Aktiviti Sepanjang Tahun 2019 Dan Community Day Bersama Yoodo
Aktiviti Sepanjang Tahun 2019 Dan Community Day Bersama Yoodo | Assalamualaikum semua.. Sebelum ni sis pernah kongsikan mengenai Yoodo, telco pertama di Malaysia yang menyediakan 100% perkhidmatan secara digital serta membolehkan pelanggan mengawal sepenuhnya pelan penggunaan mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing. Lagi best sebab Yoodo ni tak ada apa-apa komitmen ataupun caj tersembunyi. Maknanya kita boleh adjust sendiri voice minutes, SMS dan juga data internet. Syokkk kann.
Selain dari tu, Yoodo juga satu-satunya telco yang menawarkan pelbagai ciri tambahan dan juga aktiviti yang menarik bagi membolehkan penggunanya menjalani gaya hidup yang lebih bermakna dengan adanya aktiviti hiburan, permainan serta banyak lagi. Memandangkan kita bakal melangkah ke Tahun 2020, pelbagai aktiviti telah dirangka untuk tahun hadapan. Namun apakah aktiviti yang bakal diadakan masih menjadi teka teki. Tapi sebelum tu meh sis kongsikan segala aktiviti Yoodo sepanjang tahun 2019 yang telah disampaikan oleh Head of Yoodo Malaysia iaitu Mr Chow Tuck Mun.
YOODO COMMUNITY DAY
Korang tahu tak yang Yoodo mempunyai komuniti yang kuat?? Ya, mereka digelar sebagai Yoodoers. Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Komuniti Yoodo secara online mempunyai lebih dari 200,000 orang pengguna dan mendapat hampir 2 juta post view tau.. Wow giler dahsyat kan. Memang sis respect dengan komuniti Yoodo ni sebab mereka memang aktif dan sentiasa berkongsi maklum balas, bertanya soalan serta menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Yoodo.
Bagi Yoodo pula tentunya sangat menghargai para penggunanya yang sentiasa memberi support yang tak berbelah bagi kepada mereka. Jadi sebagai tanda penghargaan, Yoodo mengadakan Community Day bagi menghargai komuniti setia mereka dengan mengumpulkan para penggunanya bersama-sama dan terbaru mereka telah mengadakan Community Day kali ke-3 bertempat di MBO The Starling, Petaling Jaya
Kebetulan pada hari tersebut sis free jadi sis pun turut menyertai Yoodo Community Day kali ke-3 ni. Seronok weii.. Pelbagai permainan disediakan dan yang pastinya semua yang hadir takkan pulang dengan tangan yang kosong. Macam sis sendiri berjaya memenangi Mi Powerbank. Happy sangat sebab sis memang memerlukan powerbank buat masa ni. Selebihnya ada yang menang Mi smart watch, Mi ear phone, unlimited Yoodo Tshirt dan banyak lagi.
Kemuncak acara bagi Yoodo Community Day kali ke-3 ni adalah di mana kami semua bersama-sama menonton filem Jumanji : The Next Level. Filem yang mengisahkan dunia Jumanji yang merupakan permainan video ni memang ditunggu-tunggu tayangannya terutamanya sis la. Suka sangat filem Jumanji dan memang dah follow filem ni dari filem yang pertama lagi. So, bila berpeluang menonton dengan geng Yoodoers of course la lagi meriah kan.
YOODO REWARDS THE COMMUNITY
Tak cukup dengan menaja menonton wayang bersama-sama, Yoodo juga ada membuat surprise kepada pelanggannya yang paling aktif. Mereka ini digelar sebagai SuperUsers. SuperUsers Yoodo adalah orang yang paling aktif di laman komuniti, mengulas dan juga membantu pengguna yang lain.
Untuk Community Day kali ini para SuperUsers telah dijemput khas untuk diraikan bersama dengan ahli komuniti yang lain. Mereka ni ada yang datang dari jauh dari Kuala Lumpur malah ada yang dari Sabah. Namun jarak bukan penghalang tau. Ini kerana pihak Yoodo menaja perjalanan dan juga penginapan para SuperUsers. Selain itu mereka turut menerima kredit tambahan Yoodo serta hadiah diatas sumbangan mereka kepada komuniti Yoodo. Berikut adalah senarai SuperUsers Yoodo :
✔ Hilmi, Klang✔ Hatifi, Damansara✔ Wong Yuen Sern, Kuala Lumpur✔ Aslam Denjay, Sandakan, Sabah✔ Beh Tong Yu, Pulau Pinang✔ PP Foong, Kuala Lumpur,✔ Wilson Wong, Perlis✔ Yazid, Melaka✔ Jafrul, Kuala Lumpur✔ Ariffin, Kuala Lumpur✔ Mohamad Syazwan, Terengganu
YOODO AND MUSIC
Ingat tak baru-baru ni sis ada kongsikan mengenai Konsert Yoodo x Bee Presents: Punkrock Picnic yang menampilkan 2 ikon punk rock Malaysia iaitu Bunkface dan One Buck Short? Ya tahun ni Yoodo banyak memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan terutamanya muzik indie.
Yoodo Presents adalah siri konsert secara interaktif dalam talian yang pertama di Malaysia dan membantu mempamerkan kumpulan indie tempatan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia. 6 kumpulan indie tempatan telah membuat persembahan secara livestream dan berjaya menarik berjuta-juta penonton selama 6 minggu
Acara kemuncak Yoodo Presents juga bertepatan dengan Community Day pada tahun ini dimana Yoodo memberikan pengalaman yang berharga kepada komuniti dengan mengadakan persembahan secara langsung. Pengguna Yoodo telah disajikan dengan persembahan khas dari Modescape, An Honest Mistake, A.Ron, Battle Bloom, Nadhirah, dan Sevencollar T-Shirt
Bagi Yoodo muzik merupakan salah satu aktiviti yang mampu memberi gaya hidup yang baik jadi dengan itu Yoodo akan terus memberi sokongan dan juga membantu meningkatkan lagi industri muzik tempatan. Selain itu secara tak langsung dapat juga membantu menyokong bakat artis-artis tempatan supaya mereka lebih berjaya dalam karier mereka. Manakala bagi pengguna Yoodo pula diberi diskaun khas untuk jualan tiket. 100 pelanggan Yoodo yang pertama menerima 10% dari pembelian tiket mereka, dan juga menerima kemeja-T YDD edisi terhad
YOODO AND GAMING
Yoodo dan game terutama e-sports memang tak asing lagi. Sejak dari tahun 2018 Yoodo telah menjadi Telco Digital Rasmi pertama untuk Kejohanan Kebangsaan PUBG MOBILE atau PUBG MOBILE National Championship (PMNC). Dalam pertandingan ini juga Yoodo menjadi penaja utama yang menaja sepenuhnya Juara PMNC 2018 iaitu Team Gank Fty (Yoodo Gank) untuk mewakili negara ke pertandingan PUBG Mobile peringkat dunia. Untuk pengetahuan korang Yoodo Gank menjadi pasukan Malaysia pertama yang mewakili negara dalam PUBG MOBILE Club Open (PMCO) Fall Split 2019. Hebatttt..
Untuk tahun 2019 pula Yoodo masih kekal untuk Kejohanan Kebangsaan PUBG MOBILE (PMNC) 2019, di mana Yoodo sekali lagi menjadi Telco Digital Rasmi untuk kejohanan itu. Kali ini Juara PMNC 2019 mendapat hadiah wang tunai serta pelan mudah alih percuma Yoodo selama setahun. Uish seronok la para pemenang tu dapat bermain PUBG setiap hari
Bagi pengguna Yoodo pula dah tentu dapat juga bermain PUBG kerana Yoodo menyediakan data PUBG Mobile Add-On yang membolehkan pemain untuk bermain PUBG secara on-the-go pada bila-bila masa hingga akhir Disember 2019.
Selain itu Yoodo juga menyokong minat anak-anak muda yang menyediakan platform untuk anak-anak muda terutama pelajar universiti bagi menyertai pertandingan pertempuran PUBG Mobile di peringkat antara universiti tempatan. Beribu-ribu pelajar yang bermain PUBG dah tentu takkan lepaskan peluang ni kan sebab hadiah yang ditawarkan adalah bernilai RM60,000. Selain tu pemenang juga mendapat pelan mudah alih Yoodo selama 1 dan jemputan eksklusif ke Grand Finals of PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2020
YOODO AND SPORTS
Ingatkan Yoodo hanya support untuk e-sports sahaja rupanya Yoodo juga turut memberi sokongan terhadap dunia sukan yang sebenar. Ya, Yoodo menjadi penaja rasmi untuk Malaysia Premier Futsal League (MPFL) yang terbaru tau. MPFL ini melibatkan acara futsal untuk pasukan lelaki dan wanita dari seluruh negara dan setiap pasukan akan berentap bagi meraih piala pusingan.
YOODO SUPPORTS TRAVELLING
Percaya tak kalau sis cakap yang kita boleh travel ke luar negara tapi masih boleh berhubung melalui pelan telco yang kita gunakan. Ya, dengan Yoodo kita boleh gunakan data sedia ada walau di mana sahaja, bila-bila masa pada kadar rata dengan tambahan Yoodo's Roam Like Home yang merangkumi sehingga 53 negara terpilih.
Menarik kan. So, tak perlu la kita tukar pelan data setiap kali hendak ke luar negara. Hanya perlu aktifkan sahaja Roam Like Home dengan bayaran sebannyak RM10-RM20 (bergantung pada negara yang dilawati) untuk tempoh 24 jam. Jika data sedia ada tidak mencukupi, dengan Roam Like Home juga kita dapat top up untuk tambah kegunaan kita. Ye la, tak syiok pula kan jalan-jalan negara orang tapi tak dapat kongsikan dengan rakan-rakan dek kerana tak cukup data internet. Betul tak?
Jangan risau, tidak akan ada caj tersembunyi dengan Roam Like Home. Nak lagi best? ha, sekarang ada promosi tau untuk Roam Like Home di mana kita boleh nikmati diskaun sebanyak 50%. Wah, banyak tu penjimatan yang boleh kita dapat. So, tak perlu la nak risau kan.
YOODO GOES FULLY DIGITAL
Selalu kalau kita nak guna telco baru, kita kena pergi ke outlet untuk dapatkan simkad ataupun kalau register online pun tetap kena tunggu simkad sampai ke tangan kita kan. Tapi dengan Yoodo tak perlu semua tu kerana Yoodo telah melancarkan khidmat eSIM.
Fungsi eSIM ni membolehkan pengguna melengkapkan keseluruhan proses pendaftaran Yoodo sepenuhnya melalui aplikasi Yoodo di mana-mana jua. Melalui perkhidmatan perkhidmatan eSIM juga pengguna tidak perlu menunggu bagi mendapatkan simkad sebaliknya, simkad akan segera dikodkan ke telefon pengguna secara terus bagi membolehkan pengguna segera melanggan dan mengaktifkan akaun Yoodo mereka.
Dengan ini, Yoodo menjadi penyedia perkhidmatan mudah alih digital 100% pertama di Malaysia yang membawa kecekapan, kemudahan dan fleksibiliti kepada pengguna. Perkhidmatan eSIM kini tersedia untuk semua pengguna Yoodo baru dan serasi dengan peranti mudah alih seperti iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR dengan lebih banyak model yang akan disokong tidak lama lagi.
Nampaknya sepanjang tahun 2019 ni banyak juga pencapaian yang dicapai oleh Yoodo ni kan. Sis sendiri secara tak langsung turut menyertai beberapa aktiviti mereka dan menjadikan sis selesa bila menggunakan perkhidmatan Yoodo ni. Terasa dekat di hati gichuuu. Memandangkan kita bakal melangkah ke tahun 2020, diharap tahun depan lebih banyak aktiviti yang dijalankan oleh Yoodo. So, boleh la sis join sekali.. hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2019/12/aktiviti-sepanjang-tahun-2019-dan.html