Akui Inisiatif Ph Terbaik Tapi Mahu Beri Pn Peluang Tadbir Selangor


 
Skim Peduli Sihat diperuntukkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah oleh pentadbiran PH, namun PN berjanji memperluaskan kepada keluarga berpendapatan bawah RM5,000.PETALING JAYA: Meskipun mengakui tawaran Pakatan Harapan (PH) terbukti dirasai semua lapisan masyarakat khususnya golongan rentan, namun segelintir pengundi di Selangor sedia “mengalih” undi mereka kepada Perikatan Nasional (PN) yang menjanjikan 112 tawaran jika menang PRN Sabtu ini.
Beberapa pengundi ditemui FMT menyambut baik inisiatif ditawarkan PN antaranya memperluaskan bantuan kesihatan dan air percuma kepada golongan berpendapatan isi rumah antara RM5,000 hingga RM15,000.
Pengundi dari DUN Bukit Lanjan, Suriati Azmi, 33, tertarik dengan tawaran PN untuk memperluas skim peduli sihat kepada isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 kerana golongan itu antara terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.
“Bagi saya mereka yang berpendapatan RM5,000 ke atas juga bergelut dengan kos sara hidup semakin meningkat,” katanya ketika ditemui FMT.
Peruntukan itu meningkat sedikit berbanding skim peduli sihat bawah pentadbiran PH, yang menyediakan sebanyak RM500 setahun kepada isi rumah bawah RM3,000 ketika ini. Untuk rekod, program berkenaan diperkenalkan pada 2017 ketika pentadbiran Azmin Ali.
Jumaat lalu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit”, antaranya bantuan RM400 sebulan bagi pembelian barangan asas kepada 65,000 keluarga memerlukan, air percuma untuk 20 meter padu pertama kepada isi rumah berpendapatan bawah RM15,000 dan memperluas Skim Peduli Sihat.
Sementara itu, Faizul Rahman, 27, pengundi di Kota Damansara pula menyambut baik perluasan bantuan air percuma kepada mereka berpendapatan bawah RM15,000, berbanding terhad untuk kumpulan berpendapatan RM5,000 ke bawah seperti dilaksanakan kerajaan Selangor pimpinan Amirudin Shari.
Namun, beliau mencadangkan skim bantuan turut diperluaskan kepada bil elektrik yang ketika ini agak membebankan pengguna.
“Ia sedikit-sebanyak membantu meringankan beban, sekarang kos sara hidup tinggi tetapi saya rasa perlu ada pembaharuan kerana bil air agak terkawal dan tidak semahal bil elektrik, rakyat terbeban dengan bil mencecah ratusan ringgit setiap bulan,” katanya.
Bagi pengundi kali pertama, Azahari Yahya, 18, beliau tertarik dengan bantuan awal pengajian berjumlah RM1,500 yang terbuka kepada semua anak Selangor tanpa mengira kumpulan pendapatan, berbanding sebelum ini terhad kepada keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.
“Ini secara tidak langsung membakar semangat kami untuk meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi, tidak kira teruskan ke peringkat IPT ataupun matrikulasi serta Tingkatan 6,” katanya.
Ibu tunggal, Hasnah Diran, 44, tertarik dengan bantuan bulanan bernilai RM400, yang disifatkan amat diperlukan oleh golongan sepertinya.
“Walaupun tambahan hanya RM100 berbanding sekarang (pentadbiran PH), nilai itu cukup besar bagi saya yang hanya bekerja sebagai pembantu gerai. Harga barang semua dah naik, dapat tambah sikit pun kurang juga beban saya,” kata ibu empat anak yang akan mengundi di DUN Lembah Jaya.
Skim bantuan prihatin keluarga Selangor itu seakan sama seperti program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), inisiatif PH yang menyediakan RM300 sebulan untuk keluarga kurang berkemampuan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/akui-inisiatif-ph-terbaik-tapi-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Kerjaya Di Ptptn Tahun 2023 Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 Dan Pegawai Tadbir Gred N41

Peluang Kerjaya Di Ptptn Tahun 2023 Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 Dan Pegawai Tadbir Gred N41

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 310 hits
Peluang Kerjaya di PTPTN Tahun 2023 Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 dan Pegawai Tadbir Gred N41 Sukacita admin umumkan kini sedang dibuka permohonan jawatan kosong di bawah sektor awam untuk bulan ogos 2023 Bagi mereka yang lepasan SPM dan...
Water Issue In Selangor Not As Serious As Kelantan Kedah Says Nazmi

Water Issue In Selangor Not As Serious As Kelantan Kedah Says Nazmi

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 391 hits
Natural Resources Environment and Climate Change Minister Nik Nazmi Nik Ahmad has assured voters in Selangor that they will not face water issues as compared to states led by the opposition party NSTP FAIZ ANUARKLANG Natural Resources Envir...
Anthony Loke Kalah Di Selangor Dan Mereka Akan Ambil Alih Putrajaya

Anthony Loke Kalah Di Selangor Dan Mereka Akan Ambil Alih Putrajaya

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 161 hits
Lynelle ThamAMPANG Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook memberi amaran bahawa Putrajaya juga akan jatuh ke tangan kumpulan lain jika Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kehilangan Selangor pada PRN Sabtu ini PRN ini bukan sahaja untuk menge...
Langsung Grand Finale Kita Selangor I 10 Ogos 2023

Langsung Grand Finale Kita Selangor I 10 Ogos 2023

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 369 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Grand Finale Kita Selangor di Padang MPAJ AU2 Keramat AWANInews 6NegeriMemilih SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid a
Back Ph Bn To Keep Selangor Economy Chugging Says Salleh

Back Ph Bn To Keep Selangor Economy Chugging Says Salleh

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 173 hits
Former Sabah chief minister Salleh Said Keruak is calling on Selangor to choose PH BN s moderation over PN s extreme politics on Aug 12 HULU LANGAT A former Sabah chief minister has urged Selangor voters to back Pakatan Harapan Barisan Nasi...
Lose Selangor And Pn Will Take Putrajaya Warns Loke

Lose Selangor And Pn Will Take Putrajaya Warns Loke

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 166 hits
DAP secretary general Loke Siew Fook urged Selangor voters to ensure Selangor remains under PH and BN to safeguard the unity government AMPANG DAP secretary general Loke Siew Fook warns that Putrajaya will fall into Perikatan Nasional s han...
Zahid Confident Bn Can Win All 12 Seats In Selangor

Zahid Confident Bn Can Win All 12 Seats In Selangor

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 253 hits
STATE POLLS BN chairperson Ahmad Zahid Hamidi is confident the coalition can win all 12 seats it is contesting in Selangor in Saturday s state polls Zahid who is deputy prime minister said this is based on the growing support received by th...
Polling Day Harapan Bn Can Retain Selangor Amirudin

Polling Day Harapan Bn Can Retain Selangor Amirudin

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 198 hits
POLLING DAY Voting for the six state elections is underway News reports from the ground Caretaker K tan deputy MB casts his vote8 30am Panchor Pengkalan Chepa Caretaker Kelantan deputy menteri besar Mohd Amar Abdullah casts his vote at the ...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow