Alangkah Mahalnya Darah Belangkas Bernilai Puluhan Ribu


Belangkas atau nama saintifiknya tachypleus gigas bukan saja dianggap hidupan eksotik, spesies unik ini telah wujud lebih 200 juta tahun mendahului dinosaur dengan fosil tertua berusia kira-kira 475 juta tahun.


Belangkas adalah haiwan unik daripada keluarga Limulidae, hidup di laut dan paya air payau, tergolong dalam kumpulan 'arachnids' iaitu labah-labah berikutan mempunyai sedikit persamaan pada bahagian kaki.

Secara fizikalnya, bentuk badan Belangkas seakan-akan topi besi yang digunakan tentera zaman dahulu dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam.

Malah, Belangkas boleh mencapai saiz sehingga 51 sentimeter, selain anggotanya yang putus boleh tumbuh semula serta mempunyai sistem imun yang menakjubkan.

Tidak seperti darah manusia dan haiwan lain yang berwarna merah, darah belangkas sebaliknya berwarna biru, terhasil akibat kandungan tembaga dalam darahnya.

Tidak hairanlah jika haiwan ini sangat bernilai tinggi dalam sektor perubatan berikutan bendalir terkandung dalam badannya boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.

Peranannya berfungsi seperti sel darah putih yang menangkap mikro organisma jahat.

Buktinya, kit antitoksin menggunakan belangkas sudah lama berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat.

Selain itu, apa yang membuatkannya begitu berharga adalah kandungan ejen pembekuan khas darah dalam darah belangkas ini.

Kandungan itu membolehkan para saintis membuat sejenis ramuan yang dipanggil Limulus amebocyte lysate atau singkatannya LAL.

Kepentingan LAL Dalam Bidang Perubatan


Sebelum penciptaan LAL, para saintis dan doktor tidak mempunyai cara dan prosedur mudah untuk mengenalpasti sekiranya sesuatu vaksin atau alat perubatan sudah tercemar dengan bakteria seperti E-Coli dan salmonella.

Prosedur ini sangat penting bagi mengelakkan vaksin tercemar tersebut digunakan pada manusia dan bagi memastikan ianya benar-benar selamat.

Sebelum penciptaan LAL, saintis akan menyuntik vaksin pada beberapa ekor arnab dan menunggu sekiranya vaksin tersebut memberikan apa-apa simptom kepada arnab-arnab tersebut.

Masalahnya, cara ini adalah kurang efektif kerana mengambil masa yang lama selain simptom yang ditunjukkan oleh arnab mungkin tidak begitu jelas.

Segalanya berubah apabila LAL secara rasminya diperkenalkan dan dibenarkan penggunaannya pada tahun 1970.

Cuma titis sedikit cecair LAL pada alatan perubatan atau vaksin dan cecair ini akan menunjukkan tanda-tanda alat atau vaksin tersebut sudah tercemar dengan bakteria.

Walaupun LAL tidak mampu membunuh bakteria-bakteria tersebut, ianya berfungsi memberikan amaran kepada saintis bahawa alat atau vaksin itu sudah tercemar dan tidak selamat lagi untuk digunakan.

Paling penting, keputusan yang diperoleh adalah begitu pantas sebaik sahaja cecair LAL dititiskan.

Bagi setiap belangkas, tidak semua darahnya akan diambil sebaliknya hanya sekitar 30% sahaja darahnya akan disedut, sebelum dilepaskan kembali ke habitat asalnya.

Berapa Harga Darah Belangkas?

Dan mungkin ramai yang tidak tahu bahawa darah belangkas tersangat mahal kerana begitu penting dalam bidang perubatan.

Mengikut harga semasa, harga untuk seliter darah belangkas mampu mencecah sehingga RM61,000!

Bagaimana Darah Belangkas Disedut?


Nilai tinggi darah berwarna biru yang dihasilkan Belangkas menyebabkan ia menjadi rebutan, dengan permintaan tinggi di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.

Namun, untuk menghasilkan seliter darah biru belangkas, sekurang-kurangnya 150 ekor diperlukan dan antara 10 hingga 30 peratus darah diambil daripada setiap seekor belangkas yang dibawa ke makmal.

Secara praktikal, darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuhnya kerana belangkas yang dilepaskan semula ke habitat asal mampu menghasilkan darah berkualiti untuk digunakan semula pada masa depan.

Spesies Belangkas

Terdapat empat spesies belangkas dengan tiga daripadanya membabitkan tachypleus tridentatus, tachypleus gigas dan carcinoscorpius rotundicauda hanya boleh didapati di Malaysia.

Spesies belangkas tridentatus terdapat di Asia dengan tachypleus gigas banyak ditemui di kawasan perairan negeri ini terutama di Pontian dan Sedili.

Didapati bahawa, belangkas bukan saja berdepan kepupusan, tetapi ia juga mengambil masa yang lama untuk matang dan proses bertelur selepas mencecah usia 10 tahun.

Dalam tempoh sembilan tahun, belangkas akan bersalin kulit dan hanya pada tahun ke 10, ia baru mencari pasangan untuk mengawan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kenapa Kita Perlu Dan Patut Menderma Darah?Sambutan Hari Derma Darah Sedunia, World Blood Donor Day
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/darah-belangkas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Leher Mula Membengkak Lebam Aqila Disahkan Menghidap Kanser Darah Perlu Rm150 Ribu Untuk Rawatan

Leher Mula Membengkak Lebam Aqila Disahkan Menghidap Kanser Darah Perlu Rm150 Ribu Untuk Rawatan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 430 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul itulah perumpamaan buat Mimi Minerva dan pasangan yang kini sedang diuji dengan keadaan anak yang masih kecil dan baru sahaja disahkan menghidap kanser Limfoma atau kanser darah Menurut Mimi...
Gantung Sementara Visa Umrah Puluhan Ribu Jemaah Terjejas

Gantung Sementara Visa Umrah Puluhan Ribu Jemaah Terjejas

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR 27 FEB Kira kira 15 000 hingga 20 000 jemaah Malaysia yang bakal berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada Mac dijangka terjejas berikutan pendaftaran visa dalam talian disekat sekitar tengah hari tadi Presiden Persa...
Nestapa Ibu Misca Mancung Kerja Dibayar Rp50 Ribu Makan Pakai Garam Dan Cabai

Nestapa Ibu Misca Mancung Kerja Dibayar Rp50 Ribu Makan Pakai Garam Dan Cabai

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 238 hits
Kesuksesan Mancung di industri hiburan tanah air ternyata tak bertahan lama Kehidupan Mancung dan keluarganya pun kini berubah
Mei 2008 Ratusan Ribu Katak Berhijrah Petanda Sichuan Bakal Ditimpa Malapetaka

Mei 2008 Ratusan Ribu Katak Berhijrah Petanda Sichuan Bakal Ditimpa Malapetaka

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 358 hits
Pada 5 Mei 2008 penduduk wilayah Sichuan di China menjadi pelik apabila ribuan ekor katak membanjiri bandar tersebut Haiwan itu berpusu pusu melintasi jalan seolah olah sedang berhijrah atau sedang melarikan diri daripada sesuatu Fenomena a...
Jual Masker Rp300 Ribu Per Kotak Dirut Pasar Jaya Akui Harga Beli Sudah Tinggi

Jual Masker Rp300 Ribu Per Kotak Dirut Pasar Jaya Akui Harga Beli Sudah Tinggi

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 292 hits
Direktur Utama Perumda Pasar Jaya Arief Nasrudin mengakui pihaknya bersalah atas lonjakan harga masker yang terjadi di PD Pasar Jaya Menurut dia harga masker yang dipatok itu lantaran modal yang dikocek sudah tinggi
Pemprov Dki Pengadaan 1 450 Boks Masker Dijual Rp300 Ribu Per Kotak

Pemprov Dki Pengadaan 1 450 Boks Masker Dijual Rp300 Ribu Per Kotak

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 299 hits
Dia mengakui harga yang dijual memang di atas normal Alasannya harga dari distributor sudah naik
27 Januari 3 Maret 2 Ribu Warga Sudah Menghubungi Call Center Corona Dki

27 Januari 3 Maret 2 Ribu Warga Sudah Menghubungi Call Center Corona Dki

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 229 hits
Dia mengatakan puluhan pasien yang berstatus pengawasan saat ini masih dirawat di tiga Rumah Sakit rujukan milik Kementerian Kesehatan
8 Ribu Masker Dikirim Untuk Korban Terdampak Erupsi Gunung Merapi

8 Ribu Masker Dikirim Untuk Korban Terdampak Erupsi Gunung Merapi

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 231 hits
Sebanyak 8 ribu masker dikirim ke tiga kabupaten Jawa Tengah akibat terdampak erupsi gunung Merapi Selasa pukul 05 22 WIB Daerah yang paling terdampak adalah Boyolali
Stok Menipis Harga Masker Di Palembang Tembus Rp 85 Ribu Per Lembar

Stok Menipis Harga Masker Di Palembang Tembus Rp 85 Ribu Per Lembar

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 285 hits
Wali Kota Palembang Harnojoyo meminta warga tidak panic buying sehingga berpengaruh terhadap kelangkaan penjualan masker Terlebih masker bukan satu satunya cara mencegah terjangkiti virus itu Menurut dia cara yang paling tepat adalah menjag...
Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Solat Itu Penghapus Dosa

Record Setter How To Build The World S Fastest Indian Bagger

Lirik Lagu La Tahzan Heliza Helmi

Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat

Lirik Lagu Syurga Itu Mahal Adam Music Canvas Feat Dimas Titis

Wellness Across Ages An Intergenerational Community Program Ppim 27 09 2025

Adik Alis Tabah Kejar Impian Jadi Guru Dr Asyraf Sedia Jadi Bapa Angkat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Pekasam Puyu

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke