Amanah Khianat Gadai Kerusi Puteri Wangsa Milik Pkr Kepada Muda



(Malaysia Post) – SEORANG pemimpin PKR Johor menyifatkan keputusan Amanah menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa untuk ditandingi MUDA dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai satu pengkhianatan.
Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan berkata beliau cuba berlapang dada apabila kerusi itu diberikan kepada Amanah sebelum ini atas kesepakatan rakan lama dalam Pakatan Harapan (PH).
Malah katanya, beliau telah menyiapkan jentera untuk calon Amanah bagi berdepan PRN Johor namun parti itu dengan mudah memberikan kerusi tersebut kepada MUDA.
“Sayang dan kasihnya saya pada Puteri Wangsa kerana saya dilahirkan di sini, dibesarkan, sekolah, dari umur 10 tahun ikut bapa sebagai pembangkang di Tebrau sehinggalah saya ceburi bidang politik.
“Saya bantu Keadilan sehingga kita menang di Parlimen Tebrau dan DUN Tiram. Dan kita ada puluhan ranting di sini. Isunya bukan tentang saya, tapi saya nak tempat ini untuk Keadilan kerana saya yakin hanya Keadilan boleh menjaga Puteri Wangsa ini.
“Siapa pun calon mesti dari Keadilan atau kalau tak boleh juga, boleh saja dari DAP atau Amanah… tapi itulah,” katanya menerusi luahan di Facebooknya hari ini.
Mengulas lanjut Napsiah berkata, atas sikap profesional dan taat pada arahan parti, beliau terima dan susun sebaiknya untuk membantu calon Amanah kerana selepas ‘Langkah Sheraton’ hanya PKR bersungguh-sungguh pulihkan keadaan di Puteri Wangsa.
“Kami bina semula kepercayaan rakyat. Apabila Amanah berikan (DUN Puteriwangsa) kepada MUDA, pada saya ini adalah pengkhianatan kepercayaan yang akar umbi berikan.
“DUN ini menang majoriti 24,000, mudahnya memberi kerusi paling berharga di Johor kepada satu parti yang belum pasti kesetiaannya,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi kenyataan bersama, Amanah dan DAP mengesahkan memberi laluan kepada MUDA bertanding di enam kerusi DUN dalam PRN Johor bulan depan.
Kerusi tersebut ialah DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.
Perkara itu dimuktamadkan hasil rundingan rasmi antara MUDA bersama DAP dan Amanah.
Menerusi kenyataan hari ini, ketiga-tiga parti menyatakan rundingan rasmi itu telah bersetuju dengan tiga matlamat utama, antara lain memastikan tiada pertindihan kerusi antara calon-calon mereka.
Selain itu, menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera Amanah, DAP dan MUDA untuk memenangi setiap calon; dan bersama-sama menubuhkan kerajaan negeri Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka.
Pada PRU14 lalu, kerusi DUN Puteri Wangsa dimenangi calon PKR, Mazlan Bujang.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/02/09/amanah-khianat-gadai-kerusi-puteri-wangsa-milik-pkr-kepada-muda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Leader Upset Amanah Gave Up Puteri Wangsa To Muda

Pkr Leader Upset Amanah Gave Up Puteri Wangsa To Muda

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 210 hits
JOHOR POLLS Johor Wanita PKR chief Napsiah Khamis has expressed her dissatisfaction at Amanah s decision to hand over the state seat to Muda This was after Amanah and DAP today announced that they have agreed to hand over six state seats to...
Selepas Amanah Dan Dap Pkr Pula Tawar 3 Kerusi Untuk Muda

Selepas Amanah Dan Dap Pkr Pula Tawar 3 Kerusi Untuk Muda

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 177 hits
February 10 2022 PKR memaklumkan parti itu menawarkan tiga kerusi untuk ditandingi parti Ikatan Demokratik Malaysia Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata hal itu dibuat selepas kedua dua parti mengadakan tiga pertemuan dan rundi...
Muda Bertanding Enam Kerusi Hasil Kesepakatan Amanah Dap

Muda Bertanding Enam Kerusi Hasil Kesepakatan Amanah Dap

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 184 hits
FAZLI RADZIMUDA akan bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor hasil kesepakatan dengan AMANAH dan DAP Kesemua kerusi terbabit ialah DUN Tenang Bukit Kepong Parit Raja Machap Puteri Wangsa dan Bukit Perm...
Pkr Beri 3 Kerusi Kepada Muda

Pkr Beri 3 Kerusi Kepada Muda

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 330 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya akan diadakan pada 12 Mac ini dan tarikh tarikh penamaan calon pada 26 Februari amat penting bagi rakyat untuk mengembalikan kerajaan yang berwibawa dan mampu menyelama...
Pkr Amanah Take 20 Seats Each In Johor But Door Still Open For Muda

Pkr Amanah Take 20 Seats Each In Johor But Door Still Open For Muda

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 195 hits
PKR and Amanah are taking 20 seats each for the upcoming Johor state election while DAP is taking 16 seats Amanah president Mohamad Sabu confirmed today This is after the party divided the 18 seats previously contested by Bersatu with PKR a...
Pkr Dan Amanah Tanding 20 Kerusi Dap 16

Pkr Dan Amanah Tanding 20 Kerusi Dap 16

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 197 hits
MalaysiakiniPKR dan Amanah masing masing akan bertanding 20 kerusi dalam pilihan raya negeri Johor manakala DAP akan bertanding 16 kerusi kata sumber sumber daripada Pakatan Harapan Dengan itu PKR dan Amanah mendapat tambahan lapan kerusi m...
Pkr Tunggu Respons Muda Selepas Tawar Tiga Kerusi

Pkr Tunggu Respons Muda Selepas Tawar Tiga Kerusi

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 191 hits
FAZLI RADZIPKR sedang menanti jawapan di pihak Ikatan Demokratik Malaysia selepas menawarkan parti itu tiga kerusi Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Johor Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata tawar...
Prn Johor Pkr Dap Dan Amanah Terpaksa Tumpang Imej Muda

Prn Johor Pkr Dap Dan Amanah Terpaksa Tumpang Imej Muda

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 209 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa DAP Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat menumpang imej Parti Ikatan Demokratik Malaysia dalam Pilihan Raya Negeri Johor Beliau mendakwa ketiga tiga pa...
Muda Will Stick To Deal With Amanah Despite Pkr S Unhappiness

Muda Will Stick To Deal With Amanah Despite Pkr S Unhappiness

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 228 hits
JOHOR POLLS Muda has maintained that it will contest in Puteri Wangsa for the upcoming Johor polls despite PKR demanding the state seat Muda president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said it stood by the deal with Amanah which agreed to let M...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly