Al Jazeera Burukkan Malaysia Tentang Covid19 Dengan Falsenews Tentera Bawang Jalankan Tugas



Semalam Al-Jazeera menerbitkan sebuah dokumentari berdurasi 30 minit memaparkan langkah kerajaan Malaysia menangani Covid-19 yang menurut agensi berita antarabangsa itu sebagai menekan, tidak berperikemanusiaan dan bersifat prejudis terhadap warga asing. PKPD yang kerajaan Malaysia kuatkuasakan terutama di kawasan majoriti warga asing pula digambarkan sebagai brutal dengan operasi gaya junta

Beberapa warga asing yang ditemubual turut menyatakan perasaan tertekan mereka terhadap langkah yang diambil oleh pihak berkuasa. Bahkan mereka turut menyatakan bahawa mereka dilayan dengan zalim dan kejam. Siap meragui layanan Jabatan Imigresen terhadap tahanan asing di depoh tahanan lagi. Bahkan disebut Covid-19 merebak dengan pantas dalam depoh tahanan imigresen walhal mereka ini sudah dijangkiti sebelum tiba ke depoh tahanan lagi. 
Sebagai salah seorang petugas yang terlibat secara langsung dalam beberapa operasi saringan Covid-19 di beberapa kawasan PKPD utama di Kuala Lumpur, dari Masjid India, Chow Kit, Batu Muda, Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Pudu, apa yang teman dapat komen ialah apa yang digambarkan melalui dokumentari ini sangat tidak tepat dan sengaja diadakan untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia. 
Di kawasan PKPD ini baik warganegara atau bukan, pendatang asing yang masuk secara sah atau yang melalui cara salah, semuanya dilayan sama sahaja oleh pihak berkuasa baik kesihatan, polis, askar dan lain-lain. Warga asing ini (baik yang berdaftar atau tidak) disaring sama macam warganegara. Saringan Covid-19 ini pula bukannya murah dan kerajaan dah habiskan berpuluh juta ringgit wang dari perbendaharaan negara kepada mereka ini atas tuntutan kemanusiaan. Dan bukannya sekali tetapi dua kali pula tu swab test ini dilakukan. Mereka yang berada dalam kawasan PKPD diarahkan untuk berada di rumah dan tidak boleh keluar, tetapi kerajaan kita sediakan bantuan barang dapur seperti beras, gula, susu, minyak, telur dan sebagainya kepada mereka yang diedarkan melalui JKM. Lampin bayi pun kerajaan kita sediakan kepada mereka yang terjejas. Layanan ini turut sama diberi kepada pendatang asing tanpa izin. Adakah kerajaan negara asing layan pendatang asing di negara mereka sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia ini? Teman tak rasa mereka sebaik kita. 
Lagipun operasi yang dijalankan ke atas pendatang asing tanpa izin oleh pihak imigresen dan polis memang sepatutnya dilakukan dari dahulu lagi. Mereka ini masuk ke negara kita tanpa dokumen, bukan sahaja berisiko membawa penyakit berjangkit lain dari negara luar bahkan kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi warga asing turut merekodkan kadar jenayah yang tinggi. Ini semua risiko kepada rakyat Malaysia. Tapi pelik juga dengan sikap sesetengah kumpulan hak asasi dan pemimpin-pemimpin politik tertentu yang menyelar tindakan pihak berkuasa kita. Kalau mereka inginkan sangat warga asing tanpa izin ini kenapa tidak mereka sendiri bawa dan jaga di rumah?. Kita sepatutnya sokong dan beri semangat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas, jangan bersikap sebaliknya

Kawat besi yang mengepung kawasan PKPD itu nampak agak keras dan itulah yang digambarkan oleh Al-Jazeera sebagai 'oppressive', tetapi kawat itulah yang mengekang dan melindungi rakyat kita dari dijangkiti wabak ini. Disebalik kawat berduri itu punya banyak bantuan disalurkan tanpa sebarang laporan berita pun. Setiap petugas yang ada disitu meskipun bermandi peluh sampai ada yang pengsan dalam menahan panas dan sedang berpuasa, tetap menjalankan tugas dengan penuh komited serta profesional pada siapa jua yang hadir untuk menjalankan saringan tanpa mengira latar belakang mereka. 
Al-Jazeera mengakui bahawa langkah kerajaan Malaysia menangani Covid-19 terbukti berjaya tapi media tersebut masih berusaha untuk memburukkan negara kita. Lebih malang lagi bila ada individu atau kumpulan yang kononnya memperjuangkan hak asasi dari Malaysia sendiri yang turut sama mengecam negara ini dalam temubual mereka bersama agensi berita luar negara. Usaha kita ditidakkan bahkan didakwa pula dengan tuduhan yang tidak munasabah. Harap kerajaan kita saman Al-Jazeera bersama pengkhianat yang turut bersama mereka

Dokumentari tersebut boleh ditonton melalui link berikut :
https://youtu.be/zyl_xsdpteI
Dan juga sini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3333853379981452&id=115795798453909
iskandae zulkarnain


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/07/al-jazeera-burukkan-malaysia-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tentera Bawang Dan Netizen Malaysia Sudah Menyerang Al Jazeera

Tentera Bawang Dan Netizen Malaysia Sudah Menyerang Al Jazeera

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 614 hits
Foto TTKMMedia Sosial 6 Julai Warganet Malaysia yang lebih dikenali sebagai askar bawang menyerang laman facebook Al Jazeera 101 East dan akaun youtube Al Jazeera English berhubung dokumentari Locked Up in Malaysia s Lockdown yang diterbitk...
Al Jazeera Mengkritik Kerajaan Malaysia Tentang Isu Pendatang Tanpa Izin

Al Jazeera Mengkritik Kerajaan Malaysia Tentang Isu Pendatang Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 406 hits
Baru baru ini dunia dikejutkan dengan laporan dokumentasi yang disiarkan dalam Channel youtube media Al Jazeera yang bertajuk Video yang berdurasi 25 minit itu menceritakan bagaimana pendatang tanpa izin ini telah dilayan dengan buruk oleh ...
Diusir Serta Merta Jika Burukkan Imej Malaysia Dan Pembohongan Al Jazeera

Diusir Serta Merta Jika Burukkan Imej Malaysia Dan Pembohongan Al Jazeera

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 476 hits
Memang patut diusir serta merta Media melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukka...
Terima Kasih Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Yang Bersatu Menentang Tindakan Stesen Tv Al Jazeera Ismail Sabri

Terima Kasih Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Yang Bersatu Menentang Tindakan Stesen Tv Al Jazeera Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 332 hits
Baru baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan satu video dokumentari terbitan saluran berita Al Jazeera dalam rancangan 101 East yang mendakwa Malaysia berlaku kejam terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin ketika Perintah Kawalan Pergerakan ...
Al Jazeera Cuba Jadikan Malaysia Negara Penyimpan Pati Ummah

Al Jazeera Cuba Jadikan Malaysia Negara Penyimpan Pati Ummah

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 325 hits
Pengerusi Gerakan Ummah Malaysia Mohd Zai Mustafa KUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah membantah penyiaran dokumentari oleh agensi berita Al Jazeera yang memaparkan fakta salah dan memberi gambaran negatif terhadap kerajaan Malaysia sebagai a...
Najib Dedah Admin Fb Page Al Jazeera Dari Malaysia

Najib Dedah Admin Fb Page Al Jazeera Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 488 hits
Najib Dedah Admin FB Page Al Jazeera Dari Malaysia Sudah pasti sesuatu yang mengejutkan Seperti yang semua tahu beberapa hari ini satu dokumentari telah dikeluarkan oleh Al Jazeera melalui saluran Youtube Najib Dedah Admin FB Page Al Jazeer...
Isu Al Jazeera Dalang Mungkin Orang Malaysia

Isu Al Jazeera Dalang Mungkin Orang Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 277 hits
Sebelum ini ada NGO aktivis hak asasi bising konon PATI ditindas BANGI Laporan berita antarabangsa Al Jazeera mengenai pendatang asing yang tular menimbulkan persoalan siapakah yang menjadi mastermind menyalurkan maklumat dan mengatur segal...
Hari Ini Tercipta Satu Sejarah Kkm Laporkan Pencapaian Malaysia Dalam Menangani Covid19

Hari Ini Tercipta Satu Sejarah Kkm Laporkan Pencapaian Malaysia Dalam Menangani Covid19

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 357 hits
Sidang media pada hari ini menyaksikan satu sejarah yang dilaporkan berkaitan perkembangan pandemik Covid 19 di Malaysia Hal ini telah disampaikan menerusi didang media khas dijalankan secara langsung di media tempatan oleh Ketua Pengarah K...
Malaysia Kecam Berita Fitnah Dari Al Jazeera

Malaysia Kecam Berita Fitnah Dari Al Jazeera

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 384 hits
Malaysia mengecam laporan media antarabangsa Al Jazeera yang membuat tuduhan membuta tuli terhadap usaha negara ini dalam mengawal penularan COVID 19 membabitkan warga asing Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata laporan media...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya