Alvin Ditahan Bersembunyi Di Sebuah Pusat Peranginan
Oleh Safeek Affendy Razali
Suspek utama kes pengubahan wang haram, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh yang melarikan diri dan dikesan bersembunyi di sebuah pusat peranginan di Pahang ditahan, awal pagi tadi. KUALA LUMPUR: Suspek utama kes pengubahan wang haram, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh yang melarikan diri dan dikesan bersembunyi di sebuah pusat peranginan di Pahang ditahan, awal pagi tadi.
Alvin ditahan pada jam 1.20 pagi bersama wanita warga asing dipercayai kekasihnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di luar Lembah Klang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata suspek yang juga koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China ditahan selepas pihaknya menjalankan risikan bagi mengesannya sejak 12 Oktober lalu.
"Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Beliau berkata, pihaknya percaya Alvin sebelum ini sering berpindah dari satu ke satu lokasi lain bagi mengelakkan dirinya dikesan pihak polis.
"Kita juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti bagaimanakah dia dapat melarikan diri termasuk dakwaan kononnya dibantu pihak tertentu," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, turut mengesahkan penangkapan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan suspek utama kes sindiket pengubahan wang haram, didapati melarikan diri dengan bantuan dua pengawal peribadinya berdasarkan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya.
Sumber dipetik sebagai berkata, dalam kejadian pada 11 Oktober lalu, suspek memang sudah menaiki kenderaan miliknya yang kemudian dilihat menuju ke pintu pagar utama bangunan terbabit untuk keluar.
Namun ketika pergerakan antara pintu lobi dengan pintu pagar utama itu, suspek dipercayai keluar dari kenderaan terbabit lalu melarikan diri ke pagar sisi berdekatan pintu belakang bangunan SPRM.
"Hasil semakan terhadap rakaman CCTV, suspek didapati memanjat pagar dengan bantuan dua pengawal peribadi yang sudah bersedia dan sebuah kereta jenis Myvi menunggu di tepi jalan, sekali gus meloloskan diri daripada tangkapan polis yang sedia menunggu di pintu pagar utama bangunan SPRM," katanya.
Menurut sumber itu lagi, terdahulu suspek bersama lapan lagi individu sudah dilepaskan daripada reman dan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM untuk proses dokumentasi jaminan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/alvin-ditahan-bersembunyi-di-sebuah.html