Alhamdulilah Tumbesaran Baby Nampak Sihat Bakal Timang Baby Merdeka Dr Say Teruja
Umum mengetahui isteri pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril, Dr Azura Abas kini hamil anak kedua mereka.
Namun apa yang merisaukan Dr Say adalah keadaan isterinya yang kini tidak berselera untuk makan malah mengalami pelbagai masalah sampingan lain sehingga membuatkan hatinya tidak senang.
Berkongsi perkembangan kandungan isterinya yang kini sudah pun berusia lima bulan, kata Dr Say, bayi di dalam kandungannya baik dan hanya menunggu beberapa bulan sahaja lagi untuk menjadi pelengkap bahagia mereka sekeluarga. Tidak terkecuali berkongsi kelahiran bayinya yang dijangka akan lahir pada bulan Ogos nanti.
“Pejam celik pejam celik bini dah 5 bulan mengandung. Awai-awai dulu dia dok bising “i tak nampak macam mengandung kan? Perut kecik je”. Tapi sekarang dia dok ulang “besar kan perut i? U taktau betapa beratnya bawak anak u ni”.
“Padahal saya tak cakap apa-apa pun, hai wanita complicated sungguh pemikiran kalian..haha,” kongsinya.
Menerusi entri itu juga, Dr Say memaklumkan dia dan isterinya baru sahaja selesai melakukan ‘detailed scan’ pada kandungan isterinya bagi melihat perkembangan bayi kedua mereka itu secara terperinci.
Malah kata Dr Say lagi, bayi ini juga bakal dilahirkan pada Hari Merdeka nanti!
“Anyway today was our detailed scan, alhamdulillah otak, jantung, organ lain & tumbesaran baby nampak sihat. Expected date of delivery is on 31st August bersamaan Hari Merdeka tapi sy rasa bakal awal ni,” katanya berkongsi gembira.
Berkongsi kisah isterinya, Dr Say turut memaklumkan keadaan isterinya yang tidak berapa memberangsangkan berbanding kandungan terdahulunya.
“Pregnancy bini kali ni sedikit berbeza tak macam masa mengandungkan Ace dulu. Masa Ace dulu bini boleh gi gym melompat bagai tapi pregnancy kali ni dia kerap kena gastrik, tak lalu makan kaw kaw, hidung tiap-tiap malam tersumbat & penat melampau.
“But then again not all pregnancy is the same. Apa-apa pun bersyukur sesangat kandungan sihat. Saya risau sikit sebab bini tak berapa makan, kang tak dapat nutirisi mencukupi macam mana muka baby nak jadi sepadu #teamdaddy ahaha.
“Can’t wait for the arrival of our 2nd baby. Tadi berjaya nampak muka baby, nampak iras muka saya lebih kali ni kan? Alhamdulillah sejuk hati daddy ada anak ikut muka daddy,” katanya berkongsi.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @say_shazril
The post “Alhamdulilah, Tumbesaran Baby Nampak Sihat” Bakal Timang Baby Merdeka, Dr Say Teruja! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/alhamdulilah-tumbesaran-baby-nampak-sihat-bakal-timang-baby-merdeka-dr-say-teruja/