Amanah Parti Masa Depan Dan Cabarannya


PASCA KONVENSYEN


Sebahagian daripada para perserta konvensyen.SERIUS saya mendengar ucapan penggulungan oleh Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Anuar Tahir di konvensyen nasional ke 3 parti itu, yang menaburkan harapan begitu indah terhadap masa depan partinya. Anuar mengukir masa depan Amanah yang bergitu “bersinar-banar”.

Dapatan yang dibuat berhubung potensi parti itu sungguh besar sekali sehingga terasa macam Amanah boleh memeluk cakerawala bulan dan mentari.
Tuturnya penuh keyakinan, tahun hadapan parti itu akan mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Unjuran ini dibuat berpandukan kepada permohonan untuk menubuh cawangan parti itu diterima setiap hari. Ladang yang dikatakan subur untuk Amanah ialah di Kelantan, bilamana bilangan keahliannya bertambah, 10,000 perbulan?

Gambaran diberikan Anuar itu seolah-olah parti itu berkembang pesat dengan laju tanpa sedikit pun ada halangan (handicap). Beliau melakar keyakinannya, ia akan suskes dengan hanya kalau ada kesungguhan di kalangan ahli menggerak parti berkenaan. Semestinya sebagai seorang setiausaha agung menjadi arkitek utama beliau harus berwawasan begitu, setidak-tidaknya ke hadapan setapak daripada orang lain.

Mohd Anuar, Dr Hasan dan Husam.Paling menseriaukan apabila beliau mendendangkan Amanah akan jadi parti terbesar di negara ini? (Mungkin dalam konteks Islam). Mendengarnya sungguh indah, tetapi agak sukar menyakinkan jika tidak disertai dengan fakta dan hujah konkrit. Sayang beliau tidak banyak mengemukakan dalil dan hujah membenarkan apa dibayangkan itu di hari akhir konvensyen berlangsung di Ipoh dari 14 hingga 15 Disember itu.

Tidak ada dalil-dalil dan bukti sokongan lain yang dibaca untuk menunjukkan parti itu memiliki potensi besar, melainkan berpandukan kepada permohonan yang bertambah. Mungkin peringkat awal boleh diterima tetapi bukan untuk seterusnya.
Dalam bersemangat itu, seperkara Anuar harus ingat penambahan cawangan dan ahli tidak menjadi kemestian Amanah akan menang besar dalam pilihan raya. Banyaknya cawangan bukan menjadi indikator pasti untuk menang. Sejarah dilalui oleh parti lain boleh dijadikan sempadan dalam melihat potensi harapan itu. Ada parti yang mempunyai keahlian yang ramai, cawangan yang banyak, tetapi tewas dalam pilihan raya.Lihat kepada Umno. Parti itu mempunyai cawangan ribuan dan keahlian mencecah jutaan, bahkan pernah dinobatkan sebagai parti Islam terbesar di dunia. Umno berbangga dengan keahliannya yang banyak. Tetapi bila pilihan raya mereka gagal. Di banding dengan Pas tidak mempunyai banyak cawangan tetapi menang, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kontradik ini memberi tahu bahawa komitmen ahli sangat penting dalam hal ini.

Justeru disamping perbanyakan cawangan dan keahlian, komitmen dan penglibatan ahli seluruhnya perlu digerak dan dimantapkan. Jangan hanya berharap kepada jumlah cawangan sahaja. Cawangan Amanah mungkin akan tumbuh bagaikan jamun selepas hujan, kerana Amanah kini bukan lagi parti pembangkang jadi permintaan untuk mewujudkan cawangan banyak. Mereka yang berusaha menubuhkan cawangan mungkin bertitik tolak daripada membina landasan untuk mendapat habuan.

Nah, kalau begitu, Amanah akan terpedaya dengan jumlah cawangan banyak. Apa yang penting ialah komitmen ahli dan penyokongnya. Amanah hendaklah memiliki ahli dan penyokong berkualiti, berilmu, bersemangat dan berprinsip daripada memiliki cawangan yang ditubuh atas matlamat "perniagaan".

Di bawah ini saya ada beberapa pandangan dalam membantu Amanah mencapai impian yang digagaskan oleh Anuar Tahir itu. Ia sebagai tambahan kepada beberapa cadangan yang dilontarkan oleh para perwakilan yang berbahas dalam konvensyen tempoh hari.

Parti berbeza dengan parti lain.

Amanah kena membuktikan yang ianya adalah parti yang berbeza dengan parti lain, baik dari segi pendekatan dan juga memberi manfaat kepada ahli. Setuju dengan cadangan Naib Presiden Dr Hasan Baharum semasa menggulung perbahasan yang mahu Amanah menjadi parti membawa rahmat dan kesejahteraan kepada umum. Misi dan visi inilah yang bakal meletakkan Amanah sebagai parti baharu, berbeza dengan parti lain.

Namun ia tidak cukup dengan slogan itu sahaja sebalik ia harus diimplimenkan. Seperti mana kata Dr Hasan apa yang perlu ialah melaksanakan apa yang disebut itu.
Ertinya di sini Amanah harus memimpin dengan akhlak, bertindak dengan akhlak serta membingkaikan semua kegiatan perjuangan berdasarkan prinsip dan konsep parti, Rahmantanlilalamin. Baik ketika berhadapan dengan ahli, masyarakat umum atau pun musuh. Serlahkan budi pekerti dan kehemahan dalam Amanah. Bila sebut musuh ialah golongan dalam Pas. Amanah tidak seharusnya mengikut rentak Pas dalam berpolitik terutamanya ketika berlaku perang mulut – perang siber.Serangan kepada Pas dalam bentuk jenaka, sinis, menggunakan metafora sebagainya tidak menguntungkan Amanah. Ia hendaklah dihentikan. Serangan begitu hanya meletakkan minda politik Amanah sama taraf dengan politik Pas. Gelagat begitu juga akan memperlihatkan dendam di kalangan Amanah kepada Pas yang kemudian menampakkan Amanah parti mendendami orang lain. Kecaman dan marah Pas harus dilayan dengan seadanya tanpa bertindak balas sehingga menampak diri kita pula lebih.

Molek sangat kalau semua pemimpin Amanah dan ahlinya serta penyokongnya menamatkan cara menyerang Pas sebaik selesainya konvensyen tempoh hari.

Perhatian kepada pengundi.

Perkara kedua ialah, memberi perhatian kepada pengundi muda yang akan bertambah dan melimpah sekiranya peraturan menghadkan usia pengundi dianjakkan kepada 18 tahun pada pilihan raya akan datang. Dianggarkan jumlah pengundi muda akan melebihi 65% pada Priaum akan datang. Ini cabaran dan kehadiran pengundi muda (fresh), kewujudan mereka ini merupakan ladang subur buat Amanah.

Amanah jangan hanya mensasarkan untuk mengambil penyokong Pas sebagai ahlinya. Penyokong dan apa lagi ahli Pas bukan mudah untuk disihirkan agar menyokong Amanah. Mereka sudah menganuti teori politik yang meletakkan mereka akan hidup dan mati dengan Pas. Garisan hukum hakam agama yang mereka modified bagi kepentingan siasah mereka, menjadikan mereka sedia syahid bersama Pas.

Penyokong Pas yang sudah dikunci mindanya, tidak mungkin berubah sebelum pemikiran mereka digempur terutamanya Pas di Kelantan dan Terengganu. Jadi golongan berpotensi untuk dijinak sebagai ahli golongan bebas berpolitik seperti kalangan kakitangan kerajaan yang sudah pencen dan mencemuhi Umno.

