All Too Well
Ngantuknyaaa zzzz
Minggu melayan Taylor Swift 😂😂😂
Sebenarnya, takde la fan sangat Taylor Swift, tapi kalau kena dengan jiwa lagunya, memang tangkap ke jantung sakitnya
So, aku rasa, aku ni boleh relate dengan lagu kalau keadaan tu wujud dengan diri aku
Lagu ni sebenarnya, lebih kepada emosi diri. Sometimes kau takda ayat yang sesuai untuk keadaan tu, sebab jiwa tak poetic mana, once kau dengar melody dan lirik, tiber rasa nak menitik air mata
So, untuk aku, lagi senang menyampaikan dan memahami dalam bentuk lagu. So, kalau apa-apa, lagi sis senang faham kalau tuju dalam bentuk lagu hahaha
Untuk Swifties ni, lepas tengok tiktok semua dengan cara mereka menyanyi dan mimik muka, nampak lah, memang jiwa sedang tersakiti atau pernah disakiti
Walaupon aku tak pernah mengalaminya, i feel u sis
Ada beberapa lagu yang tiba-tiba aku suka padahal sebelum ni tak pernah sedar
So, aku cuba laa google kembali lagu-lagu tu
OK, aku faham kenapa
Sebab, versi recording tu adalah versi perempuan yang sedih, baru break up. Emosi aku jarang sedih, lebih kepada nak mengamuk 🤣🤣🤣
Sebab tu bila tengok concert, emosi dan penyampaian lagu tu lagi nampak emosi penyanyi tu sendiri
Selalu aku suka rewind Enchanted
Tiba-tiba aku suka dengar:
1)Ellicit affair (angry version)
2)All to well nyanyi masa di concert
3)Long live
4)Sparks fly
Tiba-tiba aku pula terfikir, aku ni pernah disakiti ke sampai aku tiba-tiba tersuka lagu-lagu ni 🥴🥴🥴
Mungkin, aku pon tak faham emosi sendiri atau pon aku terabsorb energy orang yang rapat dengan aku sampai apa yang dia rasakan, aku pon rasa 🤣🤣🤣
Cuma, aku rasa, untuk tau kau dah heal dari previous relationship, kau akan teringat kisah-kisah percintaan, friendship dan sebagainya apabila kau mendengar lagu-lagu yang affect emosi dan jiwa kau TETAPI lagu ni hanya akan menjadi memori yang telah sebati dengan jiwa kau tapi takkan rasa sakit, pedih, ingin mengamuk atau menangis
Tapi kalau kau masih unheal dengan previous relationship, kau akan mengamuk, menjerit dan mungkin akan menangis geram sambil menyanyi lagu ni. Tapi eventually, kau akan heal
Sebab healing perlukan masa, dan perlukan letgo emosi itu
Kenangan memang takkan boleh hilang kecuali buat brain transplant
Sakit di jiwa pon mungkin permanent, cuma eventually akan tolerable
Susah untuk mencari replacement yang sama macam previous relationship sebab takkan jumpa
Dia macam lock and key - specific, takde pendua
Boleh jumpa hampir sama, tapi takkan serupa
Kau akan berjumpa dengan lock dan key yang berlainan dan setiap orang akan membuat memori yang berlainan tapi memang semua memori akan kekal di dalam hati walaupon memori itu menyakitkan hati
Sometimes kau akan berjumpa dengan seseorang yang kau tak terfikir akan jatuh cinta se dalam-dalamnya dan orang ni secara tidak sedar, akan repair wound yang lama tanpa dia dan kau sedar. Dia hanya perlu wujud di tepi kau selama-lamanya untuk hadap kehidupan ini (kalau Tuhan izinkan)
Dia bukan di tugaskan untuk heal directly, tapi dia akan menyebabkan kau boleh jadi “third person view” untuk kisah silam
Mungkin selama ni kau rasa kau bersalah, maybe kalau kau buat begini, ending nya bukan macam tu. Or maybe kau repair sesuatu, relationship kau akan kekal forever
Tapi, kewujudan orang baru ni akan menunjukkan bahawa:
Bukan salah sesiapa, anda memang telah buat sehabis baik untuk kekalkan relationship, tapi its not meant to be, bukan salah sesiapa.
Sebab, mungkin indirectly, kau buat benda yang sama dalam current relationship, circumstances yang sama, effort yang sama, tapi, communication masih boleh maintain kekal, relationship boleh maintain, dua-dua happy dan relationship tu rasa comfortable, effortless dan tidak lelah untuk current relationship as compare to previous relationship walaupon effort nya sama
Tapi, bila benda ni kita buat pada zaman dulu-dulu tak menjadi dengan previous relationship
Maksudnya, bukan salah anda
Sometimes, kita so invested dengan previous relationship, terlalu memorable, terlalu banyak memories, jadi kau jadi bengong bila ada new relationship, sebab tak semua benda yang pernah kita buat, kita sanggup repeat benda sama dengan pasangan baru, sebab kita ni manusia, memori itu sangat kuat
Tapi bagi aku, OK je
Sebab macam aku cakap, lock n key untuk setiap relationship itu takkan sama walaupon kau repeat aktiviti yang sama
Nampak serupa, tapi takkan sama
So, its ok, just buat je apa yang kau biasa buat tu, walaupon dengan pasangan baru
Outcome akan berlainan walaupon aktiviti tu sama
Just enjoy your life
Untuk aku yang telah heal, walaupon tanpa lagu Taylor Swift, aku selalu cakap, thank you sebab muncul dalam hidup aku beberapa tahun dan create memorable memories bersama aku
At least aku boleh tergelak-gelak, teringat kembali segala gelak ketawa, drama, ajaran sesat selama beberapa tahun aku hidup di dunia
Mungkin jodoh kita tak panjang, tapi the only benda yang menyebabkan aku sedih, hanyalah perpisahan, itu sahaja, selain dari itu, aku happy gila gila
Hopefully, kau pon hidup happy, sebab aku lagi sedih kalau tahu hidup kau tak sehappy masa dengan aku sebab kau tak jumpa pengganti
Dan hopefully bila kita jumpa kembali, aku nak bercerita kat kau, moment2 happy aku selepas kita tak berjumpa, sebab hidup ini kelakar sebenarnya, dan banyak benda bongok yang masih aku lakukan sebenarnya 😂😂😂
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kipasbesi.blogspot.com/2024/03/all-too-well.html