambil mengepilkan laporan berita Malaysiakini petang ini.
Kejadian menyorak wakil Armada itu berlaku ketika Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi ucapan perasmian.
Tiga wakil Armada – termasuk ketuanya untuk Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh – berada di atas pentas ketika Zahid menyampaikan ucapannya.
“Pada (PRK) Chini dan Slim, ada Armada Bersatu,” kata Ahmad Zahid dengan disambut jeritan boo daripada hadirin.
Ahmad Zahid juga boleh dianggap tidak menunjukkan simpati apabila dia terus memberikan cabaran kepada Armada untuk membuktikan keberkesanan mereka dalam PRK kali ini.
Dalam ucapannya Ahmad Zahid meminta Armada membuktikan keupayaan mereka benar-benar jujur dan ikhlas ketika Umno memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Jika Bersatu gagal menarik 6,000 undian kepada wakil BN dalam PRK Slim, kata Ahmad Zahid, maka BN patut menilai semula kerjasamanya dengan Bersatu.
Annuar berkata, usaha menyatukan kumpulan yang berbeza memang tidak mudah namun semua pihak perlu bersabar sambil mengukuhkan perpaduan sesama sendiri.
“Maaf kiranya ada yang tak kena. Kita tumpu PRK secara berpasukan,” ciap Annuar.
PRK Slim menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Mohd Zaidi Aziz (BN) dan dua calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santharasekaran Subramaniam
Perhatian banyak diberikan kepada Bersatu sebagai komponen PN kerana di kawasan selesa buat BN itu, orang ramai mahu melilhat keberadaan sebenar parti berkenaan.
Walaupun hanya berdepan calon bebas – yang biasanya tidak begitu memberikan cabaran dalam mana-mana pilihan raya – namun salah seorang daripada mereka jelas mewakili kumpulan penentang Muhyiddin.
Pencalonan Amir Khusyairi diumumkan sendiri oleh bekas pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, pada 12 Ogos lalu.
Bekas perdana menteri itu juga mengumumkan nama wadah barunya – Parti Pejuang Tanah Air – di majlis berkenaan.
The post Amat tidak wajar boo wakil Armada, kata Annuar appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/15/amat-tidak-wajar-boo-wakil-armada-kata-annuar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Puji Sikap Berjiwa Besar Wakil Armada Yang Kena Boo

Annuar Puji Sikap Berjiwa Besar Wakil Armada Yang Kena Boo

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Annuar Musa memuji sikap berjiwa besar wakil Armada Nasional Perak yang di boo sekumpulan penyokong Barisan Nasional pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN di kawasan Dewan Undangan Negeri Slim semalam Setiausaha Agun...
Annuar Musa Mohon Maaf Keterlanjuran Pemuda Bn Boo Sayap Ppbm

Annuar Musa Mohon Maaf Keterlanjuran Pemuda Bn Boo Sayap Ppbm

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 284 hits
Annuar Musa mengucapkan terima kasih kepada Pemuda PPBM Perak yang tidak mengambil hati terhadap kejadian mereka diboo Pemuda BN semalam KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa memohon maaf atas keterlanjuran Pemuda parti...
Umno Pas Dan Ppbm Bentuk Sekretariat Bersama Mn Kata Annuar

Umno Pas Dan Ppbm Bentuk Sekretariat Bersama Mn Kata Annuar

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 460 hits
PETALING JAYA Umno PAS dan PPBM kini berada dalam sekretariat bersama Muafakat Nasional dan akan meneroka kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kelompok bukan Melayu dan bukan Islam Ahli Majlis Tertinggi Umno Annuar Musa mengumumkan perk...
Usah Hasut Rakyat Guna Sentimen Bukan Orang Kl Kata Annuar Pertahan Jawatan Menteri Wp

Usah Hasut Rakyat Guna Sentimen Bukan Orang Kl Kata Annuar Pertahan Jawatan Menteri Wp

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 408 hits
Annuar Musa berkata beliau tinggal di Kuala Lumpur sejak 1975 dan memiliki rumah pertamanya serta menjadi pegawai perancang bandar di DBKL pada 1981 KUALA LUMPUR Annuar Musa mempertahankan kedudukannya sebagai menteri Wilayah Persekutuan da...
Kenapa Armada Kena Boo

Kenapa Armada Kena Boo

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 299 hits
Memang tidak cantik wakil ARMADA PPBM kena boo di Majlis pelancaran jentera Pemuda BN PRK DUN Slim Apatah lagi TS Muhyiddin Yassin telah umum PPBM akan sertai Muafakat Nasional Tetapi kenapa kena boo Mesti ada sebab musabab Sebenarnya merek...
Tidak Timbul Isu Muhyiddin Jadi Pengerusi Muafakat Kata Annuar

Tidak Timbul Isu Muhyiddin Jadi Pengerusi Muafakat Kata Annuar

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR 16 Ogos Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam Muafakat Nasional telah disepakati secara prinsip demikian menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa Beliau berkata sehubungan itu jawatankuasa pemandu...
Parti Baru Dr M Melayu Makin Berpecah Kata Takiyuddin

Parti Baru Dr M Melayu Makin Berpecah Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 419 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjangkakan orang Melayu akan terus berpecah jika Dr Mahathir kekal dengan keputusan untuk menubuhkan parti politik berteraskan Melayu dan pribumi Saya tak pasti apa tujuan Tun untuk menubuhkan satu l...
Parti Baharu Tun M Tiada Hala Tuju Perjuangan Kata Ahmad Faizal Azumu

Parti Baharu Tun M Tiada Hala Tuju Perjuangan Kata Ahmad Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 838 hits
KUALA NERUS Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyifatkan parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam seolah olah tiada hala tuju dalam perjuangan sebaliknya sekadar gerakan untuk memecah belahkan Be...
5816 Ppim Mohon Maaf Ketelanjuran Kata Kata Asri Janggut Harian Metro 12 08 2020

5816 Ppim Mohon Maaf Ketelanjuran Kata Kata Asri Janggut Harian Metro 12 08 2020

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 473 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya polis dan angkatan tentera berhubung kenyataan yang dikeluarkan rakan strategiknya Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut Ketua Aktivisnya Dat...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim