Aktiviti Sebelum Puasa Mendaki Bukit Broga
Mendaki Bukit Broga Semenyih | Last day sebelum puasa hari tu naik lagi Bukit Broga. Boring duduk rumah ada cuti ape entah tak ingat. Dan saja nak test stamina (poyo gila statement).
Sebenarnya dah naik Broga ni beberapa kali. Banyak juga sebab Broga dengan rumah ni sekangkang kera ja. Tapi macam biasa, gambar selalu peram dalam handphone sampai handphone rosak. Jadi sebelum kejadian lama berulang lagi kita simpan dalam blog sebagai memori. Kahkah. Poyo lagi.
BUKIT BROGA SEMENYIH
Pagi sampai tu terus masuk dalam kawasan parking kelapa sawit ni. Pusing-pusing 4,5 kali tak dapat juga parking. Aduh. Lepas tu pulak termasuk lorong parking manusia yang pentingkan diri. Boleh block jalan keluar hujung satu lagi.
Dah satu hal kena reverse jauh.
Takpelah. Sabar.
Parking luar tepi jalan raya atau parking dalam ladang sama je. Sama-sama kena bayar Entrance Fee (per person). Setiap orang RM1. So nak lagi selamat & ada ruang, parking je kat dalam.
Padahal kan baru balik dari Maldives. Muka sedia sunburn, lepas tu tambah lagi naik bukit masa panas. Dah macam buntut kuali.
Tapi keyakinan untuk wefie itu tetap ada okeh!
Tudung yang sama versi dah tak sunburn + lighting on point + filter handphone. Gila flawless. Hahaha.
View masa mendaki. Belum sampai lagi okeh.Tapi naik lambat, matahari pun dah mula naik.
Nampak taman-taman perumahan.
Semenyih 10 tahun dulu banding dengan 10 tahun lepas banyak sangat perbezaan dia. Bagi aku cepat sangat naik pembangunannya. Masa mula-mula pindah sini rasa tenang je. Ada jem sikit-sikit itu pun kat Pekan Semenyih hari Ahad pagi & petang.
Dulu-dulu ayah aku boleh merempit hantar aku balik Sekolah Teknik Kajang dari Beranang setengah jam je sampai. (Tapi lepas tu urut dada marah aku "Lepas ni jangan lambat siap lagi!". T_T).
Sekarang jangan harap dapat setengah jam. Nak lalu Pekan Semenyih pun dah hazab. Dengan lampu trafik berbelas point. Makan nasi lemak sepinggan pun boleh habis. Now nasib baik ada Highway Lekas. Lekas sikit sampai Kajang. Hiks :D
Ops, nampak pulak tanah botak. Nak buat taman baru lagi lah tu.
By the way, Broga ni pernah tutup sekejap. Tak pasti kenapa. Bila dah buka semula, jalan naik dah lain sikit. Orang kata ada jalan lain nak naik. Aku pun tak pasti. Aku ikut je orang ramai.
Tapau McD nak makan kat atas bukit.
Naik sampai 1st Peak saja.Tak larat rupanya aku nak naik bukit lagi. Last time masa naik Bukit Gasing bukan main brag kata fit, tak mengah langsung. Hari tu Broga je dah surrender 4,5 kali berhenti cari nyawa tengah jalan. Kahkah. Epa steady je.
Punyalah pelik, apesal teruk sangat stamina aku? Makin gemuk ke apa? Kemudian baru teringat, masa naik Bukit Gasing tu, aku memang rajin walking keliling taman teman mak. Boleh kata setiap minggu, Sabtu Ahad buat. Itu yang kuat sikit.
Lepas tu lama tinggal. Terus down stamina.Itulah, benda kena disiplin baru jadi rutin kan? Nampak gaya kena start balik walking & jogging nak build stamina. Kalau tak nanti naik tangga tingkat 3 pun penat (akulah tu).
Kat bawah celah-celah stacking pokok-pokok tu ada orang tau! Nampak tak hujung sana tuuuuuuu?
Tak tahu ikut mana naik, tengah aku berangan-angan tangkap gambar atas batu mengadap situ, dengar suara orang menjerit-jerit gelak. Terer betul cari jalan.
Tapi serious ada part yang cantik atas ni. Dulu pun Dr. Syed Muzaffar & Dr. Halina buat photoshoot wedding atas ni kan?
Jom turun!Tak larat nak naik sampai Gunung Tok Wan.
Nak naik dan turun, ada certain part yang agak tricky dengan laluan baru ni (berbanding laluan lama dulu). Lebih banyak yang curam dan memang perlu gunakan tali. Dan paling ketara, di kaki bukit ada gerai minum air kelapa. Kat situ kena bayar lagi RM1/person. Keseluruhan RM2/person.
Ada tambahan Gerai Bunian (wow sangat nama), ada tempat makan, toilet yang lebih senonoh dan mini zoo. Mini zoo tu ada kambing & binatang ape entah. Boleh beli pallet dan feed kambing tu. Ada juga jual susu kambing fresh.
Siap dukung anak okeh!Yang pakai selipar je pun ramai. Laju steady je naik turun.
For your information about Bukit Broga:Bukit Broga diambil dari nama Pekan Broga yang terletak hanya 2km berbanding dengan 8km dari Pekan Semenyih.Ketinggi sederhana, hanya 400m dari paras laut.Dari Seremban boleh melalui Pekan Lenggeng - Pekan Ulu Beranang - Pekan Broga dan ke Bukit Broga atau melalui Pekan Pantai - Pekan Lenggeng - Pekan Ulu Beranang - Pekan Broga. Dari Cheras boleh melalui Saujana Impian Kajang susur keluar Pekan Semenyih.Paling mudah ikut Lebuhraya Lekas exit Semenyih.
Tengahari makan pula di Restoran Rimba Buluh Semenyih. Ke Nasi Lemak Rimba Buluh? Lebih kurang macam tu lah nama dia. Specialty nasi lemak dalam buluh katanya.
Tapi tengahari ada jugak goreng-goreng.Pagi bakar lemak, tengahari tambah lemak. Apeadekes, esok-esok bakar lemak lagi *entahbilalagi T_T
Nasi Goreng USA. Not bad.
Sotong Goreng Tepung.Dah macam cekodok sotong. Biasa-biasa je.
Yang specialty Nasi Lemak Buluh tu tak rasa lagi. Esok-esok aku dah try aku bagitahu okeh?
Baca lagi apa ada di Semenyih:Adventure Park & South Creek Tarikan Terbaru di Semenyih BeranangBangi Wonderland Tarikan Terbaru di Bangi LamaCanda Gurau di The ParC, Setia Eco Hill SemenyihKedai Nasi Arab AlReef SemenyihNasi Ayam Beratur SemenyihMasakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2019/08/mendaki-bukit-broga-semenyih.html