Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Simple Atasi Kulit Berminyak Dan Mengatasi Masalah Kulit Berjerawat
Hai readers.. Harini kita nak berkongsi tentang satu masalah selepas jalani Operation haritu. Selepas operation, kita memang tak dapat nak jaga kulit muka. Sebab wayar tiub sana sini, then operation haritu kan berjahit sampai ke bibir. So nak elakkan kesan jahitan disitu terkena air, terpaksa skip skip basuh bahagian muka.
Disebabkan masalah tak dapat nak cuci muka dengan sebaiknya, muka kita mula nak jadi sesuatu. Kulit muka mula berminyak. Pelik rasanya sebab kulit muka kita bukan jenis berminyak. Rasanya hari ke-4 macam tu kita slow slow cuci muka. Guna cleanser. Tapi tak boleh nak cuci betul betul sebab masa tu tiub minum susu belum dicabut lagi.
So disebabkan muka menjadi berminyak dan mula naik berdaki, kita cuba cuci pakai 1 jenis cleanser ni. Sebab cleanser tu je yang kita bawa ke hospital, so bila pakai muka still sama. Muka tetap berminyak. Bila dapat balik rumah, kita cuba gunakan satu cleanser baru ni. Aloe AC Clean Bubble Cleanser namanya. Try guna yang ni dengan harapan dapat atasi masalah kulit berminyak tu.
Beberapa hari juga la mencuba gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, kulit yang berminyak tu berjaya diatasi. Punya la pening pikir kenapa muka berminyak, rupanya ada juga jalan penyelesaikannya.
Mesti nak tahu apa kandungan yang terkandung dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser, yang boleh membantu muka jadi bersih tak berminyak tu kan?
Haaa, nak tahu, nama nya pun Aloe kan, salah satu kandungannya ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Kita semua pun sedia maklum kan, aloe vera elok dalam mengatasi masalah kulit kan.
Sebenarnya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser bukan sahaja untuk masalah kulit berminyak, tetapi, ianya juga dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat juga. Bagaimana ianya dapat membantu? Ianya dapat membantu dengan membersih secara mendalam dan menutup lubang-lubang jerawat yang ada.
Apa yang bestnya bila dah menggunakan Cleanser ni, kulit dah la tak berminyak, dia elok je lembap seperti biasa. Dan ianya juga tidak mengeringkan tau. So memang best guna sebab tak perlu risau dah.
Mesti ada yang nak tahu, macam mana rupa Cleanser ni kan? Meh tengok ni. Botol ni tersedia dalam bentuk dipam tau. So bila kita pam, maka akan keluar cecair dan ianya dalam bentuk berbuih. Berbuih tapi ada air sekali. So kalau kita tak basahkan kulit muka terlebih dahulu pun takpe, sebab ianya takkan kering dimuka. Dan teksturnya ringan.
Kebiasanya pembersih jenis gelembung boleh membersihkan kulit dengan baik, tetapi mungkin membuat kulit sangat kering selepas mencucinya. TETAPI Pembersih Bubble Clean Aloe AC ini berbeza, ia adalah pembersih kualiti yang baik, ia membilas liang kulit bersih dengan kulit kelembapan, kita pasti selepas korang bersihkan dan basuh, korang akan rasa kelembapan, tidak kering. Ia adalah pembersih yang berbuih, Melembutkan & WATERY.
Okay, dah bebel banyak ni kan, mesti ada yang nak cuba produk ni, betul tak? So macam mana nak dapatkan produk ni dengan cara paling mudah?
Ni kita sharekan websitenya, dan korang boleh terjah situ, then boleh juga tengok apa sahaja yang mereka sharekan tentang produk tersebut.
Hansaegee Nature
🍁Website : www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Sebelum terlupa, harga yang ditawarkan untuk 1 botol ni ialah RM65 sahaja.
Untuk kandungan sebanyak 150ml.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2019/02/aloe-ac-clean-bubble-cleanser-pencuci.html