Amanah Perlu Bangga Penyertaan Dr Kamil Abdul Majid


ULASAN 

Husam menyambut penyerahan borang
oleh Dr Kamil.  
KIRA-KIRA dua bulan lalu Senator Husam Musa tiba-tiba bertanya saya tentang Prof Dr Mohamad Kamil Abdul Majid (Ustaz Kamil). "Anta kenal Ustaz Kamil Abdul Majid," tanya beliau ketika itu kami sedang minum kopi di Jalan Ipoh. 
"Dia adik kepada Dr Mahmood Zuhdi?" sambungnya lagi sambil memberi pencerahan.

Secara jujur saya tidak mengenali rapat dengan Ustaz seorang ini dan hanya tahu yang beliau seorang cendekiawan Islam yang tinggi ilmunya. 
Apabila Husam beri tahu Ustaz Kamil adik beradik kepada Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid baru saya teringat. Tentang Mahmood Zuhdi ini saya cukup kenal, terutamanya sejarah dan "skemanya" dalam politik Pas suatu masa lampau. 
Apabila Husam bertanya tentang Ustaz Abdul Majid itu lantas saya teringat kepada suatu program live berupa sembang santai di antara Dr Kamil dengan Dr Mahmood Zuhdi. Majlis itu satu cara mengilmukan media sosial. Persoalan mengenai teologi, penjelasan, berhubung qaul, amalan tarikat, pencerahan berhubung beberapa istilah agama yang samar dan terkeliru serta sebagainya

Program itu bagi saya wajar diperluaskan dan dengan kepakaran yang ada kepada kedua adik beradik itu dapat membantu pelayar media sosial. Ia disiarkan pada setiap Jumaat. 
Dalam program itu Mahmood Zuhdi bertindak sebagai moderator, penanya sementara Dr Kamil pula bertindak sebagai panel menjawab berbagai persoalan dikemukakan Mahmood yang berkisar kepada persoalan semasa yang bergeliwatan dalam masyarakat

Tidak tahu maksud.
Husam tidak menjelaskan untuk apa dia bertanya saya mengenai hal Dr Kamil itu. Tiba-tiba pula beliau membangkitkannya. Cuma saya terfikir apabila beliau melontar sesuatu yang agak asing, maka adalah natijah dan tujuan itu. Husam jarang sekali melawak atau bercerita tanpa tujuan dan maksud. 
Saya sangat mengenali manusia bernama Husam ini. Kerana sifat dan sikap tidak suka bercanda dan membuang masa itulah maka orang mudah "lengguh" dengannya. 

Pertanyaan Husam tentang Ustaz Kamil itu berlalu begitu sahaja, kerana tidak ada susur lanjut selepas itu. Kalau pun ada, beliau pernah menyebut ingin mengunjungi rumah dianggap gurunya itu, dan saya tidak memberi reaksi serius. 

Kemusykilan saya itu baru hari ini terjawab apabila Dr Mohamad Kamil, (Ustaz Kamil) telah mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah), yang berlangsung sempena peluncuran Tanwir Amanah peringkat Negeri Kelantan yang disempurnakan oleh Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusuf. 

Ustaz Kamil telah menyerahkan borang penyertaannya dengan disambut oleh Naib Presiden Amanah Husam Musa. Menyedari itu baru saya mengerti bahawa pertanyaan Husam mengenai Ustaz Kamil tempoh hari ada kena mengena dengan apa berlaku hari ini. 

Dengan berlangsungnya majlis itu pada pagi tadi, terjawablah pertanyaan saya. Rupa-rupa pertanyaan Husam kepada saya tempoh hari adalah beliau ingin mengkhabarkan beliau sedang merisik untuk membawa gurunya itu turun ke gelanggang siasah, menjelajahi perjuangan yang semakin mencabar waktu ini dan memerlukan ilmuan dan ulama seperti Dr Kamil itu. 
Mungkin Husam sudah menilik Dr Kamil sesuai dan mampu dibawa untuk jadi bulan dan mentari ke dalam Amanah dan gelanggang politik. Dr Kamil merupakan seorang pensyarah di Akademik Islam Universiti Malaya selama 35 tahun dan pernah menjadi Timbalan Dekan Usuluddin dan menyandang lain-lain jawatan.

Mengenai penyertaan Dr Kamil ke dalam Amanah ini sedikit menyentakkan saya. Tidak terfikir saya macam mana beliau memilih Amanah dan tidak parti-parti lain, semisalnya parti Pas parti yang pernah dianggotai oleh abangnya Dr Mahmood Zuhdi. Bukan kecil jawatan dipegang oleh Dr Mahmood dalam Pas sehingga beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan. 
Ataupun disebabkan Dr Mahmood Zuhdi selepas berpisah dengan Pas sekitar tahun 1970-an, lebih mesra dengan Umno, sepatutnya Dr Kamil bersama abangnya. Tetapi ternyata tidak. Ini satu kepelikan dan merupakan tuah buat Amanah kerana menjadi wadah pilihan seorang cendikiawan bertaraf ulama itu. 

Dalam mengenangkan inilah maka saya teringat akan sesuatu yang istimewa ada kepada Husam dalam melakukan diplomasi dan rundingan. Apakah kesediaan Dr Kamil untuk mengisi kekosongan jiwa juangnya itu dengan memilih Amanah sebagai wadah atas inisiatif Husam? Bukan perkara mudah untuk menarik Dr Kamil ke dunia politik

Sebahagian yang hadir di majlis peluncuran
Tanwir dan penyertaan Dr Kamil ke dalam Amanah. 
Apapun apabila beliau memilih Amanah sebagai wadah bererti Amanah lebih serasi dengan jiwa dan naluri perjuangannya. 
Dasar, konsep dan idealisme Amanah lebih dipercayai Dr Kamil daripada partai lain. Justeru Amanah perlu merasa bangga dan bertuah menerima kehadiran Dr Kamil

Amanah tidak perlu lagi berasa rendah diri bila melihat ratusan cendekiawan dalam Pas. Yang ternyata kecendekiawan Dr Kamil lebih hebat dengan ustaz-ustaz atau ulama "cendawan" dalam Pas yang bertutur tanpa fakta dan dalil-dalil akurat. 

Sesungguhnya Amanah harus berasa bangga kerana parti itu mendapat tempat dihati seorang ilmuan seperti Dr Abdul Majid. Sekali lagi saya ulangi semoga Parti Amanah menjunjung dan meletakkan keberadaan Dr Kamil dalam parti itu sesuai dengan nilainya. Erti dan maknakan kesediaan Dr Kamil untuk berjihad dalam Amanah tanpa ada apa-apa keraguan lain. Selamat. [wm.kl. 6:05 pm 05/09/2020] 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/09/amanah-perlu-bangga-penyertaan-dr-kamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tokoh Ulama Dr Abdul Kamil Majid Serah Borang Keahlian Amanah Pagi Tadi Kepada Daruk Husam Musa

Tokoh Ulama Dr Abdul Kamil Majid Serah Borang Keahlian Amanah Pagi Tadi Kepada Daruk Husam Musa

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 320 hits
Dr Mohamad Kamil bin Hj Ab Majid dilahirkan pada tahun 1950 di Kg Kayu Rindang Melor Kota Bharu Kelantan Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syari ah dan Undang undang daripada Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan dan Sarjana Muda Syari ah darip...
Prof Dr Kamil Majid Sertai Amanah

Prof Dr Kamil Majid Sertai Amanah

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 702 hits
Tokoh akademik dan Ulama tanahair Prof Dr Mohd Kamil Abdul Majid menyertai Parti AMANAH Negara pagi ini Beliau diisytiharkan menyertai AMANAH pada majlis pengumuman rasmi penyertaan nya di Kota Baharu pagi ini Penyertaan beliau sudah pasti ...
Ahli Bertambah Seramai 2 298 Selepas Prof Kamil Sertai Amanah

Ahli Bertambah Seramai 2 298 Selepas Prof Kamil Sertai Amanah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 355 hits
Parti Amanah Negara telah meluluskan permohonan seramai 2 298 ahli baru sepanjang bulan Ogos lepasPengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad memberitahu permohonan itu telah diluluskan Jawatankuasa Nasional yang mengadakan mesyuarat bulanan pa...
Pas Beri Laluan Untuk Elak Pertembungan Kata Abdul Hadi

Pas Beri Laluan Untuk Elak Pertembungan Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 296 hits
PAS mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutunya dalam Perikatan Nasional dalam PRN Sabah bagi mengelakkan pertembungan dengan calon parti sekutunya Perkara itu dinyatakan presidennya Abdul Hadi Awang berhubung ketiadaan calon ...
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah Beroperasi Seperti Biasa Semasa Pkpd

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah Beroperasi Seperti Biasa Semasa Pkpd

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 1510 hits
ALOR SETAR Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim akan beroperasi seperti biasa semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang ditingkatkan pentadbiran di daerah Kota Setar Lapangan Terbang Malaysia dalam satu kenyataan hari ini bagaimana...
Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim Terima Vellfire Wang Hasil Aktiviti Haram Hampir Rm14 Juta

Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim Terima Vellfire Wang Hasil Aktiviti Haram Hampir Rm14 Juta

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 599 hits
FAZLI RADZI Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berdepan satu lagi pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Keganasan 2001 Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji ...
Malaysian Teacher Norhailmi Abdul Mutalib Has Made The Top 50 Shortlist For The Global Teacher Prize 2020

Malaysian Teacher Norhailmi Abdul Mutalib Has Made The Top 50 Shortlist For The Global Teacher Prize 2020

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 487 hits
Malaysian Teacher Norhailmi Abdul Mutalib has made the top 50 shortlist for the Global Teacher Prize 2020 To tackle the educational problems caused by poverty Norhailmi s approach is to empower his students by letting them decide how they w...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan