Al Sultan Abdullah Ri Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Lafaz Sumpah Jawatan Sebagai Yang Di Pertuan Agong Ke 16



KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari lalu bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan raja Melayu.

Al-Sultan Abdullah, 59, dan Sultan Nazrin, 62, melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Raja-raja Melayu dari Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Johor, Kelantan dan Pahang yang diwakili Pemangku Raja serta Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak selain dif-dif kenamaan yang mewakili badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Istiadat di Balairung Seri itu diadakan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Surat Sumpah jawatan itu kemudiannya ditandatangani oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai saksi.

Al-Sultan Abdullah turut menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya membacakan kandungan surat perisytiharan itu, bermulanya secara rasmi Al-Sultan Abdullah sebagai Ketua Negara baharu Malaysia berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT, Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar memohon kesejahteraan ke atas baginda berdua serta seluruh rakyat dan negara ini.

Al-Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V, yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Terdahulu, keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke Istana Negara selepas istiadat keberangkatan tiba di Dataran Parlimen diiringi kenderaan pengiring diraja.

Al-Sultan Abdullah menerima Kawalan Kehormatan Darjat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja terdiri daripada tiga pegawai dan 31 anggota yang diketuai Mej Mohd Azwan Ariff Mohd Azawi sebaik kenderaan diraja yang membawa Yang di-Pertuan Agong melintasi pasukan itu ketika menuju Anjung Utama, Istana Negara.

Serentak itu, Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja yang dianggotai seorang pegawai dan 33 anggota dipimpin Mej Abdul Aziz Abdullah memainkan lagu Negaraku.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Datuk Paduka Maharaja Lela Mej Jen (B) Datuk Mamat Ariffin dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Al-Sultan Abdullah diiringi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, Tengku Mahkota Kelantan dan Pemangku Raja Pahang serta semua Yang Dipertua Negeri ke Balairung Seri bagi istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan diikuti perisytiharan memegang jawatan.

Usai istiadat berkenaan, Al-Sultan Abdullah dan Sultan Nazrin berkenan bergambar bersama-sama dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Tengku Mahkota Kelantan dan Pemangku Raja Pahang serta kesemua Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima menghadap dif-dif kenamaan antaranya Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Ketua Hakim Syarie, Datuk Mukhyuddin Ibrahim; Peguam Negara, Tommy Thomas; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. Vigneswaran dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar pada Istiadat Sembah Kenal. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/al-sultan-abdullah-riayatuddin-al_31.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lafaz Sumpah Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Selamat Tiba Di Istana Negara

Lafaz Sumpah Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Selamat Tiba Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 523 hits
Foto oleh Bernama SEPANG Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpa...
Surat Perisytiharan Sultan Abdullah Sebagai Agong

Surat Perisytiharan Sultan Abdullah Sebagai Agong

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 481 hits
Surat perisytiharan itu dibacakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Negara
Al Sultan Abdullah Sedia Tunai Tanggungjawab Sebagai Agong

Al Sultan Abdullah Sedia Tunai Tanggungjawab Sebagai Agong

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 513 hits
TEMERLOH Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah menyeru kerjasama semua pihak untuk sama sama memajukan negara Al Sultan Abdullah bertitah baginda juga sedia mendengar nasihat daripada pelbagai pihak supaya da...
Sultan Abdullah Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Sultan Abdullah Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 649 hits
Rakyat Malaysia sekali lagi akan menyaksikan pengisytiharan Ketua Negara baharu apabila Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 dalam satu istiadat d...
Dilantik Sultan Pahang Ke 6 Dan Yang Di Pertuan Agong Yang Baru

Dilantik Sultan Pahang Ke 6 Dan Yang Di Pertuan Agong Yang Baru

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 855 hits
Pemilihan Yang di Pertuan Agong yang baru masih lagi menjadi pedebatan rakyat Malaysia selepas Yang di Pertuan Agong ke 15 meletakkan jawatannya pada 6 Januari lalu Perletakan jawatan itu adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia y...
15 Info Menarik Tentang Yang Dipertuan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

15 Info Menarik Tentang Yang Dipertuan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1146 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019 Pemilihan S...
Daulat Tuanku Sultan Pahang Dipilih Sebagai Agong Baru

Daulat Tuanku Sultan Pahang Dipilih Sebagai Agong Baru

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 870 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah dipilih sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula sekali lagi dipilih sebagai timbalan Yang di...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B