Album Seharum Nama Bunga Serlahkan Transisi Bunga Isme Dalam Muzik Perasaan Perjalanan Jiwa Yang Tulus




Penyanyi, Bunga Isme mengucapkan rasa syukur saat menyaksikan kelahiran album ‘Seharum Nama –
Bunga” yang dilancarkan secara rasmi pada Sabtu.
Album yang mengandungi 10 buah lagu itu saling melengkapi bagaikan sebuah transisi kepada
perjalanan seninya yang sudah bermula sejak 2019 lagi.
“Alhamdulillah, akhirnya kerja keras dan penat lelah terbayar dengan kelahiran album pertama
saya.
“Seharum Nama – Bunga bukan sekadar tanda mata tetapi sebenarnya adalah manifestasi saya terhadap muzik.
“Apa yang dipersembahkan di dalam album ini adalah perasaan, perjalanan dan jiwa yang tulus.
“Semuanya dilakukan secara cermat, pilihan karya dibuat juga secara hati-hati agar memuaskan
hati semua pendengar,” ujarnya.

Serentak dengan pelancaran album ini juga, Bunga yang bernaung di bawah pengurusan Warner Music Malaysia melancarkan single Tak Tidur Malam, sebagai ‘peluru’ baharunya.
Selain ‘Tak Tidur Malam’, lagu lain yang terkandung di dalam album ini terdiri daripada ‘Buai’, ‘Jatuh’,
‘Dengarkanlah’, ‘Intan Payung’ (feat Noraniza Idris), ‘Apadehal’ (2025 Mix), ‘Jiwa Raga’, ‘ME[MAHA]MI’, ‘Nak Buat Cane?’ dan ‘Jalan Keluar’.
Jelasnya apa yang dipersembahkan kali ini menyerlahkan kematangan dirinya dalam berkarya dengan pemilihan genre muzik yang pelbagai.
“Tidak mudah sebenarnya mahu mengisi 10 buah lagu ke dalam sebuah album. Pilihan yang ada
terlalu banyak sehinggakan memberikan sedikit kesukaran kepada saya untuk melakukannya.
“Setiap kali ada naskhah baharu, saya berbincang dengan pihak pengurusan sama ada lagu tersebut sesuai atau tidak.
“Mereka juga ada pandangan dan sebab memilih atau menolak dan itulah cara kami bekerja.
“Sejujurnya saya berpuas hati dengan pemilihan lagu-lagu ini dan berharap peminat juga puas mendengarnya,” jelasnya mengambil masa selama dua tahun untuk melengkapkan sepenuhnya album ini.
Mengakui lebih gemar bereksperimen dalam menghasilkan muzik, itu sebenarnya memberikan banyak pelajaran dan pengalaman baharu buat Bunga dan pasukan yang memberikan warna kepada “Seharum Nama – Bunga”.
Jelasnya, lagu ‘Tak Tidur Malam’ melalui pelbagai proses pra-produksi termasuklah menggunakan khidmat tiga individu berbeza dalam proses mixing dan mastering.
Lagu tersebut dihasilkan dengan inspirasi bunyi dangdut namun ia dilihat tidak kena dengan identiti dirinya dan akhirnya mereka mengolah semula bunyi tersebut seperti yang boleh didengar dalam hasil akhir yang termuat di dalam album ini.
‘Tak Tidur Malam’ merupakan lagu ciptaan Amzar Razqa, Bunga dan Amsyar Razqa merupakan antara karya yang melalui banyak proses pertukaran susunan muzik bagi menyesuaikan dengan kehendak mereka.
Pada akhirnya mereka menggunakan ‘vibe spooky’ dan seram bagi membawa kelainan dan kesegaran kepada yang satu ini.
“Bagi mereka yang mengikuti rapat muzik saya, pasti akan merasai sendiri kelainan yang dipersembahkan.
“Jika sebelum ini orang mengenali saya dengan lagu Buai atau Intan Payung, kali ini vibe berbeza.
“Saya harap karya ini juga akan memuaskan hati sebahagian besar peminat yang sering ternanti-nantikan sesuatu yang baru daripada saya,” ketika ditemui di TGV Suria KLCC, pada sidang media baru-baru ini.
Bercerita mengenai video muzik (MV) pula, Bunga menganggap apa yang dipersembahkan merupakan sebuah perjalanan mencari diri dan mempunyai mesej tersirat yang selama ini dipendam sendiri.
Video muzik ‘ME[MAHA]MI’, ‘Tak Tidur Malam’, dan ‘Dengarkanlah’ semuanya mempunyai jalan cerita khusus dan dilakukan seperti sebuah filem pendek yang mempunyai jalan cerita tersendiri.
Sebagai simbolik kepada pelancaran album ini juga, Bunga turut melancarkan edisi khas piring hitam selain mengeluarkan merchandise berkolaborasi bersama jenama High Cultured yang akan menemui peminat tidak lama lagi.


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/09/album-seharum-nama-bunga-serlahkan-transisi-bunga-isme-dalam-muzik-perasaan-perjalanan-jiwa-yang-tulus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Dari Pangsapuri Moden Tiada Jiwa Sonam Ubah Hiasi Dengan Karya Seni Unik Dari Serata Pelusuk Dunia Maya

Video Dari Pangsapuri Moden Tiada Jiwa Sonam Ubah Hiasi Dengan Karya Seni Unik Dari Serata Pelusuk Dunia Maya

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 216 hits
RUMAH milik pelakon terkenal Bollywood Sonam Kapoor di Mumbai bukan sekadar kediaman semata mata Ia umpama ruang yang mempamerkan keindahan karya seni hasil tangan India di setiap sudut Bersama pereka dalaman tersohor Kavita Singh Sonam mem...
Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 499 hits
Masjid Sri Sendayan Selepas selesai makan tengah hari kitaorang duduk sekejap dekat pondok tu sambil menunggu syida suggest next place untuk kitaorang pergi Task kali ini setiap seorang kena suggest satu tempat untuk kita pergi Kebetulan da...
Monolog Jiwa Keadilan Yang Berat Sebelah

Monolog Jiwa Keadilan Yang Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 116 hits
MONOLOG JIWA Keadilan Yang Berat Sebelah MONOLOG JIWA Keadilan Yang Berat Sebelah 10 Ogos 2025 Untuk Hati Yang Rindu Keadilan Kadang aku fikir hidup ini pelik dan tak selalu adil Kalau yang salah itu orang jauh hukum datang tanpa kompromi T...
Matang Bukan Sekadar Usia Tapi Jiwa Yang Sedar

Matang Bukan Sekadar Usia Tapi Jiwa Yang Sedar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 153 hits
MATANG Bukan Sekadar Usia Tapi Jiwa Yang SedarAda satu tahap dalam hidup di mana kita mula diam bukan kerana kalah tapi kerana kita mula sedar bahawa tidak semua perlu disuarakan tidak semua perlu dibalas Itulah saat pertama kita menyentuh ...
Pengalaman Kerja Dari Pagar Ke Jiwa

Pengalaman Kerja Dari Pagar Ke Jiwa

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 301 hits
Pengalaman Kerja Dari Pagar Ke JiwaAda orang pernah tanya apa pengalaman kerja aku sebagai seorang security Jawapan aku mungkin tak panjang tapi cukup bercerita SA a pernah lalui SO pernah rasa tanggungjawab BL ya pernah sampai kena tegur k...
Ajal Pelajar Dalam Perjalanan Ke Masjid

Ajal Pelajar Dalam Perjalanan Ke Masjid

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 178 hits
Ajal pelajar dalam perjalanan ke masjid Lokasi nahas motosikal dan kereta mengorbankan seorang remaja lelaki di Jalan Parit 16 Sungai Panjang di Sungai Besar Selangor semalam Foto POLIS SUNGAI BESAR Seorang pelajar Tingkatan Empat maut sele...
200 Orang Ditahan Semasa Tunjuk Perasaan Solidariti Palestin Di London

200 Orang Ditahan Semasa Tunjuk Perasaan Solidariti Palestin Di London

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 143 hits
LONDON 9 Ogos Sekurang kurangnya 200 orang ditahan semasa tunjuk perasaan di kawasan bangunan Parlimen UK kata pasukan Polis Metropolitan di laman X Kami kini telah menahan 200 orang ketika orang ramai memegang sepanduk menyokong Palestin k...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital