All Is Well All Is Well
Assalamualaikum...
By the time nkorang baca ni, I hope I dah selamat melalui procedure endoscopy. (I schedule entry ni). Ni I baru je makan ubat untuk flush out semua sisa-sisa makanan dalam perut. Esok pagi pukul 5.00am ada lagi sebotol nak kena setelkan. Uweeeeek tak sedap! Nak muntah semua ada. Terus body doesn't feel right, menggigil, nak pitam semua ada. Tak sukaaaaa. Last I have this feelings masa a day sebelum nak operate untuk bersalinkan Shein tahun 2012 dulu. Actually endoscopy ni minor thing je. Procedure less than 10 minutes tapi sebab dia ialah sejenis procedure so tetap I rasa seram and ni first time la I 100% tak sedar. Dulu masa bersalinkan Shein I bius separuh je. Kali ni memang tak sedar terus. I dah pesan pada Anny 'Anny, nanti aku bukak mata, aku nak nko dah ada depan mata aku'. Over kan? BTW sapa yang tak tau apa tu endoscopy boleh baca dekat sini. Actually dah lama jugak I rasa tak selesa perut each time lepas makan. Gastric memang dah ada. Lepas tu I pulak jenis tak jaga makan. Breakfast skip, makan bila lapar je, lepas tu makan pulak yang pedas-pedas so lama-lama apa jadi dengan perut pon I taktau. Makin lama, makin rasa tak selesa. So, Doktor suggest untuk buat endoscopy just to make sure everything is OK. I pon harap takde apapa la. Cuma memang lepas ni kena bebetul jaga makan. Breakfast kena ambik. Sekeping roti pon takpe. I memang paling malas nak breakfast. Takde motivasi and rasa tak penting padahal breakfast lah yang paling penting. Malas I ni kekadang tak masuk akal. Nak mengunyah pon malas. Tapi bila dapat makan sedap, tak sedar diri. Hehe
Sempaaaaaaat. I lapar giler masa Khamis tu sebab tak makan dari pagi jejak ke petang sebab nak kena buat Ultra Sound semua. Siap je Ultrasound zaaaaaapppppp, terus makan sorang-sorang dekat Dome. Ni apeni nama dia entah, lupa dah. Creamy Spaghetti Seafood ke entah.
Craving for sugar so I ambik menda ni. Nanti tengok je la dalam Dome punya menu. Ada. Harga dalam RM17.00 kot? Sedap sebab dalam dia ada buah, lepas tu ada mango syrup and ada ice cream vanilla on top.
Akitttt.....
I hope, semua OK. Rasanya takde apa. InsyaAllah... Kata Kaklong sebab dah tuwe. Kwahaja Kaklong. Kita memang kena jaga makan. Nanti angin la apa la. I ni cakap memang pandai. Tapi bab makan, memang kena ada orang remind again and again baru sedar diri. Nampak macam suka makan kan? Tapi I memang failed bab disiplin jaga makan. Air kosong kena banyak ambik and gula semua memang kena cut. Wei, OKLah. Tak boleh dah nak taip ni. I mual semua ada ni. Rasanya cold feet ni. Saiko tak tentu hala. Ya Allah... Semoga semuanya selamat. Doakan I OK? OKbye
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2019/09/all-is-well-all-is-well.html