Aku Sebagai Contact Rapat Covid 19


Sebulan yang lalu hulu terengganu merupakan daerah yg tak ada jangkitan covid 19 .Hulu terengganu dapat bertahan sehingga ke tarikh itu tanpa covid 19,Covid 19 telah ada dihulu terengganu bermula dari seorang pelajar disebuah pondok yg pulang ke kampung nya diselangor tp ada yg kata pelajar itu telah mengikut rombongan dakwah ke sebuah markas mereka diselangor.Rombongan itu balik ke mukim aku pada hari selasa  5-1-2021.Seramai 5 orang dari tempat aku sendiri merangkap kawan aku sendiri,Di tarikh itu penduduk kampung aku serta aku sendiri tak tau apa2 tentang rombongan tersebut dan khas nya seramai lima orang kawan aku.Cuma dari pihak penduduk kampung tahu yg semua mereka berlima telah menyertai rombongan balik keterengganu dari selangor,Ramai yg berjaga2 tapi ramai yg tak tau cerita lima orang yg balik dari selangor,
Yang berkaitan sangat dengan aku tentang tajuk kontek rapat ialah diketika aku kekedai untuk berkopi nescaffe,Kat kedai tersebut salah seorang dari lima orang ada dikedai tersebut,Aku tak kisah sangat bab kawan aku ni,aku tak syak apa2,bercakap seperti biasa.Masa tu hari kamis 7-1-2021,tarikh itu pkp dan dharurat belum lagi diumumkan.Kali pertama aku berdekatan dengan salah seorang yg baru pulang dari selangor,kali kedua pada hari jumaat ketika solat jumaat yakni 8-1-2021..Masa tu aku masih tak tau lagi status covid 19 nya.Pada hari sabtu pecah lah berita mengatakan kelima2 kawan aku telah diminta kehospital untuk saringan covid 19 kerana ada beberapa orang dalam rombongan bas yg balik dari selangor telah positif covid 19..Pada hari isnin dapat lah berita yg mengatakan tiga dari lima orang kawan aku telah positif covid 19..Salah seorang yang positif ialah yg paling rapat dengan aku..
Masa aku tahu cerita tu aku macam seolah2 nak demam,tekak rasa sakit walau pun lansung tak sakit.Badan rasa lemah lesu walau pun masih gagah perkasa,Aku talipon kesana kesini bertanya kabar tentang sikap kawan aku yg juga rapat dengan kawan yg positif,Ramai sebenarnya yg rapat,maklum lah dah dikedai tentu ramai kontak nya,tiga plk yang positif.Macam2 cerita yg keluar,ada yg cakap akan disaring beberapa buah kampung,kerana yg positif telah berjalan merata2 sehingga sampai kebandar.,BESAR PUNYA CERITA..Aku semakin mengeletar takut,lagi pun aku memang takut kehospital,aku takut kena cocok dan aku tak pernah sampai pun kehospital untuk terima rawatan kerana aku memang tak pernah sakit,sehinggakan sampai aku tua ni pun aku masih tak ada kad hospital,kalau aku deman2 je,aku keklinik swasta,aku kehospital pun kerana bawak mak aku menerima rawatan bulanan nya,tak lebih dari tu.Dimasa sekarang ni pun,masa aku karang cerita ni,aku telah berkira2 macam mana aku nak terima vaksin corona virus yg akan diberikan seluruh penduduk malaysia sehinnga march tahun 2022 ni,,Aduhhh takut betul aku kena cocok.
Berbalik kapada cerita aku...Setelah yakin kawan aku positif dan ditahan dipusat kuaratin,aku talipon kawan aku yg berkerja lansung pasal covid 19..Dia menerangkan prosedur yang berkaitan dengan covid..Dia cakap,setelah covid positif kapada seseorang,orang yg kedua yang akan disaring/swab ialah ahli keluarga yg positif,kalau ahli keluarga juga positif,orang yang akan disaring lagi ialah kontek rapat nya,salah seorang kontek rapat itu ialah aku dan ramai lagi..Begitu kata nya ,kawan aku menasihatkan aku supaya berkurung dulu,jangan rapat dengan sesiapa sehingga langkah di ambik oleh pihak KKM,KKM  tau apa nak dilakukan nya.Kawan aku juga bertanya,berapa hari kah aku rapat dengan kawan yg positif,Aku cakap dah lima hari,Dia juga tanya sama ada aku ada sakit tekak,demam,batuk2,Aku cakap tak ada dan sememang tak ada pun..kawan aku meminta bersabar sehingga diberitahu kemudian oleh pihak KKM,Kawan aku jgk cakap dalam masa sepuluh hari covid akan ada simpton nya kalau dlm masa tersebut tak ada simpton,kita tak dijangkiti..Masa yang benar2 tepat ialah empat belas hari....
Oleh kerana rasa takut dengan covid,ada dari kawan aku serah diri kat pusat covid kat tempat aku ni,Serah diri untuk disaring dan sebagainya.Dipusat covid mesti dah sedia maklum akan semua kes,Doktor kat situ menyuruh kawan aku balik je dengan nasihat kurang kan rapat dengan sesiapa walaupun tak tau status covid,berjaga2 dahulu..
Dalam aku kuaratin  diri sendiri tanpa disuruh oleh KKM aku dapat berita yg keluarga yang positif semua nya negatif kecuali seorang dipakai gelang putih,Pada waktu aku terima berita tu,aku dah masuk sembilan hari rapat dengan kawan aku yg positif..Dengan cerita tu aku yakin aku tak kena jangkitan,Bukan aku saja tapi semua kawan2 aku yang lain.
Pada hari ini 5-2-2021 iaitu sesudah dua puluh lapan hari aku rapat dengan positif covid, semua yang positif telah ada dirumah,maksudnya dah boleh balik,mungkin dah sembuh..Walau macam mana sembuh pun aku tenguk tak ada orang yg dekat dengan kawan aku tu,termasuk dengan aku juga.Walau pun sadis tapi hakikat mesti diterima,bak kata kawan aku yg kontek rapat,
"saper suruh mu gi tempat zon merah,kesihatan orang lain kena jaga juga,jgn mementingkan diri sendiri,"
Bab ni aku malas nak cakap apa tp menurut kata seorang doktor:
"kita jangan sesekali pulaukan orang yg dah sembuh dari covid,kerana orang dah sembuh memang gerenti tak akan jangkitkan virus kpd orang lain,kita hendak lah risau kpd orang yg kita tak tau status nya,".Dr malar santhi...
 SEKIAN...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://azramsulong.blogspot.com/2021/02/aku-sebagai-contact-rapat-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kontak Rapat Sumbang 71 5 Kes Covid 19 Baharu Di Sabah

Kontak Rapat Sumbang 71 5 Kes Covid 19 Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 298 hits
Sebanyak 431 kes Covid 19 dicatatkan hari ini di Sabah dengan dua kematian membabitkan pesakit di Kalabakan dan Beluran KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata sebanyak 308 atau 71 5 kes Covid 19 baharu d...
Ibu Sarat Hamil Berkhidmat Sebagai Jururawat Meninggal Akibat Covid Bayi Selamat

Ibu Sarat Hamil Berkhidmat Sebagai Jururawat Meninggal Akibat Covid Bayi Selamat

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 398 hits
Pemergian seorang ibu yang sedang sarat mengandung 30 minggu akibat wabak Covid benar benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga dan kenalan arwah Menerusi laporan Harian Metro seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan Pu...
Hiburan Kontak Rapat Dengan Pesakit Covid 19 Anak Elfira Loy Jalani Swab Test Peroleh Keputusan Negatif

Hiburan Kontak Rapat Dengan Pesakit Covid 19 Anak Elfira Loy Jalani Swab Test Peroleh Keputusan Negatif

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 344 hits
Seorang lagi anak selebriti iaitu Muhammad Rayyan Khalaf cahaya mata kepada Elfira Loy khabarnya terpaksa menjalani ujian calitan COVID 19 apabila dilaporkan telah menjadi kontak rapat dengan individu yang dijangkiti virus berkenaan Sumber ...
Stadium Malawati Bakal Mula Operasi Sebagai Pusat Penilaian Covid 19

Stadium Malawati Bakal Mula Operasi Sebagai Pusat Penilaian Covid 19

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 296 hits
CAC Stadium Malawati akan beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dan ditutup pada Ahad SHAH ALAM Stadium Malawati di sini akan beroperasi sebagai pusat penilaian Covid 19 bagi daerah Petaling mulai esok Pengarah Kesihatan Selangor Dr Sha ari Ng...
Sdmc Song District Becomes Eighth Covid 19 Red Zone Kapit Changes To Orange Zone

Sdmc Song District Becomes Eighth Covid 19 Red Zone Kapit Changes To Orange Zone

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 255 hits
File photo showing army and Rela personnel manning a roadblock at Kanowit bridge KUCHING The Song district in Kapit is now classified as a red zone after 85 Covid 19 local infections were recorded in the past two weeks said State Disaster M...
Covid 19 New Tabong Cluster Detected In Bau Total Active Clusters In Sarawak At 11

Covid 19 New Tabong Cluster Detected In Bau Total Active Clusters In Sarawak At 11

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 277 hits
KUCHING One new Covid 19 cluster dubbed the Tabong Cluster in Bau has been identified by the State Health Department today said State Disaster Management Committee chairman Datuk Amar Douglas Uggah Embas He said that the index case f
Di Cina Tes Covid 19 Dilakukan Lewat Dubur Alat Swab Dimasukkan 2 5 Sentimeter Lalu Diputar 10 Detik

Di Cina Tes Covid 19 Dilakukan Lewat Dubur Alat Swab Dimasukkan 2 5 Sentimeter Lalu Diputar 10 Detik

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 310 hits
Selain lewat tenggorokan dan lubang pernafasan di Cina juga ada pengambilan sampel tes swab Covid 19 lewat lubang dubur Tes ini diklaim lebih efektif Test ini lebih sensitif dibanding di tenggorokan atau nasal swab Beberapa pasien tanpa gej...
30 Hotel Di Jakarta Siap Digunakan Untuk Isolasi Mandiri Pasien Covid 19 Tanpa Gejala

30 Hotel Di Jakarta Siap Digunakan Untuk Isolasi Mandiri Pasien Covid 19 Tanpa Gejala

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 241 hits
Saat ini sudah ada 30 hotel bintang 1 bintang 2 dan bintang 3 yang sedang antre untuk melayani pasien Covid 19 Namun hotel hotel tersebut harus memenuhi persyaratan yang telah ditentukan Pemerintah Provinsi DKI Jakarta dan Dinas Kesehatan s...
70 Pasien Covid 19 Dirawat Di Rsd Secapa Ad 29 Orang Sembuh

70 Pasien Covid 19 Dirawat Di Rsd Secapa Ad 29 Orang Sembuh

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 223 hits
Puluhan pasien Covid 19 bergejala ringan yang dirawat di Rumah Sakit Darurat Sekolah Calon Perwira Angkatan Darat dinyatakan sembuh Saat ini masih ada sekira 70 pasien yang masih harus menjalani isolasi mandiri di sana
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord