Al Quran Bukan Pelaris Jualan



“Eh nak makan apa hari ini?”
“Nasi kandar di mamak depan itulah.”
“OK ke?”
“Mesti OK punya. Aku nampak ada poster ‘Tiga Qul’ di belakang kaunter bayarannya.”
Walaupun hanya khayalan, senario perbualan ini bukanlah sesuatu yang asing dituturkan oleh rakyat di negara ini.
Ayat al-Quran sememangnya pemandangan biasa di mana-mana, di sebuah negara yang Islam termaktub dalam Perlembagaan.
Namun apakah penggunaannya digunakan selayak statusnya sebagai wahyu, atau ada niat terselindung atas nama melaris perniagaan?
Melariskan produk jualan dengan menggunakan ayat suci al-Quran merupakan perbuatan yang jelas menyalahi agama.
Ini berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-108 pada tahun 2015, yang menyatakan secara jelas mengenai pengharaman penjualan produk yang menggunakan ayat ruqyah (ayat al-Quran) untuk tujuan komersil.
Bagaimanapun, perkara ini masih dilakukan segelintir peniaga yang menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk menarik pelanggan membeli produk jualan mereka.
Selain digunakan sebagai instrumen promosi seperti senario perbualan di atas, pelbagai kaedah lain turut digunakan peniaga bagi menggambarkan kelebihan produk mereka.
Golongan peniaga ini akan memaparkan ayat al-Quran pada pembungkusan produk, atau mengedarkan risalah produk yang mengandungi ayat al-Quran.
Mereka juga tidak segan silu mempromosikan produk mereka secara langsung dengan menyatakan bahawa produk mereka telah dibaca dan diperdengarkan dengan ayat-ayat suci al-Quran atau ruqyah.
Antara jenis produk jualan yang sering dikaitkan dengan kesalahan ini adalah produk makanan, pakaian, perhiasan, kecantikan, dan produk berasaskan kesihatan.
Produk sebegini dikatakan mempunyai khasiat dan manfaat yang luar biasa, kerana telah diterapkan dengan doa-doa syifa, ruqyah, malah bacaan dari 30 juzuk al-Quran!
 
Semakan ketat KDN
Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), menerusi garis panduannya, turut melarang percetakan kaligrafi al-Quran dalam pelbagai medium, dan merupakan badan berwajib yang meluluskan penjualan naskhah cetakan al-Quran.
Produk kaligrafi al-Quran yang berlambak di pasaran, merangkumi rantai kunci, kasut, selipar, pakaian, kad ucapan, jubin lantai, mangkuk pewter, pedang, rantai leher, dan sebagainya dikatakan berasal dari China, Pakistan, dan Indonesia.
KDN juga melakukan semakan yang ketat terhadap setiap pencetakan naskhah al-Quran yang akan dijual di pasaran negara ini, bagi memastikan tiada kesalahan dari aspek ejaan huruf, baris, titik, hatta susunan hiasan di setiap lembaran muka suratnya.
Pada tahun 2018 sahaja, lebih 10,000 premis atau pemilik perniagaan telah didapati bersalah bawah Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ) melibatkan nilai rampasan melebihi RM200 ribu.
Dari sudut yang lain, terdapat pula sesetengah ayat al-Quran dan zikir tertentu yang dipercayai mampu memberi kelebihan dalam perniagaan, dan/atau mendapat ‘pelindungan’ daripada anasir jahat.
Manfaat ini dikatakan akan diperoleh apabila objek seperti tangkal, azimat, wafak, atau gambar rajah tertentu, diletakkan di premis sebagai pelaris, atau dipakai di mana-mana anggota tubuh.
Menariknya, objek sebegini dijual oleh pihak tertentu sehingga mencecah ribuan ringgit!
Kebiasaannya, mereka akan membacakan potongan ayat-ayat al-Quran yang terpilih, dan kemudiannya menjampi objek yang dikehendaki, mengikut prosedur yang ditetapkan. Mereka mendakwa objek tersebut boleh mendatangkan manfaat yang luar biasa kepada si pemakainya, termasuklah tahap kesihatan tubuh yang maksimum, kekuatan luar biasa (malah ada yang mengaku kebal daripada tikaman!), pengumpulan aura positif, penolakan aura negatif, keuntungan perniagaan yang berlipat ganda, dan lain-lain kelebihan peribadi yang bersifat duniawi.
Lebih menyedihkan, tinjauan penulis mendapati penjualan ‘objek ajaib’ ini amat berleluasa di media sosial, dan kelihatan sukar untuk dikawal dan dipantau, walaupun jelas khurafat.
Selain meyakini ‘kuasa’ ayat al-Quran yang diserapkan ke dalam objek tertentu, terdapat juga penyalahgunaan al-Quran oleh segelintir peniaga bagi meningkatkan jualan.
Penggantungan bingkai gambar dan objek perhiasan yang mengandungi potongan ayat al-Quran seperti ayat Seribu Dinar, ayat Qursi, Tiga Qul, potongan awal surah al-Muqatta‘āt, dan ayat-ayat lain, dapat dilihat di banyak premis perniagaan.
Malah ada juga peniaga yang memainkan bacaan ayat suci al-Quran di sistem siar raya, seperti surah al-Waqi‘ah, surah Yāsin, dan al-Raḥmān, dengan kepercayaan perbuatan ini akan ‘mengundang’ rezeki dan keuntungan.
Kesimpulannya, penggunaan mana-mana unsur teks al-Quran, sama ada sebagai pelaris (khurafat atau tidak), mahu pun dijadikan produk jualan itu sendiri, adalah menyalahi hukum agama dan undang-undang.
Walau apa pun niatnya, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran sebegini hanyalah alat permainan psikologi untuk meningkatkan jualan.
Pengambilan kesempatan ke atas pengguna melalui kaedah-kaedah yang secara jelas mempergunakan ayat al-Quran ini jelas bertentangan dengan syariat Islam, dan seharusnya diperangi oleh semua pihak.
Pada masa yang sama, kesedaran di kalangan pengguna juga harus ditingkatkan, bagi mengelak diri menjadi sebahagian daripada industri yang memperkudakan agama.
Harus diingat, di dalam mana-mana perniagaan sekali pun: tiada bekalan, jika tiada permintaan.
Maka, tepuklah dada dan tanyalah selera.

DR MONIKA @ MUNIRAH ABD RAZZAK merupakan pensyarah kanan di Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di [email protected].
The post Al-Quran bukan pelaris jualan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/29/al-quran-bukan-pelaris-jualan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=al-quran-bukan-pelaris-jualan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nathalie Holscher Murka Mendiang Lina Dijadikan Konten Iklan Jualan Nggak Harus Begini

Nathalie Holscher Murka Mendiang Lina Dijadikan Konten Iklan Jualan Nggak Harus Begini

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 159 hits
Nathalie merasa tersinggung karena nama mendiang ibu dari anak anak sambungnya diseret dalam iklan tersebut
Berkat Kelembutan Dakwah Syekh Ali Jaber 2000 Desa Di Jabar Punya Penghafal Al Quran

Berkat Kelembutan Dakwah Syekh Ali Jaber 2000 Desa Di Jabar Punya Penghafal Al Quran

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 227 hits
Gubernur Jawa Barat M Ridwan Kamil mengatakan ulama Syekh Ali Jaber yang meninggal dunia pada Kamis menjadi inspirasi Provinsi Jabar dalam melahirkan Program Satu Desa Satu Hafidz Qur an Insya allah akan kami teruskan di Jawa Barat salah sa...
Hiburan Rasa Sayang Nak Tinggal Jadi Seronok Bandi Amuk Khatam Al Quran Setelah 3 Tahun Tuntut Ilmu

Hiburan Rasa Sayang Nak Tinggal Jadi Seronok Bandi Amuk Khatam Al Quran Setelah 3 Tahun Tuntut Ilmu

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 537 hits
Penyanyi rock terkemuka Bandi dari kumpulan Amuk memberitahu bahawa dia telah berjaya khatam Al Quran setelah hampir tiga tahun menuntut ilmu Sumber Harian Metro Bandi Amuk turut mendedahkan bahawa dia pernah membaca Al Quran sambil mata te...
Syekh Ali Jaber Bercita Cita Cetak Sejuta Penghafal Quran Di Indonesia Irfan Hakim Syekh Maafkan

Syekh Ali Jaber Bercita Cita Cetak Sejuta Penghafal Quran Di Indonesia Irfan Hakim Syekh Maafkan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 186 hits
Syekh Muhammad Jabber mengungkapkan bahwa semasa hidupnya almarhum Syekh Ali Jaber ingin mencetak sejuta penghafal alquran di Indonesia Adik Syekh Ali Jaber itu berharap cita cita almarhum kakaknya tersebut bisa terwujud Sebenarnya cita cit...
Video Tular Gaduh 2 Kumpulan Rebutkan Kawasan Jualan Dadah

Video Tular Gaduh 2 Kumpulan Rebutkan Kawasan Jualan Dadah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 204 hits
227 total views 227 views today Sebelum ini tular satu rakaman video yang memaparkan dua kumpulan kongsi gelap sedang bergaduh Yang lebih mengejutkan apabila video itu sebenarnya adalah rakaman kejadian perang 2 kumpulan untuk merebut kawas...
777 Usahawan Jana Jualan Lebih Rm2 Bilion Tahun 2020 Bersama Richworks

777 Usahawan Jana Jualan Lebih Rm2 Bilion Tahun 2020 Bersama Richworks

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 263 hits
Zero Kos Marketing Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua menge...
5299 Program Pukat Care Anjur Jualan Murah Hasil Laut Dengan Potongan 70 Peratus One News 16 01 2021

5299 Program Pukat Care Anjur Jualan Murah Hasil Laut Dengan Potongan 70 Peratus One News 16 01 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 370 hits
102 jenis hasil laut dijual dengan potongan harga sehingga 70 peratus sepanjang perlaksanaan PKP bertujuan meringan beban golongan terjejas Pengasas program PUKAT Care Azmi Mohd Ali berkata hasil jualan akan turut disumbangkan kepada golong...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco