Amalan 1 Minit Yang Memiliki Ganjaran Sangat Besar



8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar
Di dalam kesibukan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan

Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr

Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan

1 – Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. (Hadis Riwayat Ahmad)
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, IN sya Allah kita akan memperolehi rumah di Syurga

#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (Hadis Riwayat Muslim)
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali

#3 – Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali

#4 – Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. (Hadis Riwayat Bukhari)
#5 – Lafaz Tasbih
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. (Hadis Riwayat Muslim)
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali

#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali

#7 – Mendoakan Orang Lain
Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. In sya Allah kita juga akan turut dimurahkan rezeki

Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya. (Hadis Riwayat al-Thabarani)
#8 – Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya.* *Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka

Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. (Hadis Riwayat Muslim)
Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda.* *Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya

Kesimpulan
Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas

Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini,* *Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita
Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan

KONGSIKAN POS INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan pos ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In Shaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/06/amalan-1-minit-yang-berbaloi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Saiz Malaysia Atas Peta Kecil Sangat Tapi Realitinya Lebih Besar Dari Beberapa Negara Eropah Ini Jawapanya

Kenapa Saiz Malaysia Atas Peta Kecil Sangat Tapi Realitinya Lebih Besar Dari Beberapa Negara Eropah Ini Jawapanya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 335 hits
Pernah tak cari negara kita di peta ataupun pada peta globe masa kecil Mesti susahkan Hal ini kerana saiz Malaysia pada peta sangat kecil Namun tahukah anda Malaysia sebenarnya lebih besar dari Korea Selatan malah lebih besar dari beberapa ...
Bawang Besar Holland Penghilang Kembung Perut

Bawang Besar Holland Penghilang Kembung Perut

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 453 hits
ZULKARNAIN LUKMAN Hari Khamis lepas selepas selesai urusan bank waktu tengah hari singgah makan sushi di Nippon Sushi sebelah malamnya makan sate Kajang Besoknya hari Jumaat rasa tak sedap badan Bila sukat suhu badan dah mencecah 37 1 darja...
Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya

Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 638 hits
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka bah iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai Hajar Aswad merupakan jenis batu Ruby yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril Hajar Aswad terdiri dari lapan ...
039 Saya Rugi Besar 039 Rahmad Mega

039 Saya Rugi Besar 039 Rahmad Mega

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 782 hits
PENYANYI Rahmad Mega terpaksa menutup operasi perniagaan food court The Stage by Rahmad Mega yang diusahakan sejak lebih setahun lalu Bekas vokalis kumpulan Mega itu membuat keputusan berkenaan selepas menanggung kerugian yang besar apabila...
Aksi Pria Berotot Besar Di India Tuntut Pembukaan Tempat Gym

Aksi Pria Berotot Besar Di India Tuntut Pembukaan Tempat Gym

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 434 hits
Aksi Pria Berotot Besar di India Tuntut Pembukaan Tempat Gym Pemilik dan pelatih gym di sejumlah kota di India menggelar aksi protes atas kebijakan pemerintahannya yang masih melarang pembukaan pusat kebugaran di tengah kekhawatiran penyeba...
Polis Atm Laksana Op Benteng Secara Besar Besaran

Polis Atm Laksana Op Benteng Secara Besar Besaran

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 9 JUN Polis akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dan agensi penguat kuasa lain untuk melaksanakan Operasi Benteng secara besar besaran di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memburu tekong dan ahli ah...
Jangan Biasakan Anak Rampas Barang Orang Boleh Melarat Sampai Ke Besar

Jangan Biasakan Anak Rampas Barang Orang Boleh Melarat Sampai Ke Besar

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 411 hits
Situasi normal apabila kita melihat anak anak bergaduh berebutkan sesuatu barang Sama ada kita rampas barang tersebut minta anak sulung untuk beralah atau kita marahkan anak anak kerana bising Untuk menangani situasi begini ibu ayah perlu l...
Kerajaan Akan Akan Buru Tekong Sindiket Pati Besar Besaran

Kerajaan Akan Akan Buru Tekong Sindiket Pati Besar Besaran

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dan agensi penguat kuasa lain untuk melaksanakan Op Benteng secara besar besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket berhubung pen...
Pasar Besar Jalan Othman Kembali Operasi Esok

Pasar Besar Jalan Othman Kembali Operasi Esok

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 421 hits
SHAH ALAM 5 JUN Pasar Besar Jalan Othman di Petaling Jaya yang ditutup sementara Mei lalu susulan kes Covid 19 akan dibuka semula esok dengan tatacara operasi piawai ketat Datuk Bandar Petaling Jaya Dato Mohd Sayuthi Bakar berkata kebenaran...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat