Aktiviti Play Tourist Di Sekitar Pekan Ipoh


Aktiviti Play Tourist Di Sekitar Pekan Ipoh | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Sebagai ibu bapa setiap kali cuti hujung minggu pasti otak aktif memikirkan aktiviti yang mahu dilakukan bersama keluarga terutama anak-anak.
Tapi bukan semua orang mampu berbelanja ke mana sahaja mereka mahu pergi kan. Kadang-kadang Sha sendiri pun tidak selalu ada bajet untuk keluar berjalan-jalan. Maklumlah selangkah kita keluar dari rumah, kos belanja pun bermula.
Walaubagaimanapun semuanya terpulang pada diri kita bagaimana untuk mengawal perbelanjaan ketika bersiar-siar bersama keluarga. Pernah Sha dengar kawan sendiri cakap sebab apa dia tak suka keluar rumah, sebab setiap kali keluar pasti akan habis Rm 100 walaupun dia hanya berdua suami isteri. Jadi Sha pun tanyalah apa yang mereka belanjakan hingga habis banyak walaupun hanya menonton wayang berdua. Rupa-rupanya mereka banyak belanja di kaunter makanan panggung wayang.
Disini kita boleh ambil contoh bagaimana dan dimana yang kita boleh jimatkan duit supaya tidak membazir. Pernah Sha baca satu perkongsian cara berjimat dengan cara makan di rumah sebelum keluar rumah. Sha pasti ramai yang bersetuju, kos makan adalah kos paling banyak dikeluarkan ketika di luar rumah.
Aktiviti Play Tourist Di Pekan Ipoh

Baru-baru ini Sha dan suami kebuntuan idea untuk membawa anak-anak bercuti. Niat di hati memang tak nak pergi jauh disebabkan masa yang pendek. Memang membosankan dan sedikit tertekan bila perlu fikir ke mana nak pergi bila di tempat sendiri. Sha pulak memang bukan jenis suka masuk mall.

Tapi duduk rumah bila semua urusan rumah selesai bosanlah pulak !
Akhirnya timbullah idea untuk Play Tourist di Pekan Ipoh. Maklumlah bila suami sendiri lahir dan membesar di Ipoh, bagi dia tak ada yang menarik untuk dia kunjungi. Tapi Alhamdulillah setakat ini suami memang setuju dengan isteri dia yang satu ini. Bila idea dah lulus apa lagi, geraklah kami ke Pekan Ipoh.

Keluar hujung minggu kali ini memang Sha bajet makan malam di luar sahaja. Jadi kami keluar waktu petang selepas makan tengah hari di rumah. Jadi kita jimatlah kos makan tengah hari di luar. Manakala kos jalan-jalan sekitar Pekan Ipoh ini adalah percuma kecuali isi minyak keretalah.
Jalan-jalan di Concubine Lane IpohKorang percaya tak? Walaupun rumah tak jauh sangat dari sini tetapi Sha jarang sekali datang ke sini. Selalu sahaja tengok instafemes, pempengaruh datang ke sini namun tidak ada keinginan terlalu tinggi untuk bersesak di lorong ini. 
Tapi hari itu demi merealisasikan Play Tourist kami sekeluarga Sha gagahkan juga ke sini. Walaubagaimanapun bukanlah rasa terpaksa sebabnya nanti kita nak seronok-seronok jadi stress pula kan? Jadi kami dah tetapkan minda untuk play tourist maka kenalah enjoy dengan masa yang ada.
Di Concubine Lane ini korang akan jumpa pelbagai gerai yang unik terutamanya makan. Ada beberapa gerai makanan yang ada di sini memang viral seperti Raindrop Cake atau kuih Titisan Hujan. Selain itu terdapat gerai cendol, Rainbow Jelly Ball, gerai air Ban Cho dan pelbagai lagi makanan berwarna-warni di sini.
Kuih Titisan Hujan






Selain makanan di Concubine Lane juga meriah dengan gerai cenderamata. Jadi bagi pelancong luar yang singgah ke Ipoh atau Concubine Lane yang menyimpan niat nak membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan bolehlah dapatkannya di sini sahaja. Antara cenderamata yang ada di sini macam biasalah yang wajib ada adalah key chain dan fridge magnet.

Jalan-Jalan Sekitar Pekan
Kami tak luang banyak masa sangat di Concubine Lane memandangkan lorong itu terdapat ramai orang, disebabkan tak nak bersesak jadi kami jalan terus dan keluar bergambar di sekitar luar lorong itu pula. Di kawasan ini sangat sesuai untuk korang yang suka ber OOTD. Hal ini kerana banyak tempat yang korang boleh lepak bergambar termasuklah dinding bangunan lama yang ada


Gambar ini merupakan gambar bangunan sekitar pekan semasa Sha sedang berjalan menunju ke Cimb Bank Jalan Sambathan. Korang bayangkanlah kami empat beranak duduk melepak tepi jalan kaki lima bank sambil tengok kereta lalu lalang. Selepas puas duduk kami bangun dan melintas jalan menuju ke Padang Ipoh



Untuk korang yang merancang datang ke sini, korang boleh parkir kereta di mana-mana yang sesuai dan mulakan perjalanan dengan berjalan kaki. Jadi korang rajin-rajinlah masuk setiap lorong kerana setiap lorong pasti ada yang menarik. Bagi yang memang suka fotografi memang sesuai sangatlah, korang mesti banyak idea nak ootd.


  Planning Sebelum Jalan Sha sebenarnya tak ada dalam kepala pun nak mula dari mana dahulu, tapi nasib baik suami orang Ipoh je jadi harapkan dialah. Tambah pula petang itu suami tak cakap pun dia setuju nak play tourist, tetiba sahaja dia masuk parkir depan Masjid Negeri Perak. Selepas parkir dia ajak turun

"Jomlah, tadi kata nak play tourist!"
Alahai suami dengan tak sedia dengan kameranya, hanya berbekalkan telefon bimbit sahajalah. Yang paling tak tahan sampai sini baru suami Sha sedar dia tak bawa dompet pun. Lagi tambah kalut telefon bimbit dia nak habis bateri.
 
  
Belakang OCBC Bank Ipoh

  Antara tempat yang korang boleh singgah rehat dan lepak di sini adalah Padang Ipoh. Kalau korang nak tahu Sha sekeluarga kerap luangkan masa di sini, maklumlah tempatnya selesa nak bawa anak berlari-lari. Deretan kedai di tepi Padang Ipoh ini juga terdapat kedai kegemaran Sha iaitu Nin's Cabin Cafe.

 Agak mudah parkir di depan Masjid Negeri ini kerana boleh dikatakan jalan dalam bulatan. Masjid Negeri ini berhadapan dengan Menara Jam Birch Memorial. Selepas penat berjalan sebelum pulang boleh repeat bergambar di kawasan menara jam ini. Agak ramai juga pengunjung di sini jadi bila selesai ambil gambar kena bagi peluang pada orang lain pula.




Aktiviti Bersama Keluarga Di Ipoh
Bagi korang yang ketandusan idea untuk bawa anak-anak berjalan-jalan bolehlah play tourist di mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Tambah pula tempat yang percuma untuk dikunjungi di Ipoh ini, dapatlah berjimat tapi enjoy!
Nanti Sha kongsi dengan korang tempat lepak di Ipoh pada waktu malam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/06/aktiviti-play-tourist-di-sekitar-pekan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysians Indians Lead Tourist Rush To Thailand

Malaysians Indians Lead Tourist Rush To Thailand

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 376 hits
Thailand hopes to attract 7 5 million foreign visitors this year with the scrapping of pre travel registration and mandatory medical insurance from July 1 BANGKOK Indians and Malaysians are leading a tourist rush to Thailand after it relaxe...
Israel Sedang Giat Menggali Lubang Di Sekitar Masjid Al Aqsa

Israel Sedang Giat Menggali Lubang Di Sekitar Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 237 hits
Israel dilaporkan sedang giat melakukan kerja kerja penggalian yang mencurigakan di sekitar Masjid al Aqsa Menurut Majlis Wakaf Islam Hal Ehwal dan Tanah Suci kerja kerja penggalian itu sedang dijalankan di kawasan bersebelahan dengan kawas...
Onus On Malaysian Companies To Play By Us Rules Says Zuraida

Onus On Malaysian Companies To Play By Us Rules Says Zuraida

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 220 hits
US Customs and Border Protection had previously slapped withhold release orders against Malaysian palm oil and rubber glove imports over forced labour claims PETALING JAYA Malaysian companies have been told to take note of a US border agenc...
Celebrate 90 Years Of Play With Lego At Legoland Malaysia Resort

Celebrate 90 Years Of Play With Lego At Legoland Malaysia Resort

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 238 hits
Among the best places to visit is Legoland The perfect place for entertainment for the whole family Although I ve been here twice I still haven t had time to explore because there are some places I haven t had time to enter If there is more...
How And When To Play The Religious Card In Politics

How And When To Play The Religious Card In Politics

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 198 hits
We have yet another controversy regarding what some religious experts think Muslims should or shouldn t do This time it s about a seemingly obscure Japanese festival called Bon Odori that s been celebrated in Japan for centuries and for at ...
With Covid Going Away Everything Else Is Coming Out To Play

With Covid Going Away Everything Else Is Coming Out To Play

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 266 hits
Coughing sneezing and having a fever Well good news is that it may not be Covid Looking at the reported numbers over the past few weeks one can perhaps make a reasonable guess to say that overall Covid 19 seems to not be so worrisome any mo...
Sekitar Di Masjid Ansor Adibah Noor Sudah Tiada

Sekitar Di Masjid Ansor Adibah Noor Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 214 hits
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton sudi LIKE sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI Portal https www budiey com Instagram https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http
Inisiatif Kitar Semula Melalui Aeon Bekerjasama Dengan Kloth Cares Untuk Melindungi Alam Sekitar

Inisiatif Kitar Semula Melalui Aeon Bekerjasama Dengan Kloth Cares Untuk Melindungi Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 234 hits
PROTECT OUR PLABETKewajiban kita bersama untuk menjaga alam sekitar kita bersih dari sampah sarap yang di buang merata Tahukah Anda sebenarnya setiap sampah yang di buang tidak kiralah pakaian buruk kain buruk barang barang elektrik yang ro...
Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel Hotel Unik Di Ipoh Perak

Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel Hotel Unik Di Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 635 hits
hai assalammualaikumBest Menginap Di Ipoh Bali Hotel Unik Punya Hotel Di Ipoh Perak Pernah sebelum ni nad dengan keluarga kecil nad menginap di waktu ni suami ada kerja dekat sana dia angkut sekali keluarga dia pergi sana Tapi waktu dengan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat