Amalkan Surah Al Fatihah Amalan Ini Sebagai Pendinding Setiap Kali Keluar Rumah


Dalam keadaan sekarang ini, bagi yang terpaksa keluar bekerja atau perlu keluar membeli barangan keperluan harian dan uruskan hal-hal tertentu, hati pasti akan berdebar. Risau dengan keadaan virus ini yang masih tiada ubat.
Namun orang kata kehidupan harian itu perlu dilalui seperti biasa cuma cara kita ikhtiar pun penting juga. Selain menggunakan mask, sarung tangan dan sentiasa kerap membasuh tangan, cara kita ikhtiar dengan menggunakan ayat al-Quran sebagai pendinding diri juga boleh dijadikan amalan.
Perkongsian di FB Tazkirah Ustaz Ebit Lew mengenai amalan yang dilakukan salah seorang individu yang dikuarantinkan dan dengan izin Allah kekal sihat walaupun selepas mempunyai kontak rapat dengan jemaah ijtimak tabligh itu mungkin boleh diamalkan bersama.
Alhamdulillah…14 hari saya menjalani proses kuarantinkaan diri disebabkan saya mempunyai kontak rapat dengan jemaah ijtimak tabligh (Sukarela saya ke hospital untuk check dan sukarela saya kuarantinkn diri even saya tak ada simptom covid19). Semuanya masih dalam keadaan baik dengan izin Allah SWT. Dalam masa 14 hari apa yang saya lakukan untuk pastikan saya kekal sihat? Letakkan tawakkal 80%, usaha 20%..
Dalam usaha 20% apa yang saya lakukan? Saya berkongsi bukan kerana apa.. Tapi saya doakan moga boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan izin Allah SWT..Mudah-mudahan kita semua terus diberi kesihatan yang baik..InsyaAllah..

Set dalam hati dan minda kita sihat. Jangan beri sedikit pun ruang untuk rasa takut masuk dalam diri kita. Jalani kehidupan macam biasa. Pegang pada hati, Allah SWT  ada untuk melindungi. Elakkan juga stres tentang apa-apa sekalipun. Kalau tak stres imunisasi kita akan lebih kuat, banyakkan usaha utk tenangkan diri walau kita mungkin berdepan dengan karenah anak-anak sekalipun.  Jaga solat+Solat sunat  Sentiasa berwuduk- tak kisah masa bila kita rasa nak berwuduk. Kalau 10x kita berwuduk maknanya 10x kita dah sucikan diri kita. Baca yassin setiap malam, sampai ayat “Salamun Khaulam mirrabbirrahim…” ulang 21x, niatkan dalam hati untuk Allah SWT lindung dari segala musibah.  Selepas solat baca alfatihah sekali, ayat kursi 3x, surah alfill 3x.(Amalkan juga sebelum tidur dan kalau ada anak kecil, hembuskan pada anak dari kepala hingga kaki)-Bila-bila masa baca lebih baik. Baca bismillah 5 kali tak kira masa, baca juga 11x selepas solat  Keluar rumah bila perlu sahaja, sebelum keluar baca Bismillahitawakkalualallah 3x, baca alfatihah 1x dan ayat kursi 3x.. Niat Allah SWT lindung dari segala bahaya. Bila keluar beli barang disupermarket elak belek-belek barang, saya hanya tuju tempat barang yang saya nak ambil, ambil barang, bayar dan terus balik-Kalau terpaksa sangat-sangat je baru saya keluar. Ini bukan masa untuk kita berseronok. Balik kena trus mandi. Jangan pegang anak-anak, jangan pegang sesiapa. Bersihkan diri dahulu. Pakaian dari baju stokin semuanya, saya akan basuh. Saya basuh juga semua barang yang saya beli. Plastik bag tak simpan. Terus buang.  Gunakan hand sanitizer bila diluar rumah Jaga jarak ketika diluar walaupun kita memakai mask Cuci tangan sekerap mungkin, jaga kebersihan diri Minum air garam sebelum tidur. Baca istighfar 3x, selawat 3x, niatkan dlm hzti diberi kesihatan yang baik (Saya guna garam yg warna perang, beli seketul, blik pecahkan jadi bjik kecil-kecil, ambil 3biji masukkan dalam air bersih separuh gelas dan minum)-Garam biasa pun boleh. Bacalah berulang kali DOA ini, “Allahumma Jurni Fimusibati Waakhlifli Khoirun Minha”… Moga Allah SWT menggantikan segala musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik.
Apa pun, apa sahaja yang kita buat niatkan kerana Allah SWT. Niatkan nak sihat untuk kekal beribadat kepada Allah SWT. Nak sihat untuk jaga anak-anak. Nak sihat untuk mudah keluar cari rezeki yang halal. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT kita selamat semuanya. InsyaAllah.

#Saya hanya berkongsi.. Hak Allah SWT untuk memberi kita sakit dan hak Allah SWT juga nak bagi kita sihat. Apa pun, berbalik pada Allah SWT adalah sebaik-baik jalan yang kita ada.
Sumber: Tazkirah Ustaz Ebit Lew
The post Amalkan Surah Al-Fatihah & Amalan Ini Sebagai Pendinding Setiap Kali Keluar Rumah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/amalkan-surah-al-fatihah-amalan-ini-sebagai-pendinding-setiap-kali-keluar-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terpaksa Keluar Rumah Ketika Covid 19 Amalkan Zikir Ini Untuk Perlindungan

Terpaksa Keluar Rumah Ketika Covid 19 Amalkan Zikir Ini Untuk Perlindungan

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 357 hits
Ada sesetengah orang terpaksa keluar ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan Mungkin perlu keluar bekerja atau mencari barangan keperluan buat keluarga Dalam keadaan sekarang sangatlah berisiko untuk berada di luar rumah berkongsi...
Empat Kali Keluar Beli Makanan Sehari Sampai Polis Pun Kenal

Empat Kali Keluar Beli Makanan Sehari Sampai Polis Pun Kenal

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 241 hits
Ada rakyat Malaysia beri alasan tidak jujur untuk keluar dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Foto oleh Sayuti ZainudinPUTRAJAYA 29 Mac Keluar membeli makanan tetapi sehingga empat kali sehari adalah antara alasan tidak juju...
Bagi Mereka Yang Degil Dengan Larangan Keluar Rumah

Bagi Mereka Yang Degil Dengan Larangan Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 275 hits
Korang2 yang keras kepala tolong tolong tolong ambik iktibar Once korang didapati positif Covid 19 itulah KALI TERAKHIR korang dapat tengok jumpa ahli keluarga korang Once kau dah kena kuarantin jangan harap kau boleh jumpa anak bini ayah m...
Covid 19 Duduk Di Rumah Dan Jangan Keluar

Covid 19 Duduk Di Rumah Dan Jangan Keluar

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 1357 hits
Bilangan kes COVID 19 mengikut negeri setakat 12 tgh hari 19 March 2020 Kes COVID 19 telah menular di semua negeri di Malaysia dan dijangkakan akan semakin meningkat Sila bantu KKM bersama memutuskan rangkaian jangkitan ini dengan duduk di ...
Masih Degil Keluar Rumah Jangan Sampai Atm Pdrm Diberi Kuasa Guna Kekerasan

Masih Degil Keluar Rumah Jangan Sampai Atm Pdrm Diberi Kuasa Guna Kekerasan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 472 hits
Jangan ambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Jangan fikir keadaan ini membenarkan anda bersuka ria berada di luar rumah mahupun pulang ke kampung Ramai yang mengikut arahan ini dengan baik tetapi masih ada y...
Hanya Ketua Keluarga Seorang Sahaja Boleh Keluar Rumah Beli Barangan Keperluan

Hanya Ketua Keluarga Seorang Sahaja Boleh Keluar Rumah Beli Barangan Keperluan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 376 hits
PUTRAJAYA Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hanya seorang sahaja iaitu ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan ubat ubatan tegas Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof Sementara kebenaran untuk memb...
Panduan Selamat Keluar Rumah Untuk Beli Barang

Panduan Selamat Keluar Rumah Untuk Beli Barang

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 524 hits
PANDUAN SELAMAT KELUAR RUMAH UNTUK BELI BARANG Ekoran di seluruh dunia dan tindakan kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan semua rakyat Malaysia memerlukan panduan selamat untuk keluar rumah bagi membeli barang keperluan Berikut a...
Manfaat Khasiat Amalan Baca Basmalah 21 Kali Sebelum Tidur

Manfaat Khasiat Amalan Baca Basmalah 21 Kali Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 1798 hits
Setiap kali kita mau berbuat baik atau memulai pekerjaan diusahakan untuk mengawalinya dengan basmalah Mau makan misalkan dan Tidur umpamanya Sebisa mungkin tidak melupakan basmalah dalam memulai aktivitas keseharian Banyak keistimewaan yan...
Penduduk Pulau Gaya Diarah Berpatah Balik Ke Rumah Bagi Menyekat Sebarang Aktiviti Keluar Masuk

Penduduk Pulau Gaya Diarah Berpatah Balik Ke Rumah Bagi Menyekat Sebarang Aktiviti Keluar Masuk

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 306 hits
Bagaimanapun kesemua aktiviti peniagaan di pasar berkenaan telah ditutup bermula jam 5 petang Penduduk Pulau Gaya Kota Kinabalu diarah berpatah balik ke rumah Sekumpulan penduduk Pulau Gaya Kota Kinabalu yang menumpang beberapa bot terpaksa...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai