Alahai Sanusi Hang Buat Takpa Orang Buat Hang Kata Membazir



Ahad lepas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengkritik Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang dianggap membazir dan diguna sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) serta tidak wajar diadakan.
Ini kerana katanya majlis itu melibatkan kos yang tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan langkah penjimatan, justeru Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri seharusnya diadakan di satu lokasi sahaja iaitu di Putrajaya seperti kelaziman sebelum ini.
Tak tahulah samaada di terlupa atau buat-buat lupa yang sebelum ini Sanusi sendiri ada menganjurkan program berbuka puasa untuk anak Kedah di perantauan di IDCC Shah Alam..
Kata Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Sharif, sebelum mengecam program Anwar, Sanusi sendiri mengadakan majlis di Shah Alam atas nama kerajaan negeri.
“Nak tanya Sanusi, sewaktu Sanusi adakan program berbuka puasa untuk anak Kedah di perantauan di IDCC Shah Alam pada 9 April 2023 hari tu guna duit siapa?
“Tak membazir ka buat program seperti itu? Program itu bukan kempen ka?” tanya bekas calon PH di Jerai itu.
“Jika Perdana Menteri buat 6 kali membazir, Sanusi buat sekali pun tetap membazir.
“Bezanya sekali dengan 6 kali. Bazir tetap bazir jika nak kira bazir.
“Jangan kerana orang lain buat kita kata membazir tapi kita konon atas nama Parti Islam tidak membazir,”
Kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula, peruntukan menyediakan makanan seperti ketupat, lemang serta sate pada majlis itu tidak melibatkan kos yang tinggi apatah lagi kerajaan tidak boleh berkira-kira untuk menjamu rakyat makan.
"Rumah terbuka nak sambut raya dengan rakyat tak usah kira sangatlah, apa sangat nak jamu ketupat, lemang kepada rakyat.
"Jadi tak ada isulah saya nampak… membazir apa? Nak jamu ketupat… lemang, apa yang membazir itu? Ketupat dan lemang berapa duit.
"Ada makanan (antaranya) lemang, ketupat, sate. Itu menu yang saya sahkan semalam, akan ada (juga) gerai-gerai, ada cendol, ada ais kacang, berapa duit sangat, tak membazirlah insya-Allah,"
Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini kata MB Selangor..
SHAH ALAM - Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, soal berlakunya pembaziran hanya dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) semata-mata.
Mengambil contoh di Selangor, katanya, kerajaan negeri merekodkan perbelanjaan lebih rendah apabila penganjuran rumah terbuka Aidilfitri buat kali pertamanya diadakan di sembilan daerah di negeri itu pada tahun lalu.
"Setiap tahun, kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM1 juta bagi penganjuran rumah terbuka di negeri ini pada tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019.
"Namun, tahun lalu perbelanjaan negeri hanya RM900,000 dengan kadar RM100,000 setiap daerah," katanya dalam satu kenyataan di Twitternya pada Isnin.
Amirudin menjelaskan, penganjuran rumah terbuka di setiap daerah di negeri Selangor juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama agensi di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurut beliau, program seperti itu juga dapat memberi peluang kepada masyarakat di daerah lebih mudah hadir tanpa perlu bersesak dan memandu jauh ke lokasi rumah terbuka negeri.
"Contohnya penduduk Sabak Bernam memerlukan dua jam untuk sampai ke Shah Alam atau lokasi lain jika dibuat di satu-satu tempat," jelas beliau.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai diundang untuk bersama-sama memeriahkan Jelajah Kita' Selangor Aidilfitri yang mula diadakan pada Jumaat ini di sembilan lokasi di Selangor.
Malah, katanya, rakyat juga boleh datang beramai-ramai pada Jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak jam 8.30 malam pada 14 Mei depan.
"Jamuan itu sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor dan saya percaya majoriti rakyat Selangor berbesar hati kehadiran Perdana Menteri dan jemputan ke majlis tersebut," ujar beliau - SH
Orang buat tak boleh.. dia buat boleh pulak..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/alahai-sanusi-hang-buat-takpa-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Umah Hang Ok Ka Ayaq Ada Kot Tak Adil Betul Mana Aci

Sanusi Umah Hang Ok Ka Ayaq Ada Kot Tak Adil Betul Mana Aci

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 167 hits
Nak tanya dalam hampir sejuta pendudukan Kedah yang terjejas bekalan air tu rumah Sanusi dan exco negeri termasuk tak Agaknya Sanusi pun sama tak dapat air ke atau rumah dia air macam biasa Nak tahu juga Guane boh Raja Gelap
Agihan Kerusi Pn Dijangka Selesai Ahad Ini Kata Sanusi

Agihan Kerusi Pn Dijangka Selesai Ahad Ini Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 231 hits
Sanusi Md Nor berkata rundingan kerusi PN untuk PRN Pulau Pinang Kedah Kelantan dan Terengganu sudah selesai PETALING JAYA Rundingan pengagihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional bagi PRN di enam negeri dijangka selesai Ahad in...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak