Almarhum Sultan Ahmad Shah Presiden Yang Tegas Penyayang



KUALA LUMPUR - Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah seorang Presiden yang tegas dan cintakan bola sepak, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Hamidin yang pernah berkhidmat bersama Almarhum Sultan Ahmad Shah bermula 1995 hingga 2015, ketika baginda sebagai Presiden FAM pada masa itu, berkata di sebalik ketegasannya, Almarhum juga seorang yang penyayang kepada kakitangan dan pegawainya.

“Satu kehilangan besar buat bola sepak tanah air. Baginda seorang Raja yang benar-benar penyayang. Saya kenal Almarhum sejak jadi Exco FAM pada 1995, kemudian pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden (2010-2013) dan Setiausaha Agung (2013-2015) di bawah kepimpinan baginda.

“Ada masanya Almarhum tegas dan ada masanya penyayang. Almarhum seorang Presiden yang tegas dalam setiap keputusan yang dibuat oleh FAM dan cintakan bola sepak. Ini kerana bola sepak adalah sukan nombor satu di negara ini, Almarhum sangat komited terhadap sukan bola sepak dan memegang jawatan (sebagai Presiden FAM) untuk jangka masa yang lama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Almarhum yang mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 8.50 pagi tadi pada usia 88 tahun, merupakan presiden paling lama memegang pucuk kepimpinan FAM, selama 30 tahun bermula 1984 hingga 2014.

Almarhum Sultan Ahmad Shah juga pernah mencurahkan khidmatnya kepada pembangunan bola sepak di peringkat antarabangsa, terutama di rantau Asia apabila memegang jawatan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula 1994-2002 dan Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bermula 2011-2019.

Baginda, bagaimanapun tidak dicalonkan semula pada Kongres AFF di Siem Reap, pada Mac lalu berikutan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Terdahulu, FAM dalam satu kenyataan berkata di bawah kepimpinan Almarhum Sultan Ahmad Shah, pertandingan bola sepak tempatan melalui satu evolusi pesat, bermula dengan liga semi-pro diperkenalkan pada 1989 sebelum menjadi profesional pada 1996 dan ditransformasikan kepada Liga Super pada 2004.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Dalam tempoh tiga dekad itu juga, Almarhum Sultan Ahmad Shah menjadi saksi kepada beberapa kejayaan skuad negara, termasuk meraih pingat emas Sukan SEA 1989, Pestabola Merdeka 1993, emas Sukan SEA 2009 dan 2011 serta kemenangan Piala AFF Suzuki 2010.

“Almarhum juga memastikan Malaysia disegani di mata dunia dengan mendapat penghormatan menjadi tuan rumah Piala Dunia Belia FIFA pada 1997. Almarhum antara tokoh yang menuntut penambahan kuota untuk benua Asia dalam saingan Piala Dunia FIFA pada 2002, susulan krisis pada 1999 apabila delegasi AFC memulau mesyuarat Kongres FIFA di Los Angeles.

“Almarhum yang menjadi Presiden AFF dari 2011-2019, dengan kejayaan menjadikan Piala AFF Suzuki sebagai aset terbesar persekutuan itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Sultan Ahmad Shah,” menurut kenyataan itu. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/almarhum-sultan-ahmad-shah-presiden.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1128 hits
Alfatihah Raja di Hati Rakyat KUANTAN Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini merupakan seorang raja yang sangat disegani rakyat kerana keperibadian almarhum ya...
Ahli Politik Kenang Kepantasan Almarhum Sultan Ahmad Shah

Ahli Politik Kenang Kepantasan Almarhum Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 401 hits
KUANTAN Kepantasan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menyantuni rakyat akan menjadi kenangan terindah wakil rakyat Pahang yang berpeluang menyaksikan sendiri kebaikan peribadi baginda S...
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Memiliki Keperibadian Menawan Rossa Sebak

Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Memiliki Keperibadian Menawan Rossa Sebak

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 375 hits
Berita Penyanyi popular Indonesia Datuk Seri Rossa menyifatkan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah seorang raja yang mementingkan kesederhanaan selain memiliki keperibadian yang menawan Datuk Seri Rossa atau Rossa sebak ketika berkongsi pengala...
Almarhum Sultan Ahmad Shah Telah Pun Selamat Disemadikan

Almarhum Sultan Ahmad Shah Telah Pun Selamat Disemadikan

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 653 hits
PEKAN Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Muadzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan di sini pada 4 35 petang ini Jenazah Almarhum disemadikan bers...
Sultan Ahmad Shah Ialah Ketua Perlembagaan Uiam Pertama

Sultan Ahmad Shah Ialah Ketua Perlembagaan Uiam Pertama

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 488 hits
KUALA LUMPUR Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah adalah Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang pertama sejak penubuhan universiti itu pada 1983 Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkif...
Jenazah Sultan Ahmad Shah Diterbangkan Ke Pahang

Jenazah Sultan Ahmad Shah Diterbangkan Ke Pahang

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 314 hits
Kenderaan yang membawa jenazah Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah meninggalkan perkarangan Istana Negara pada 5 05 petang tadi Van jenazah khas membawa keluar jenazah Almarhum melalui pintu 1 Istana Negara menuju ke P...
Bumi Pahang Menangis Sambut Kepulangan Sultan Ahmad Shah

Bumi Pahang Menangis Sambut Kepulangan Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 621 hits
KUANTAN 22 Mei 8211 Bumi Pahang seakan 8216 menangis 8217 menyambut kepulangan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta 8217 in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat di ibu negara hari ini Sejak petang tadi cuaca men...
Sultan Pahang Ke 5 Sultan Ahmad Shah Mangkat

Sultan Pahang Ke 5 Sultan Ahmad Shah Mangkat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 659 hits
Sultan Pahang kelima Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada jam 8 50 pagi tadi Sultan Ahmad Shah mangkat SULTAN Pahang ke...
Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah

Agong Beriltizam Meneruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini beriltizam akan meneruskan legasi dan sifat perikemanusiaan Almarhum Paduk...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia