Alif Satar Dah Penat Jadi Romantik






Sering melakonkan watak romantik dalam cerita adaptasi novel, penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Alif Satar mengakui sampai masanya dia keluar dari zon selesa bagi peningkatan dalam karier lakonannya tahun ini.

Menurut pelakon yang menempa nama dalam drama bersiri popular, Dia Semanis Honey ini, dia juga mahu menampilkan sisi lakonan berbeza dalam misi menjadi pelakon serba boleh.

“Saya sudah penat melakonkan watak romantik dalam drama adaptasi novel sedangkan percaya kemampuan dalam bidang lakonan lebih daripada itu.

“Saya juga sudah membuktikan kemampuan apabila memenangi kategori Pelakon Terbaik menerusi Teater Muzikal Dia Semanis Honey sempena Anugerah Seni Boh Cameronian ke-15 pada 2018,” katanya.

Ditanya rahsia kejayaannya dalam bidang seni hari ini, kata Alif, 28, dia memang terbuka untuk bekerja dengan mana-mana produksi drama tempatan.

“Saya juga mahu menimba ilmu lakonan daripada produksi yang berbeza sekali gus memperbaiki kelemahan sedia ada. Kalau masih terikat dengan watak romantik dalam cerita adaptasi, saya tidak akan mampu pergi lebih jauh dalam bidang lakonan diceburi ketika ini,” katanya.

WATAK LELAKI MUNAFIK

Watak antagonis sebagai Zafran dalam drama bersiri 15 episod Pia terbitan JS Pictures Sdn Bhd peluang keemasan yang sukar dilepaskan Alif bagi menguji kemampuannya dalam bidang lakonan.

Dalam drama arahan Azman Yahya yang memaparkan kisah orang kurang upaya (OKU) itu, Alif bergandingan dengan Sheila Rusly, Zara Zya, Azira Shafinaz dan Naim Daniel.

“Saya terima tawaran untuk melakonkan watak Zafran kerana ia berat dan ada kelainan. Zafran bukan saja lelaki yang kurang ajar tapi munafik. Pada masa sama, saya memang menanti peluang untuk bekerjasama dengan produksi JS Pictures dan Sheila Rusly kerana dikenali kerana kualiti karya dihasilkan.

“Saya juga terpaksa belajar bahasa isyarat dengan guru khas yang disediakan di lokasi kerana Zafran perlu berkomunikasi dengan Mak Ngah Ila (lakonan Sheila) yang juga daripada golongan OKU,” katanya.

Ditanya sama ada dia tidak takut melakonkan karakter antagonis, kata Alif, sampai masanya dia mahukan variasi dalam lakonan.

“Saya juga puas kerana dapat melakonkan karakter Zafran itu. Saya juga tidak takut dibenci penonton kerana ia sekadar lakonan. Saya menimba pengalaman sangat berharga bekerja dengan Kak Sheila dan barisan kru produksinya kerana mereka antara tenaga kerja yang hebat saya pernah bekerja.

“Selepas drama bersiri Pia untuk Ramadan, saya juga terbabit dengan sambungan telefilem Pia untuk tayangan pada Aidilfitri nanti,” katanya.

Pia ditayangkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam menerusi Slot Lestary di TV3 sejak 3 Mei lalu.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/alif-satar-dah-penat-jadi-romantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alif Satar Teruja Impian Zaman Kanak Kanak Tercapai

Alif Satar Teruja Impian Zaman Kanak Kanak Tercapai

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 417 hits
Raihan dan Alif SatarPenyanyi dan pelakon Alif Satar 29 meluahkan rasa teruja apabila diberikan peluang berduet dengan kumpulan nasyid terkenal era 90 an Raihan menerusi lagu berjudul Sesungguhnya 19 Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif ...
Video Alif Teruskan Begini Alif Satar Ramah Dengan Penjual Pengunjung Di Bazaar Terbaik

Video Alif Teruskan Begini Alif Satar Ramah Dengan Penjual Pengunjung Di Bazaar Terbaik

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 412 hits
VIDEO Alif Teruskan Begini Alif Satar Ramah Dengan Penjual Pengunjung Di Bazaar Terbaik Penyanyi dan pelakon Alif Satar sememangnya diantara selebriti yang paling disukai ramai kerana dia sering bersikap sempoi dengan peminat Selebriti berb...
Video Jadi Rindu Pada Junjungan Nabi Muhammad Saw Meremang Bulu Roma Dengar Nyanyian Alif Satar Raihan

Video Jadi Rindu Pada Junjungan Nabi Muhammad Saw Meremang Bulu Roma Dengar Nyanyian Alif Satar Raihan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 598 hits
Wah Tak Sangka Alif Satar Boleh Nyanyi Nasyid Meremang bulu roma dengar nyanyian Alif Satar Raihan BAGI yang lahir pada tahun 1990 an sebut sahaja nama kumpulan nasyid Raihan pasti ramai yang terimbau kenangan lama Tribute Pasti anda merind...
Alif Satar Feat Raihan Sesungguhnya2019 Chord

Alif Satar Feat Raihan Sesungguhnya2019 Chord

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1142 hits
A C Am Dm Dm Dm C A Dm Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu Dm C A Dm Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu F Gm Tapi aku tidak mengerti C Dm Mengapa cinta masih tak hadir F Gm Tapi aku tidak mengerti C Dm Mengapa rindu belum berbunga Dm Gm Sesu...
Lirik Lagu Sesungguhnya2019 Alif Satar Raihan Versi Baru Sesungguhnya

Lirik Lagu Sesungguhnya2019 Alif Satar Raihan Versi Baru Sesungguhnya

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 2191 hits
Lirik Lagu Sesungguhnya2019 Alif Satar Raihan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Yezzahh Raihan buat comeback bersama Alif Satar First thing first yang saya fikir bila tengok tajuk lagu Seseungguhnya2019 Alif Satar Raihan was eh ni...
Sesungguhnya 2019 Raihan Dan Alif Satar

Sesungguhnya 2019 Raihan Dan Alif Satar

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 1020 hits
Single Raihan bersama Alif Satar Lagu Sesungguhnya cukup sinonim dengan kumpulan Raihan Kali ini versi tahun 2019 tidak kurang hebatnya Jom dengar
Sedapnya Suara Alif Satar Sesungguhnya Duet Bersama Raihan Dapat Pujian Ramai

Sedapnya Suara Alif Satar Sesungguhnya Duet Bersama Raihan Dapat Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 892 hits
Hi Semua Awal tahun 2019 satu video Alif Satar Ft Kumpulan Raihan menyanyikan lagu Sesungguhnya dimuat naik di Instagram Alif Satar Lagu tu memang sedap dan ramai peminatnya masa saya belasan tahun dulu Lagu tu memang menenangkan dan mengus...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Cikbunga Menunaikan Umrah

Pasu Kosong

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Fateh Tak Sihat

Mamee Chef Lontong Sedap Juga

Tri Suaka Kiw Kiw Cinta Chord

Kemaskini Pasaran Saham As Pada 14 Mei

This 1973 Harley Shovelhead Is Inspired By The Legendary Joe Petrali

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya