Al Fateh Printing And Trading


 
~ klik banner untuk terus ke fanpage Al Fateh Printing & Trading ~Baju sublimation | cetak Buku | Banner Bunting | Sticker Label | Signboard | Cenderahati

Al Fateh Printing & Trading ni,
MY dah beberapa kali juga berurusan dengan mereka sebenarnya.
Mama Yan tempah sticker untuk tampal kat site office...Pernah juga tempah sticker untuk tampal atas signboard.Berkualiti dan tahan lasak sampai takde orang sedar pun kami edit signboard lama guna sticker baru.
MY senang berurusan dengan mereka di Al Fateh ni...Sporting gila melayan acik yang sengal sengal ubi ni..Dah la zero habis bab design dan printing.Memang 100% mengharapkan pertolongan mereka..Tapi tu la..Diorang memang jenis rajin melayan.
Lepas tu..Masa tempah tu...MY cakap nak ambil pukul 10,Tapi pukul 9 MY dah tercongok depan kedai...hahaha...Mujurla dah siap...Maknanya... mereka ni bukan jenis kedai yang last minute baru nak godek la..pengalaman kena sidai kat kedai printing ni bukan sekali dua..Berkali kali dah...belum lagi yang takde kedai...main whatsapp je... lepas esok..esok...lepas tu lusa..tulat...Tapi Al Fateh tak ya...kalau dah janji...Maknanya memang akan siap.
Walaupun perniagaan MY dan suami berniche kan pembinaan..Tapi kami ada banyak benda yang perlu dicetakkan sebelum memulakan pembinaan..dan sebelum kerja disiapkan sepenuhnya.Nak cetak tajuk projek,Nak cetak papan tanda keselamatan,Papan tanda Awas,bila dah siap kerja..nak buat papan tanda kat bangunan tu pula.Nama nama kelas, bilik guru, tandas, surau dan macam macam lagi.
Kat Al Fateh Printing & Trading ni juga boleh tempah pelbagai jenis cenderahati..Yang ni sekolah sekolah dan jabatang kerajaan mesti suka ni..Macam MY takde la nak tempah cenderamata..nak bagi siapa aje?Takkan workers Bangladesh nak diberi cenderamata kot...Tak kena tu...Tapi dah ada juga dalam plan nak tempahkan staf buku nota nanti.
Haaa... nampak..boleh tempah buku... nanti nak tempahkan staf semua buku,depan, taruk gambar projek yang dah siap
 Boleh tempah untuk cetak flyers... brochures... pamphlet.. leaflet segala di sini ya...
Bill book pun boleh tempah..Oh ya...nanti nak tempah letter head untuk office la..Asyik lupa aje...
Banner la antara produk percetakan yang paling hot di sini..Berkualiti, mampu milik dan terbaik
Cenderahati kecik kecik ni...Memang hadiah yang menggembirakan...walaupun sekadar pen...atau lanyard..Kalau dapat percuma siap ukiran nama pemberi...Ouchh...tersentuh hati..Boleh la anda semua pergi menempah di sini yaaa...Lepas tu bagi saya satu okay
Yang ni semua orang tahu...Ada ke yang tak pernah ada name card?Ada la kot...Macam MY masa kerja dulu, walaupun engineer..Bos tak buatkan MY namecard pun..Sebab MY site engineer..Siapa aje yang cari MY kecuali lori konkrit,drebar lori, drebar backhoe, operator kren dan tukang.Kalau teringin, buat ajelah namecard sendiri,taruk nama, nombor telefon, email dan alamat blog..hihihi bukannya mahal sangat pun...duit adsense kan adaaa..
Zaman MY kahwin sekitar tahun 2005 dulu...Belum ada trend letak bunting ni di pintu gerbang majlis kenduri..So tak merasalah MY cetak muka atas bunting ni nampaknya...hihihi..Yang nak kahwin, yang nak jual air boba, yang nak jual kek dan kuih muih...Bukan setakat boleh cetak bunting aje ..Boleh juga cetak sticker comel comel untuk ditampal pada doorgift, tampal pada bekas kuih, tampal pada packaging...Boleh minta designer mereka design gambar yang letops letops,Lepas tu cetak atas kertas sticker tu...tinggal nak rewang tampal aje...mudah banget kok!
Dah cerita banyak banyak ni...Boleh la menempah dengan mereka ye.Ini bukan kedai printing atas angin tau.tempah atas tempah, Order atas order,Mereka ada mesin cetak power,komputer design canggih,dan juga didukung oleh karyawan yang bergeliga otaknya...Cakap je nak print apa..nak cetak apa... semua akan mereka usahakan..Jangan minta cetak duit sudah!

Kedai mereka terletak di :
9, Jalan Pendidikan 8/2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor
Dekat dengan kedai 2CO.. seberang jalan Aeon Taman U...Buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang.
Nak senang untuk tengok Al Fateh punya produk, boleh join telegram group mereka: https://t.me/promofatehprinting
Whatsapp je team sales Al Fateh untuk berurusan :http://senang.la/nak/alfatehprintingharga
Nak call recce dulu pun boleh... Nah nombor telefon... 07-550 4942









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2022/07/al-fateh-printing-and-trading.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puas Hati Tengok Hasil Printing Banner Dan T Shirt Dari Al Fateh Printing And Trading

Puas Hati Tengok Hasil Printing Banner Dan T Shirt Dari Al Fateh Printing And Trading

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 268 hits
Puas Hati Tengok Hasil Printing Banner dan T shirt dari Al Fateh Printing and Trading Bila nak buat sesuatu event sama ada family day hari sukan majlis perkahwinan majlis perasmian atau mempromosikan sesuatu bisnes brand sendiri dan pelbaga...
Al Fateh Printing Beri Khidmat Cetak Murah Dan Berbaloi

Al Fateh Printing Beri Khidmat Cetak Murah Dan Berbaloi

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 191 hits
AL FATEH PRINTING BERI KHIDMAT CETAK MURAH DAN BERBALOI dan menepati kehendak pelanggannya Al Fateh menawarkan perkhidmatan printing banner bunting flyers leaflet dan banyak lagi Sekarang ni kalau nak cari kedai printing yang murah memang p...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka

Jangan Kahwin Pada Usia Terlalu Muda

Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord