Aktiviti Berkebun Pada Cuti Hujung Minggu
AKTIVITI BERKEBUN PADA CUTI HUJUNG MINGGU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Buat apa tu? Tentu busy dengan persiapan esok hari, al-maklum anak-anak akan mula bersekolah selepas seminggu bercuti manakala kita yang bekerja mahu pun surirumah atau pelajar akan mula menjalani rutin harian seperti biasa..
Enjoy the little things
Al-kisah Sabtu lalu hujan turun pada sebelah pagi.. Pada ketika itu juga saya sedang membersihkan halaman rumah (itu pun nak cerita kaaa..)..
Maaf tunjuk penyapu supaya nampak real, opsss melampau!
Selain menyapu, pagi itu sebenarnya saya plan untuk meninjau pokok-pokok yang saya tanam di halaman rumah. Saya juga bercadang tukar pasu bunga orkid memandangkan pokok orkid itu hanya sekali berbunga, mungkin merajuk kot.. Memang padanlah pokok orkid merajuk sebab saya tak pernah tumpukan perhatian pada pokok orkid.. Kesian, dibiarkan bagai hidup segan mati tak mahu..
Selesai saja pokok orkid saya pindah ke pasu baru, hujan terus turun dengan lebat so tak dapat ambil gambar sebab pokok orkid telahku letak di hujung sebelah pagar.. Lain kali saya post perkembangan abandon orkid tersebut di post akan datang..
Kata orang dah alang-alang, saya terus belek setiap tanaman di halaman rumah dari satu pasu ke satu pasu.. Dalam cuaca hujan sejuk pun berpeluh juga dibuatnya..
Pokok strawberry, pokok daun cekur, pokok pelam hybrid, anak pokok lemon, pokok daun pandan
Untuk pengetahuan, saya pernah post pokok-pokok saya tanam di halaman rumah di entry ini : My gardening mood is back.. Tiada pokok baru, kebanyakkan pokok yang ada sekarang dari Cameron Highlands.
Pokok daun sup dan pokok daun kesumPokok limau purut dan rosemary
Sebelum ini cuaca sangat panas jadi semua pokok kering walaupun saya siram pagi dan petang.. Antara pokok yang terjejas teruk ialah pokok daun kesum dan daun sup.
Ini pula saya sedang tanam semula pokok bunga kertas menggunakan keratan batang pokok bunga kertas yang sudah tua.. Alhamdulillah, keratan batang pokok kertas mulai berdaun.. Selepas ini saya bercadang untuk kumpul spesis bunga kertas yang akan ditanam dalam pasu memandangkan penjagaan pokok bunga kertas sangat mudah.
Di sebelah pasu pokok bunga kertas adalah anak pokok lemon.. Sebelum ini daun anak pokok lemon diserang ulat tetapi saya berjaya mengatasi masalah serangan ulat dengan racun organik. Lihatlah daun pokok lemon juga mula mengeluarkan daun baru..
Anak pokok bunga kertas dan pokok lemonPokok bunga kertas
Inilah induk pokok bunga kertas yang saya pangkas setiap dahannya untuk tanam semula.. Tak sangka ia mula mengeluarkan daun baru. Kalau lihat pada keadaan fizikal batang pokok bunga kertas ini memang saya jangka ianya tak akan hidup lama kerana sudah mulai reput setanding dengan usianya yang sudah lebih dari 10 tahun. Bila saya gembur tanahnya dan tambah tanah baru ia mulai subur semula dan mengeluarkan bunga..
Saya sayang pokok bunga kertas ini, ianya pokok bunga kertas satu pokok ada 2 warna iaitu oren dan peach.
Bunga kertas atau bougainvillea
Berikut pula spider plant.. Spider plant ini mula membiak mengeluarkan anak pokok dan bunga.. Ini merupakan anak dari pokok induk yang saya beli di Cameron Highlands. Ia sudah mulai membiak dan dah banyak saya tanam dalam pasu sebagai pokok hiasan dalam rumah.
Related post : Inspirasi pokok hiasan dalam rumah
Spider plant
Ini pula updates tentang pokok bunga ros yang baru saya cantas.. Masih belum berbunga tetapi sudah mula mengeluarkan daun baru dan rose buds.
Pokok bunga ros, cactus, anak pokok daun pandan, pokok orkid dan epipremnum aureum
Begitulah perkongsian cerita saya tentang hobi gardening during weekend. Jika pembaca lihat, kebanyakkan pokok saya tanam untuk digunakan dalam masakan. So lepas ni tak perlulah beli daun kesum, daun kari, daun pandan atau daun sup. Kalau teragak nak grill ayam ala Kenny Rogers pun boleh petik daun rosemary di halaman rumah.
Okay, sebelum berakhir ada tak antara pembaca suka menanam pokok untuk mengisi masa lapang? Kalau ada sudilah kongsi cerita di ruangan komen.. Kepada pembaca lain juga saya mengalu-alukan komen anda..
Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byee...
Regards,
Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ladyinredplanner.blogspot.com/2019/08/aktiviti-berkebun-pada-cuti-hujung-minggu.html