Akukah Punca Gangguan Seksual


“Siapa suruh berpakaian terlampau seksi, sebab itulah orang kacau.” Itu antara ayat yang biasa didengar apabila berlaku kes gangguan seksual membabitkan wanita.

Akibatnya, mangsa takut untuk membuat laporan polis kerana beranggapan dirinya sebagai punca.

Stigma sedemikian perlu dibuang sekiranya ingin meningkatkan kesedaran mengenai kes gangguan seksual. Pakaian terdedah dan perwatakan lemah lembut bukan ‘tiket’ untuk lelaki mengambil kesempatan ke atas kaum Hawa.

Seperti kata Presiden Persatuan Menggalakkan Kesamarataan, Respek dan Amanah Seluruh Sabah (Serata), Sabrina Aripen, sentimen masyarakat adalah antara perkara pertama menjadi pertimbangan apabila mangsa ingin membuat laporan polis.

Menurutnya, ada dalam kalangan wanita takut dirinya dipersalahkan. Ada pula tidak faham situasi dialami itu sebenarnya gangguan seksual. Menyebut kata-kata berunsur lucah juga satu bentuk gangguan seksual biarpun ia sekadar gurauan.

“Namun, undang-undang yang kurang jelas menyebabkan ramai mangsa takut untuk tampil kerana mereka tahu, pada akhirnya tiada yang dapat membela nasib mereka,” jelasnya.

Malah, rang undang-undang berkaitan yang sepatutnya siap Mac lalu juga tidak dapat dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat susulan pelaksanaan proklamasi darurat.


LUAR BANDAR
Tambah Sabrina, berdasarkan pemerhatian, kebanyakan kes di kawasan luar bandar dilakukan dalam keadaan wanita itu tidak faham situasi yang dialaminya.

Untuk itu, program advokasi dan kesedaran perlu dipertingkatkan dalam kalangan anak muda khususnya wanita di luar bandar agar mereka tahu cara untuk bertindak apabila berlaku gangguan seksual.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Datuk Jauteh Dikun memberitahu, sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 54 kes gangguan seksual terhadap wanita direkodkan di Sabah dan 10 kes dihadapkan ke mahkamah. Sebanyak 556 kes dilaporkan di Sabah bagi tempoh 2017 hingga 2020 termasuk remaja berusia 18 tahun ke bawah. Daripada jumlah itu, 264 kes dibicarakan di mahkamah.

Katanya, semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berlaku penurunan jumlah kes di negeri itu. Sesi persekolahan secara dalam talian dan kerja dari rumah mungkin menyumbang kepada penurunan tersebut.

Bagaimanapun, jelas beliau, sepanjang tempoh tiga tahun sebelum pandemik Covid-19 melanda, kes gangguan seksual di Sabah memang menunjukkan peningkatan, iaitu daripada 125 kes pada 2017 kepada 167 (2019). Kes melibatkan remaja berusia 18 tahun ke bawah jauh lebih tinggi.

“Sebanyak 311 kes gangguan seksual terhadap remaja perempuan berusia 18 tahun ke bawah direkodkan berbanding 245 kes bagi wanita berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

Kepada wanita, usah ragu-ragu bertindak jika menjadi mangsa gangguan seksual. - UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/akukah-punca-gangguan-seksual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pensyarah Uitm Didakwa Buat Gangguan Seksual

Pensyarah Uitm Didakwa Buat Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 322 hits
Pensyarah UiTM didakwa buat gangguan seksual Seorang pensyarah yang mengajar di sebuah kampus Universiti Teknologi Mara di Selangor didakwa melakukan pengantunan seksual dan menggangu bekas pelajarnya Beberapa mangsa menceritakan kepada Mal...
Masalah Kewangan Terputus Makanan Punca Gangguan Emosi

Masalah Kewangan Terputus Makanan Punca Gangguan Emosi

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 325 hits
Masalah kewangan terputus makanan punca gangguan emosi Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan mengendalikan sebanyak 52 kes gangguan emosi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sejak 1 Jun sehingga Se...
Anak Veteran Mca Dakwa Terima Gangguan Seksual Pemimpin Persatuan Cina

Anak Veteran Mca Dakwa Terima Gangguan Seksual Pemimpin Persatuan Cina

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR 7 Zulkaedah 1442H Jumaat Seorang peguam Veronica Wong Pei Huan yang juga anak perempuan veteran Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Tan Sri Wong Mook Leong mendakwa bahawa dia telah menghadapi gangguan seksual dari seorang pemimpin per...
Uitm Lapor Polis Dakwaan Gangguan Seksual Oleh Pengajar

Uitm Lapor Polis Dakwaan Gangguan Seksual Oleh Pengajar

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 294 hits
MALAYSIAKINIUniversiti Teknologi MARA telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memudahkan proses penyiasatan berhubung dakwaan gangguan seksual dilakukan oleh seorang tenaga pengajar terhadap b...
Lebih 15 Pelajar Uitm Dakwa Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual

Lebih 15 Pelajar Uitm Dakwa Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 689 hits
Hangat diperkatakan di media sosial apabila beberapa pelajar Universiti Teknologi Mara Dengkil mendakwa seorang pensyarah Pusat Asasi melakukan gangguan seksual Memetik Says com lebih 15 mangsa menghubungi mereka serta menyertakan paparan
Gangguan Seksual Oleh Pensyarah Uitm Buat Laporan Polis

Gangguan Seksual Oleh Pensyarah Uitm Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 351 hits
Gangguan seksual oleh Pensyarah UiTM buat laporan polis Gangguan seksual oleh Pensyarah UiTM buat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memudahkan proses penyiasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yan...
Ramai Yang Ingat Makan Coklat Punca Jadi Gemuk Ketahuilah Ini 4 Tips Cara Untuk Kurus Dengan Coklat

Ramai Yang Ingat Makan Coklat Punca Jadi Gemuk Ketahuilah Ini 4 Tips Cara Untuk Kurus Dengan Coklat

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 341 hits
Rupanya Cara Makan Coklat Kita Selama Ini Salah Baca Perkongsian Pakar Ini Cara biasa yang kita gunakan ialah beli buka bungkusan patahkan kecil masuk coklat ke dalam mulut dan kunyah sampai habis
Bengang Dituduh Dijangkiti Covid Di Bali Bcl Akhirnya Dedah Punca Sebenar

Bengang Dituduh Dijangkiti Covid Di Bali Bcl Akhirnya Dedah Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 202 hits
PENYANYI dan pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari menafikan dirinya dijangkiti Covid 19 selepas pulang bercuti di Bali Melalui sebuah perkongsian di Instagram story Bunga atau lebih mesra disapa BCL menjelaskan kronologi keberadaa...
Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Media Council Concerned Over Excessive Fines On Sin Chew Sinar

Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Thailand Kemboja Kembali Tegang Anwar Seru Isu Dibawa Ke Meja Rundingan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kehilangan Dua Orang Dalam Sebulan Hanya Doa Mengiringi

Sambutan Maulidurrasul 1447h Peringkat Pasir Gudang Johor

Hantu Cinta Kamu

Bila Kebaikan Jadi Luka

Mysubsidi Kpdn Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi

Sarapan Di Johor Makan Petang Di Melaka