Amaran Sultan Johor Jadi Penyelamat Pn
Mohamad Athir Ismail	 

ISTANA Bukit Serene, Johor Bahru, Johor.
AMARAN bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor oleh Sultan Ibrahim  disifatkan menjadi penyelamat Perikatan Nasional (PN) bagi mengekalkan  kerajaan negeri.
Mungkin itu juga menjadi pemahaman kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) apabila mendakwa hampir merampas kembali kerajaan negeri.
Malah, PH Johor mendakwa mereka mempunyai sokongan cukup sebelum ini untuk dibawa ke istana bagi membentuk kerajaan.
Perkara itu dikatakan hampir terjadi sebelum Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memberi amaran sedemikian.
“Pada asasnya PH (Johor) bersetuju untuk mengambil alih kerajaan tetapi terhalang di peringkat akhir.”
Kata Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah seperti dilaporkan portal Malaysiakini hari ini.
Sebelum itu, PH seolah-olah berkeyakinan mampu merampas kembali  kerajaan negeri Johor apabila dakwa mendapat sokongan daripada Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu).
Menurut Jimmy, beberapa Adun Bersatu dikatakan mahu kembali menyokong  PH selepas berpaling tadah sehingga berlaku pertukaran kerajaan negeri  itu pada Februari lalu susulan perubahan di peringkat Persekutuan.

JIMMY PUAH“Sebahagian besar mereka adalah rasional, sama macam Dr Maszlee Malik.
“Adun itu tahu mereka mungkin sudah tiada peluang untuk bertanding  semula di kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang  jika terus bersama PN.
“Masa depan politik mereka menjadi pertimbangan utama (untuk kembali  kepada PH). Mereka tahu adalah lebih baik untuk mereka bersama PH,”  jelasnya.
Susulan itu juga, Jimmy memaklumkan beberapa Adun terbabit bertemu  dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin PH di Kuala Lumpur.
BACA > Salahkah Hannah Yeoh tanya status pelan kahwin bawah umur? — Suara MerdekaDalam masa sama, mereka juga meminta Dr. Mahathir supaya mengadap Sultan Ibrahim bagi menyatakan sokongan dalam DUN terhadap PH.
“Mereka mahukan lampu hijau daripada Mahathir supaya boleh bergabung dengan kami.
“Mereka tak mahu perubahan berlaku tanpa (restu) sultan, sebab itu  mereka minta Dr. Mahathir memohon untuk mengadap dahulu,” jelasnya lagi.
Tambah Jimmy, walaupun usaha berkenaan terhalang, namun beliau yakin  sekiranya diperingkat pusat PH berjaya merampas kembali kerajaan  perubahan turut boleh dilakukan di Johor.
Terdahulu, Sultan Ibrahim menitahkan ADUN Johor supaya menghentikan  polemik politik dan menumpukan perhatian kepada pembangunan dan  kesejahteraan negeri.
AMARAN BUAT WAKIL RAKYAT DARIPADA DYMM SULTAN JOHOR
 Saya  berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri  ini, apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi   kepentingan diri mereka.
 Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.
 Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.
 Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.
 Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.
 Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih  wakil mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang  betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti  atau diri sendiri.
 Hadis Rasulullah SAW :
 Rasulullah ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah bersabda: 
 “Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan  bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan.” 
 (Sahih al-Bukhari, no: 7149)
 ~~~~~
 JOHOR SULTAN WARNS STATE ASSEMBLYMEN
 I am very disappointed at the continued politicking in the state, with  power-hungry politicians still grappling over positions for their own  self-interests.
 They clearly have no regard for the hardship  being faced by the rakyat now, and seem bent on exacerbating the  sufferings of the people. 
 I cannot stand seeing my rakyat suffer. I will not allow my State to be in disarray.
 I took an oath to protect and safeguard the wellbeing of my subjects at all times.
 If the politicking goes on, I will immediately dissolve the Johor State Legislative Assembly.
 I will give the people the opportunity elect new political leaders to  represent their interests, and I hope, this time, the rakyat will choose  leaders who really want to serve the people and the State, not just for  their respective political parties or themselves.
 A Hadith from Rasulullah SAW, PBUH
 Rasulullah was asked about those who asked to be put in positions of leadership. Rasulullah said:
 "We do not assign the authority of ruling to those who ask for it, nor  to those who are keen to have it." - (Sahih al-Bukhari, no: 7149)
 #sultanjohor
 #royalpressoffice
 #johor
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/amaran-sultan-johor-jadi-penyelamat-pn.html