Jangan sesekali menyangka apabila Amanah menjadi sebahagian daripada kerajaan mereka mudah untuk mempengaruhi ahli Pas bersama mereka.
Amanah harus bergerak dari sekarang untuk membimbing pengundi baharu memahami politik dan mengenali parti politik yang memberi harapan masa depan kepada mereka. Golongan muda dan bakal-bakal pengundi harus didekati dan memberi didikan siasah. Dalam hal ini Amanah perlu bertindak menjadi institusi kemasyarakatan yang lebih luas daripada menjadi badan politik yang dilihat hanya untuk mengejar kekuasaan.Amanah perlu menyembunyikan cita-cita untuk mendapat kuasa, tetapi menyerlahkan keikhlasan dan ketulusan dalam membangun ummah. Peranan Amanah ialah menjaminkan kesejahteraan rakyat, keamanan negara serta melengkapi mereka dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Hari ini dilihat kesejahteraan akhirat kurang dipertuturkan oleh Amanah, sehinggakan ia dilihat peranan keakhiratan itu berasingan dengan peranan duniawi.

Kerja-kerja kebajikan dari semua aspek, sosial politik, budaya, ekonomi dan pendidikan hendaklah diperlebarkan. Amanah harus dilihat sebagai sebuah NGO yang bukan berada dekat dengan rakyat tetapi berada di hati rakyat. Bukan sahaja memberi material, tetapi memberi semangat (sipirit). Perbanyakkan ruang-raung atau medan aktiviti dengan rakyat, percampuran dengan rakyat khasnya golongan muda.

Apabila bercakap usaha memperluaskan peranan dan aktiviti ia tidak boleh dipisahkan dengan usaha mempergiatkan penerangan. Amanah harus mempunyai jaringan maklumat yang luas. Peranan media sosial harus diperluas dan secara sistematik. Amanah perlu membentuk dan melatih kader-kader penerangan sendiri yang berilmu, baik bertindak sebagai persisik maklumat, membalas dan menjelaskan isu, dan menerangkan. Sebaiknya gerakan ini hendak sepadu, teratur dan bertatasusila seperti mana disarankan Dr Hasan. Dan kewujudannya juga tidak boleh secara bebas (volunteer) tetapi harus diformasi dan dimobilisasikan.

Kekalkan integriti.

Paling penting juga, pemimpin Amanah perlu berintegriti berpaksikan kepada konsep Amanah yang fatanah. Kelainan juga harus ada kepada pemimpin, cerminkan saksiah pemimpin Amanah yang berbeza dengan pemimpin lain. Terutamanya yang kini sudah menjadi menteri, timbalan menteri dan menjawat jawatan agensi kerajaan, yang jadi pegawai menteri dan lai-lain. Mereka harus menjaga akhlak dan memelihara integriti sebagai orang Amanah.

Jangan sampai ada terdengar mana-mana pegawai atau pemimpin Amanah terbabit dengan rasuah. Sifarkan persepsi ini. Pegawai yang menuntut bayaran, menerima komisyen dari proposal yang disalurkan kepada menteri dan sebagainya tidak perlu diperdengarkan. Perbuatan dan kerja sambil menyelam minum air begitu jangan kedengaran sama sekali kerana ia menjejaskan potensi besar Amanah itu.
Di samping itu pemimpin Amanah bertaraf menteri khasnya harus menunjukkan kemampuan dan kewibawaan mereka sebagai menteri. Mereka harus lebih kreatif dalam menuangkan idea menerusi kementerian yang mereka wakili. Kejayaan mereka memaparkan idea dan melakukan pembaharu dalam kementerian akan dilihat keupayaan Amanah dan memberi aset buat parti itu. Tidak cukup menteri berpakaian kemas segak tetapi idea "komang".

Konsep Rahmatan-lil-alamin juga perlu diperjelas dan diperincikan selumat-lumatnya. Hari ini rakyat hanya tahu menyebut perkataan RAHMATAN-LILALAMIN seperi mana menyebut Islam Hadari, atau Wasattiyah, tetapi masih kabur dan jahil dengan prinsip dan ciri-cirinya yang harus dihayati kemudian dilaksanakan.

Maka penerangan bersepadu secara konsisten perlu diadakan. Mungkin Amanah menerusi Jabatan Kemajuan Agama (Jakim) yang kebetulan berada di bawah bidang kuasa menteri Amanah boleh memainkan peranan ini.

Jika segala itu dapat dilaksanakan dengan baik dan kemas, insyaAllah Amanah boleh atau benar-benar merealisasikan apa diucapkan Naib Presiden Husam Musa; Amanah parti masa depan, Pas parti masa lampau. Sebaliknya kalau tidak disusun atur dengan baik Amanah hanya menjadi parti retorik yang bernyanwa pendek sahaja. Kemenangan dan kejayaan dicapai dalam Piraum lalu bukan penamat kepada segala perjuangan. Cabaran sebenarnya Amanah ialah mendepani masa depannya. [wm.kl.10.44 am 17/12/18]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2018/12/amanah-parti-masa-depan-dan-cabarannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Untuk Umno Maju Ke Depan

Masa Untuk Umno Maju Ke Depan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 263 hits
Masa untuk Umno maju ke depan Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 18 Dec 2018 11 32PM middot
Resolusi 2019 Harus Bisa Selow Hadapi Omongan Orang Toh Dirimu Berhak Bahagia Di Masa Depan

Resolusi 2019 Harus Bisa Selow Hadapi Omongan Orang Toh Dirimu Berhak Bahagia Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 247 hits
Tahun depan saatnya kamu fokus mewujudkan mimpi Bukan meladeni omongan orang yang nggak penting ini
Mahfud Md Memaknai Hari Ibu Masa Depan Bangsa Terletak Pada Kaum Perempuan

Mahfud Md Memaknai Hari Ibu Masa Depan Bangsa Terletak Pada Kaum Perempuan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 293 hits
Kaki itu bukan dicium kakinya lalu surga tapi langkah kaki ibu itu menentukan nasib anak tambahnya
Kadin Beberkan Peran Penting Batubara Dalam Penyediaan Energi Masa Depan

Kadin Beberkan Peran Penting Batubara Dalam Penyediaan Energi Masa Depan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 213 hits
Kamar Dagang dan Industri Indonesia menilai batubara masih menjadi tulang punggung sumber energi Indonesia di masa depan Ketersediaan yang melimpah dan harga yang lebih terjangkau membuat batubara masih menjadi sumber energi andalan bagi In...
Bintang Masa Depan Irfan Bakti

Bintang Masa Depan Irfan Bakti

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 347 hits
Pemain tengah Terengganu FC Muhd Azalinullah Alias bersedia mengisi kekosongan bekas tonggak Mohd Faiz Nasir yang berhijrah ke Selangor musim depan Bakat Azali sering disebut sebut pengendali TFC Irfan Bakti Abu Salim yang percaya pemain be...
Tabung Haji Akan Diawasi Bank Negara Untuk Masa Depan Terjamin

Tabung Haji Akan Diawasi Bank Negara Untuk Masa Depan Terjamin

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 281 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata Tabung Haji melanggar dua syarat pemembayaran hibah sejak 2014 Mujahid menjelaskan terdapat dua syarat tersebut merupakan sebelum pembayaran hibah dibuat aset tidak boleh kurang ...
10 Motif Keramik Elegan Untuk Lantai Rumah Masa Depan Bikin Betah Dan Kesannya Mewah

10 Motif Keramik Elegan Untuk Lantai Rumah Masa Depan Bikin Betah Dan Kesannya Mewah

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 318 hits
Kalau sudah punya rumah nanti lantainya dipasangin keramik kayak gini ya Mz biar makin betah di rumah
Lompat Parti Kukuhkan Umno Pada Masa Hadapan Jamil Khir

Lompat Parti Kukuhkan Umno Pada Masa Hadapan Jamil Khir

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 254 hits
ALOR SETAR UMNO Kedah menyifatkan situasi lompat parti yang sedang berlaku dalam kalangan pemimpinnya ketika ini akan mengukuhkan parti itu pada masa hadapan Pengerusinya Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata UMNO selepas proses pemutihan i...
Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Curang Itu Pilihan Tapiiii

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Persediaan Tamadhan Dan Raya

Choosing The Perfect Plants To Brighten Up Dark Spaces

Graft Videos Aimed At Weakening My Govt Says Hajiji

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel