Allah Dedahkan Wajah Pemimpin Pas Melalui Sirah At Takiri


Khairuddin 'Tak Kuarintin Diri' (rengkasnya, Takiri) sememangnya hebat kalau bercakap. Aku masih ingat sewaktu parti lebai ini sibuk bercakap pasal RUU Akta 355. Isu inilah yang menjadi salah satu alasan untuk parti lebai berpisah dengan PR dulu

Si Takiri berucap, pernah mencabar sesiapa sahaja untuk berdebat dengannya dalam isu RUU Akta 355. Beliau berhukum bahawa melaksanakan RUU Akta 355 itu adalah hukumnya 'Wajib', bukan sunat, makruh, haram atau harus lagi. Maka, tidak peliklah ada seekor lebai dari Penang mengutip hukum tersebut dan dijadikan maudhuk di dalam kuliahnya sehinggakan "mengkapirkan' Kak Wan (Presiden Keadilan waktu itu) jika tidak menyokong usul yang akan dibawa oleh lebai Hadi di Parlimen. Mati nanti, kita tanam jirat, kata lebai jahil tersebut. Nampak tak bahayanya apabila Islam itu dijual

Hukum serta pandangan Takiri tentang RUU Akta 355 ini mendapat perhatian dari seorang ustaz terkenal, pakar hadith iaitu Dr Rozaimi atau Dr Rora. Beliau menyahut cabaran Takiri untuk berdebat dan telah menghantar wakil untuk menyampaikan minatnya untuk berdebat dengan Takiri. Malangnya, sampai sekarang Takiri membisu sehinggalah beliau kini telah menjadi menteri di dalam kerajaan pintu belakang. Bila telah menjadi kerajaan, sepatutnya tidak perlu kisah soal debat lagi, elok beliau suruh lebai Hadi, Presidennya itu bawa semula usul RUU Akta 355 yang lebai Hadi sendiri minta tangguh berkali-kali dahulu. Mengapa diam soal RUU Akta 355 sekarang? Sebab, itu hanya modal lebai dalam politik saja

Nah, sekarang parti lebai cuba sedaya upaya untuk membela Takiri pula. Satu dunia tahu, Takiri telah langgar satu undang-undang dan peraturan paling serius iaitu berkaitan keselamatan orang ramai. Covid bukan penyakit biasa, ia satu wabak dan virus paling bahaya yang sedang melanda dunia sekarang. Tapi, Takiri dengan egonya hanya menyatakan telah bayar denda seribu dan akan potong gaji 4 bulan. Apakah itu nilai keselamatan? Undang-undang mahu dibeli dengan sejumlah wang yang tidak cukup untuk membeli alat ganti kereta Audi Q7 yang dihadiahkan kepada bini muda beliau

Peliknya, si katik Tuan Berahim pun ikut membela si Takiri ini. Tapi dia bawa contoh yang ke laut yang menunjukkan kebodohan sang timbalan parti lebai. Ada ke patut dia membawa contoh drebar lori sayur yang ulang alik ke Singapore tidak pun kena kuarintin? Dia bawa kisah pilot juruterbang yang memang tugas hariannya membawa pesawat untuk disamakan dengan kisah anak buahnya si Takiri yang bawa bini ke Turki

Benarlah kata lebai Hadi. Parti lebai dengan parti Najib umpama dua lutut. Ertinya, otak kedua-dua parti ini memang berada di lutut. Tidak hairanlah banyak sangat keluar yang pelik-pelik dari mulut pimpinan mereka. Kisah Takiri ini aku tamatkan dengan memetik apa yang penulis Ipoh mali sebut di bawah;
Petikan dari catatan Ipoh Mali menyebut..

Kisah Takiri ini mirip satu kisah wanita kalangan Bangsawan yang dituduh mencuri.. lalu dia berjumpa dengan Usamah bin Zaid, orang yang paling disukai dan paling rapat dengan Rasulullah ﷺ.. dengan harapan Usamah dapat menolongnya diberikan keringanan hukuman.

Bia mendengar rayuan Usamah itu.. Maka merahlah muka Nabi kemarahan.. Lalu Nabi ﷺ bersabda.

أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ
“Apakah kamu hendak meminta syafaat terhadap hukuman dari Allah (yang telah ditetapkan)?”
Lalu Nabi ﷺ Bangun dan berdiri di mimbar Khutbah lalu Nabi Ucapkan ungkapan ini sebagai Pedoman sekalian Manusia..hatta dalam kehidupan kita hari ini...

Lalu Nabi ﷺ berdiri dan berkhutbah , setelah memuji Allah dengan pujian yang layak untuk-Nya, baginda ﷺ bersabda:
« فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ
وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»
“ Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun membiarkannya. Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan hukuman ke atasnya

Demi Zat yang jiwaku berada tangan-Nya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya.”
Jadi apa apa yang diperlihatkan dihadapan kita hari ini menepati apa yang diucapkan Nabi ﷺ lebih seribu tahun dulu.. hukuman yang dikenakan kepada rakyat Marhaen, berbeza dengan kelompok sang penguasa dan Menteri... Takiri telah mendapat Syafaat dari KKM hanya kerana kedudukannya sebagai Menteri.

Jadi tidak kah kita nampak hikmah disebalik tertubuhnya Kerajaan tebuk atap dan Khianat ini.. Allah zahirkan dihadapan kita... yang rosakkan nama agama ini datang dari orang Agama sendiri.. Mereka inilah yang memburukkan wajah Islam.

Bukan kah benar kata Nabi ﷺ, Lebih aku takutkan Ulama Jahat ini lebih dari Dajjal.. :)/Ipoh Mali

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wfauzdin.blogspot.com/2020/08/allah-dedahkan-wajah-pemimpin-pas_28.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajah Burung Hud Hud Yang Menjadi Kepercayaan Pemimpin Pengikut Pas

Wajah Burung Hud Hud Yang Menjadi Kepercayaan Pemimpin Pengikut Pas

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 430 hits
INI lah wajah burung hud hud yang menjadi kepercayaan pemimpin dan pengikut Pas yang tiba tiba muncul di abad ini Burung ini baru balik holiday dari Turki dan tak kuarantin tak macam rakyat marhaen Setiap hari kerajaan Muhyiddin Yassin umum...
Pemimpin Amanah Melompat Ke Pas Cerita Lucu

Pemimpin Amanah Melompat Ke Pas Cerita Lucu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 300 hits
Ahli Parlimen AMANAH Sepang Muhammed Hanipa Maidin menempelak kerana Ahli Parlimen AMANAH lain iaitu Mohamad Sabu Khalid Samad Datuk Seri Mujahid Yusof Dato Mahfuz dan beliau sendiri tidak disebut Sampai hati depa tak sebut Kota Raja Shah A...
Allah Maha Kaya 4 Sosok Ini Gratiskan Dagangannya Di Hari Jumat Meskipun Hidupnya Pas Pasan

Allah Maha Kaya 4 Sosok Ini Gratiskan Dagangannya Di Hari Jumat Meskipun Hidupnya Pas Pasan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 281 hits
Semenjak sosial media merebak di Indonesia hashtags JumatBerkah selalu menghiasi timeline sekali dalam seminggu Tak jarang para milenial melangitkan harapan harapan serta doa doa pada hari Jumat yang diakhiri dengan tagar tersebut Namun bed...
Muhyiddin Diseru Dedahkan Hasil Siasatan Dalaman Terhadap At Takiri

Muhyiddin Diseru Dedahkan Hasil Siasatan Dalaman Terhadap At Takiri

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 293 hits
Pengakuan Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu pengurusan tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia tidak tahu mengenai skandal pengingkaran kuarantin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali agak mengejutkan ...
Gugur Talak Ke Pemimpin Pas Kerjasama Dengan Umno

Gugur Talak Ke Pemimpin Pas Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 260 hits
Nyamuk Menggigit Tulisan ambo ini mengambil kira apa yang didakwa oleh Datuk Takiyuddin bahawa usaha penyatuan Umno dan PAS telah beliau usahakan dari dari 2015 atas arahan Hj Hadi Beberapa persoalan yang melibatkan hukum hakam yang melibat...
Pembunuhan Watak Menu Harian Menjatuhkan Kredibiliti Pemimpin Pas

Pembunuhan Watak Menu Harian Menjatuhkan Kredibiliti Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 222 hits
Character assassination atau pembunuhan watak adalah teknik untuk mencederakan kredibiliti musuh terutamanya terhadap pemimpin politik Iras matlamat menghalalkan cara fakta betul atau tidak bukanlah neraca penting Sasarannya supaya musuh te...
Perkara Biasa Bagi Pas Guna Dalil Halalkan Tindakan Pemimpin

Perkara Biasa Bagi Pas Guna Dalil Halalkan Tindakan Pemimpin

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 308 hits
Siapa sahaja dalam kalangan pemimpin Pas yang melakukan kesalahan pasti akan dibela dengan pelbagai jenis nas dan dalil bagi menghalalkan tindakan mereka Sebaliknya mereka yang menuduh dan melemparkan tohmahan terhadap pemimpin pula akan di...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid