Amanah Sambut Baik Komitmen Pkr Tumpaskan Amalan Politik Khianat


 


Oleh ARIF ATANDecember 21, 2020 AMANAH mengalu-alukan komitmen PKR untuk memperkukuh Pakatan Harapan (PH) dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan parti-parti pembangkang.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad berkata, usaha tersebut merupakan satu-satunya jalan ke arah menumpaskan budaya ‘politik khianat’ yang melanda negara sejak tindakan langkah Sheraton pada 24 Februari lalu.
“Seluruh rakyat Malaysia dapat melihat bahawa politik khianat ini telah menghasilkan sebuah kerajaan lemah yang bagaikan telur di hujung tanduk.
“Ia memberikan implikasi negatif terhadap suasana politik dan ekonomi negara. Kerajaan yang dihasilkan lebih mementingkan persoalan survivalnya lebih dari persoalan kebajikan dan kehidupan rakyat jelata,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Langkah Sheraton merujuk kepada pengkhianatan kumpulan Muhyiddin Yassin dari Bersatu dan kem Azmin Ali dari PKR apabila merampas kerajaan Persekutuan diterajui PH yang baharu 22 bulan mentadbir.
Kedua-dua blok pengkhianat itu berpakat dengan BN yang memiliki 42 kerusi, Pas (18) dan disokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 18 kerusi serta beberapa Ahli Parlimen dari Sabah yang kemudiannya membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mengulas lanjut, Khalid berkata, pembangkang pada masa ini terdiri daripada beberapa parti yang mempunyai asas perjuangan berbeza tetapi mempunyai komitmen untuk berdiri teguh berpegang pada mandat rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan kebersamaan pembangkang menolak ‘politik khianat’ terbukti dengan penolakan 108 Ahli Parlimen pembangkang terhadap Belajawan 2021 semasa bacaan ketiga pada 15 Disember lalu.
Jelasnya, AMANAH beranggapan jumlah 108 itu adalah asas yang kukuh untuk mewujudkan saf pembangkang yang mantap dan berwibawa.
“Adalah menjadi tanggungjawab PH sebagai gabungan terbesar di antara pembangkang untuk memimpin dan mengendalikan kerjasama sesama pembangkang secara berhemah dan berkesan.
“Jangan kerana inginkan sokongan dari golongan pembawa budaya politik khianat atau yang kini bersekongkol dengan mereka, maka kita berbalah dan berpecah sesama kita,” tegasnya.
Percaturan licik
Khalid berpendapat sokongan daripada pendukung politik khianat perlu difahami mempunyai percaturan yang licik dengan tujuan akhirnya memecah-belahkan pembangkang.
Sehubungan itu, beliau berkata, segala urusan dengan pendukung politik khianat wajar dihentikan segera dengan kesemua 108 Ahli Parlimen pembangkang memperkukuhkan kesepaduan setiakawan.
Ujarnya, langkah mempertegaskan kembali asas dan matlamat bersama pembangkang sebagai sebuah pasukan yang kuat menerusi kerjasama PH Plus sekali gus akan menggamit kembali sokongan rakyat.
Walau bagaimanapun, Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu mengakui politik gabungan atau ‘coalition politics’ sememangnya sukar dan memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran.
Oleh itu, jelasnya, setiap anggota gabungan perlu saling menghormati dan keputusan bersifat konsensus perlu diusahakan dengan jujur dan ikhlas.
“Kepentingan setiap parti perlu dipertimbangkan dengan adil, dalam ‘consensus building’ yang menjadi asas tindakan dan polisi.
“AMANAH menyeru pembangkang untuk bersama dalam usaha membina satu ‘grand coalition’ antara semua pembangkang yang berasaskan mandat lalu iaitu penolakan terhadap kleptokrasi, perkauman, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Khalid menegaskan golongan politik khianat pada PRU-15 bakal terpaksa berhadapan dengan ‘grand coalition’ pimpinan PH yang jitu dan mantap dengan berpaksikan politik nilai, jujur, beramanah serta bebas rasuah and bebas khianat.
“Pada masa sama AMANAH turut komited kepada nilai-nilai amanah, ketelusan, pertanggungjawaban serta keadilan yang selaras dengan tuntutan Islam,” tambah Khalid lagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/amanah-sambut-baik-komitmen-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Amanah Hanya Menyertai Satu Gabungan Politik Iaitu Pakatan Harapan Tidak Dua Dan Tidak Tiga

Parti Amanah Hanya Menyertai Satu Gabungan Politik Iaitu Pakatan Harapan Tidak Dua Dan Tidak Tiga

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 302 hits
JAMZURI ARDANIPAKATAN HARAPAN adalah gabungan politik yang kami dokong sepenuh hati Kami mendokong gabungan politik ini secara aktif sedar dan bertanggungjawab bukan secara melulu Kami memberi pandangan menerima pandangan membahas pandangan...
Tak Wujud Tawaran Exco Perak Pada Amanah Pkr Saarani

Tak Wujud Tawaran Exco Perak Pada Amanah Pkr Saarani

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 280 hits
DECEMBER 12 2020LENGGONG Tidak wujud tawaran jawatan Exco Kerajaan Perak terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat kata Pengerusi UMNO Negeri Datuk Saarani Mohamad Beliau yang juga Menteri Besar ...
Pulau Pinang Sambut Baik Keputusan Kekal Perkhidmatan Feri

Pulau Pinang Sambut Baik Keputusan Kekal Perkhidmatan Feri

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 397 hits
17 12 2020 07 09 PMGEORGE TOWN 17 Dis Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan perkhidmatan feri di negeri itu Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan itu adalah selari dengan pendir...
Perak Dap Chief Says Proposed Tie Up With Umno Fell Through As Latter Only Willing To Offer Exco Posts To Pkr Amanah

Perak Dap Chief Says Proposed Tie Up With Umno Fell Through As Latter Only Willing To Offer Exco Posts To Pkr Amanah

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 319 hits
Perak DAP chairman Nga Kor Ming waves at reporters at Istana Kinta Ipoh December 8 2020 Picture by Farhan NajibKUALA LUMPUR Dec 11 Perak DAP chief Nga Kor Ming revealed today that the party could not form a state government with Umno as the...
Dulu Khianat Amanah Kini Khianat Ppbm Hasnul Tunggu Keputusan Bersatu

Dulu Khianat Amanah Kini Khianat Ppbm Hasnul Tunggu Keputusan Bersatu

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 231 hits
Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata dia sedang menanti parti barunya Bersatu memutuskan apa tindakan yang akan diambil ke atasnya selepas dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu Media sebelum i...
Despite Dap And Amanah S Call For Reset Pkr Sec Gen Says Still Clinging To No Confidence Vote On Muhyiddin

Despite Dap And Amanah S Call For Reset Pkr Sec Gen Says Still Clinging To No Confidence Vote On Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 267 hits
PKR secretary general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail expressed confidence that the Opposition could remove the Perikatan Nasional government at the March parliamentary meeting He told Utusan Malaysia that the plan to remove Tan Sri Mu...
Kehidupan Kita Akan Lebih Baik Bilamana Melaksanakan Amalan Amalan Ini

Kehidupan Kita Akan Lebih Baik Bilamana Melaksanakan Amalan Amalan Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 285 hits
Kehidupan kita akan lebih baik bilamana 1 Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat 2 Tunaikan solat sunat sebelum subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya 3 Baca ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization