Alhamdulilah Mahkamah Buat Keputusan Hari Ni Adik Jahidah Bersyukur Tuntutan Cerai Fasakh Kakak Disahkan Hakim


Sekian lama warganet mengikuti kes wanita yang dipukul suami sehingga koma dan terlantar, Jahidah Nordin, 44, dan hari ini Mahamah Rendah Syariah di Seremban telah meluluskan permohonan tuntutan fasakh yang dikemukakan pada bulan Februari yang lalu.
Memetik laporan di portal Sinar Harian, Hakim, Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu secara tertutup selepas mepertimbangkan keterangan bertulis yang dibuat oleh adik Jahidah iaitu Fauziah, 41.
Sumber foto: Sinar Harian Sebelum itu, peguam Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd Amirul Adam Ahmad menyerahkan kenyataan bertulis tujuh muka surat yang mengandungi 31 soalan kepada Hamizan.
Menurut Fauziah, keputusan itu sememangnya dinanti-nanti oleh keluarga memandangkan keadaan Jahidah yang sudah menderita hampir dua tahun.

“Alhamdulillah saya tak sangka mahkamah membuat keputusan hari ini, saya gembira sangat.
“Saya rasa terlepas sikit beban yang dipikul selama ini kerana selagi tiada kata putus berkenaan tuntutan fasakh ini, saya sentiasa rasa dihantui,”katanya.
Menurutnya, keluarga sememangnya sudah menerima keadaan Jahidah tetapi hanya mengharapkan pembelaan sewajarnya buat wanita itu.
Ditanya pandangan berkenaan isu keganasan rumah tangga, Fauziah berkata, seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri.
“Tak sepatutnya sehingga dipukul seperti mana yang berlaku kepada kak Jahidah. Ini pun kita tak tahu dia boleh sembuh macam dulu lagi ke tak.
“Wanita yang jadi mangsa keganasan suami juga perlu berani ambil langkah buat laporan, jangan diam saja,” katanya.
Sementara itu, Mohd Amirul Adam berkata, sebelum ini pihak defendan telah dikehendaki hadir ke mahkamah namun tidak memberi kerjasama walaupun notis saman melalui iklan telah disiarkan di surat khabar pada 24 Februari lalu.
Sumber foto: Sinar Harian – Mohd Amirul (dua dari kiri) menunjukkan dokumen kepada media sambil diperhatikan Fauziah pada Selasa. Bagaimanapun katanya, mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga (ad litem) iaitu Fauziah dan dokumen-dokumen yang dikemukakan pada prosiding pada Selasa.
Baca Juga:
Sedihnya! Status FB Suami Reda Pemergian Isteri Sehari Lepas Bersalin, Meruntun Hati Warganet
Hampir 5 Tahun Kahwin, Pasangan Ini Kekal Positif Untuk TTC Lepas Gugur Anak Pertama Tahun Lepas
Respect! Bakal Timang Cucu Ke-11, Warganet Kagum Semangat Nenek Kejar Impian Dapatkan Ijazah
“Tuntutan fasakh mula dibuat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri tetapi disebabkan keadaannya yang terlantar, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya.
“Berdasarkan penilaian dibuat, mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua Mahkamah Tinggi itu dan pada hari ini (Selasa) memutuskan pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Sumber foto: Sinar Harian – Mohd Amirul menunjukkan dokumen yang akan diserahkan di mahkamah pada Selasa. Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post “Alhamdulilah, Mahkamah Buat Keputusan Hari Ni.” Adik Jahidah Bersyukur Tuntutan Cerai Fasakh Kakak Disahkan Hakim appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/alhamdulilah-mahkamah-buat-keputusan-hari-ni-adik-jahidah-bersyukur-tuntutan-cerai-fasakh-kakak-disahkan-hakim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hafidz Roshdi Beritahu Mahkamah Cerai Terhadap Isterinya Dibuat Tanpa Niat Kata Sumber

Hafidz Roshdi Beritahu Mahkamah Cerai Terhadap Isterinya Dibuat Tanpa Niat Kata Sumber

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 130 hits
nbsp Hafidz Roshdi seorang pelakon berusia 29 tahun dilaporkan telah membuat permohonan untuk pengesahan lafaz cerai setelah didakwa telah menceraikan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri 29 tahun dengan talak satu di Mahkamah Syariah Shah Al...
Akui Lafaz Cerai Isteri Tanpa Niat Hafidz Roshdi Mohon Mahkamah Teliti Semula

Akui Lafaz Cerai Isteri Tanpa Niat Hafidz Roshdi Mohon Mahkamah Teliti Semula

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 231 hits
Terdahulu pelakon Hafidz Roshdi telah menceraikan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu menerusi panggilan telefon bersaksikan keluarga isteri Terkini Hafidz dilaporkan membuat permohonan pengesahan lafaz cerai selepas didakw...
Adik Puteri Sarah Terkejut Kakak Dia Pernah Dipvkul Syamsul Yusof Ini Kenyataan Dari Adik Puteri Sarah

Adik Puteri Sarah Terkejut Kakak Dia Pernah Dipvkul Syamsul Yusof Ini Kenyataan Dari Adik Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 192 hits
Bukti baharu dikemukakan Puteri Sarah Liyana ketika prosiding sebutan pertama permohonan perceraian iaitu dakwaan pernah dipukul Syamsul Yusof membuatkan ramai terkejut termasuk adik pelakon itu Puteri Sofia Nadira
Muhyiddin Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Muhyiddin Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa dan isu berkaitan Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan ...
Tular Scene Dengan Shukri Yahaya Puteri Sarah Dedah Hanya Sekali Take Masa Shoot Ni Hari Yang Sama Fail Cerai

Tular Scene Dengan Shukri Yahaya Puteri Sarah Dedah Hanya Sekali Take Masa Shoot Ni Hari Yang Sama Fail Cerai

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 124 hits
Sebelum ini tular di laman TikTok mengenai video memaparkan satu babak dalam episod 7 drama Andai Itu Takdirnya yang dilakonkan oleh pelakon Shukri Yahaya dan Puteri Sarah Liyana Menerusi video tersebut Puteri Sarah yang memegang watak seba...
Wanita Mangsa Dera Sehingga Koma Akhirnya Bercerai Lulus Tuntutan Fasakh

Wanita Mangsa Dera Sehingga Koma Akhirnya Bercerai Lulus Tuntutan Fasakh

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 113 hits
Wanita yang menjadi mangsa penderaan suami sehingga koma Jahidah Nordin akhirnya bercerai setelah Mahkamah Syariah meluluskan tuntutan fasakh yang difailkan oleh ahli keluarganya Perkara itu turut diuar uarkan adik Jahidah Fauziah Nordin me...
Senyuman Dia Terlalu Berharga Syukur Alhamdulilah Ada Insan Yg Mulia Sponsor Kepuk Pusara Arw4h Ayah Adik Firas

Senyuman Dia Terlalu Berharga Syukur Alhamdulilah Ada Insan Yg Mulia Sponsor Kepuk Pusara Arw4h Ayah Adik Firas

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 130 hits
Kehilangan insan tersayang yang pergi buat selama lamanya adalah pengalaman pahit dan sedih buat semua orang Tetapi itulah hakikat kehidupan iaitu setiap yang bernafas mesti akan pergi tidak kira cepat ataupun lambat kerana itulah lumrah ke...
Kejayaan Kesilapan Anwar Sepanjang 100 Hari Jadi Pm

Kejayaan Kesilapan Anwar Sepanjang 100 Hari Jadi Pm

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 188 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Hari ini genap 100 hari Anwar Ibrahim memegang jawatan perdana menteri selepas hampir tiga dekad menjadi ketua pembangkang Sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov 2022 pelbagai usaha dilakukan Anwar dan ker...
Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi Rupanya Shuhada Baru Sambut Hari Jadi Beberapa Hari Sebelum Kejadian

Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi Rupanya Shuhada Baru Sambut Hari Jadi Beberapa Hari Sebelum Kejadian

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 201 hits
Akibat ditumbuk sebanyak tiga kali oleh suami sendiri isteri Hafidz Roshdi Nurul Shuhada Mat Shukri terpaksa menanggung kesakitan dan kini mengalami cacat kekal pada wajahnya Menerusi luahan hatinya yang dimuat naik di Instagram story Shuha...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord