Alamak Lagi Lagi Dia

Nantikan drama adaptasi novel 'Alamak Lagi-Lagi Dia' karya Mazni Aznita akan disiarkan di saluran RTM. Menampilkan gandingan pelakon utama Wafariena Roslan, Iman Zulkarnain dan Hariz Hamdan. Diarahkan oleh Amor Rizan
JUDUL : ALAMAK LAGI-LAGI DIAEPISOD : 30TARIKH TAYANGAN : -WAKTU SIARAN : -RANGKAIAN : RTMPENULIS NOVEL : Mazni AznitaPENULIS SKRIP : Farhana FauriPENGARAH : Amor RizanPRODUKSI : AN Universal Sdn Bhd
PELAKONWafariena Roslan sebagai Syafika (Cika)Iman Zulkarnain sebagai Nadim ImranHariz Hamdan sebagai Idham HarizNazzaty Rusli sebagai GinaAlia Zekri sebagai Puan BahyahIkhlas Jalil sebagai Bakri (Ubek)Jaafar Onn sebagai Dato FakriShaharuddin Thamby sebagai Tan Sri JabbarAmy Nur Tinie sebagai NaomiHasnol sebagai Tuan AzizSazrin Aizul sebagai ZackAnne Ngasri sebagai MarcellaSyel Ramlan sebagai Puan AisyahEwan Fauzi sebagai ZainSri Idrina sebagai ZianaDarling Ngasri sebagai Sally
SINOPSIS ALAMAK LAGI-LAGI DIAThe Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati.
Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.
Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myinfotaip.com/2021/11/alamak-lagi-lagi-dia.html