Aktivis Muda Dakwa Otai Refomis Buat Rancangan Sulit Desak Dr M Berundur



(FMT) – Sebuah kumpulan aktivis anak muda hari ini membuat laporan polis terhadap kumpulan Otai Reformis, yang mendesak peralihan kuasa Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.
Pengerusi Angkatan Baru, Muzzammil Ismail berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, wujud rancangan dan mesyuarat sulit dilakukan kumpulan aktivis pro-Anwar itu untuk menggulingkan pentadbiran perdana menteri.
“Sepatutnya perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Mereka perlu berlapang dada dan berjiwa besar menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat.
“Apabila ada desakan dari pihak tidak bertanggungjawab, ia akan memberi kesan tidak baik pada kestabilan politik dan kerajaan PH sendiri,” katanya sewaktu ditemui FMT, selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pantai.
Terdahulu, Otai Reformis mendakwa tidak ada yang boleh dibanggakan selepas setahun setengah Mahathir memegang tampuk pemerintahan kerajaan PH dan menggesa peralihan kuasa berjalan dalam kadar segera.
Pengerusinya, Idris Ahmad berkata, sehingga ke hari ini kebanyakan menteri Kabinet “dipegang” oleh Mahathir hinggakan tiada yang berani menyuarakan mengenai tarikh peralihan kuasa.
Dalam laporan polis yang dibuatnya, beliau mendakwa Otai Reformis mengadakan pertemuan khas dengan pertubuhan tertentu untuk membentuk satu gerakan besar-besaran di seluruh negara bagi mendesak Mahathir meletakkan jawatan dengan segera.
“Kaedah digunakan Otai Reformis ini serupa seperti apa yang mereka laksanakan pada 1998. Ketika itu, mereka menghasut rakyat, mengundang campur tangan asing, menjayakan siri demonstrasi terhadap kerajaan diterajui Mahathir,” katanya.
Muzzammil menambah, Mahathir sendiri secara terbuka menyatakan akan menyerahkan tampuk kepimpinan pada Anwar dalam keadaan baik dan sewajarnya Otai Reformis menghormati kaedah yang diguna pakai.
“Kalau semua orang bertenang, tidak lakukan provokasi dan tidak bertindak keras, kita percaya peralihan kuasa berjalan baik. Kita minta polis mengawal sekiranya terdapat unsur fitnah dan adu domba.
“Kita juga meminta polis mengawal atau membuat kekangan terhadap pihak-pihak yang cuba untuk merosakkan keharmonian dalam PH. Desakan serius ini menyebabkan imej Mahathir teruk terjejas, khususnya di mata rakyat,” katanya.
Ketika ditanya, adakah Angkatan Baru yang terdiri daripada anak muda mahu menentang Otai Reformis, yang pengikutnya lebih berusia, Muzzammil berkata, kumpulannya membawa agenda politik matang, bukannya menggunakan kaedah kekerasan.
“Kita mahu pemimpin-pemimpin yang ada ini duduk berbincang, tidak mahu sebarang desakan-desakan bersifat kekerasan. Kita mahu perbincangan dalam bentuk meja bulat, kita harapkan transisi peralihan kuasa berjalan baik,” katanya.
Pada 14 Januari lalu, Mahathir menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan jika presiden parti dalam PH memintanya berbuat demikian.
Tarikh peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar terus menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini susulan tempoh 2 tahun yang disebut-sebut sebelum ini hampir tamat.
Namun Anwar sebelum ini menggesa semua pihak dalam PH tidak membincangkan soal peralihan kuasa secara terbuka, susulan gesaan pimpinan PKR mendesak Mahathir melepaskan jawatannya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/01/24/aktivis-muda-dakwa-otai-refomis-buat-rancangan-sulit-desak-dr-m-berundur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Setuju Desak Tun Berundur Sila Kosongkan Jawatan Kabinet

Yang Setuju Desak Tun Berundur Sila Kosongkan Jawatan Kabinet

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 502 hits
Ujud kekosongan jawatan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri di JPM kenapa tidak diisi segera Bagaimana kalau kekosongan Menteri Pendidikan diberi kepada MP UMNO dan Timbalan Menteri di JPM diberi kepada MP PAS yang sokong BERSATU Ada se...
Silap Besar Bila Desak Tun Berundur

Silap Besar Bila Desak Tun Berundur

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 378 hits
Pertamanya puak mana tu yg desak berapa lori dia ada pengaruh dan kekuatan Takkan budak mentah revoke tu yg kata nak bersara dari politik tiba jadi batu api Sebenarnya puak ini hanya berharap rakyat bangun dan sokong mereka turun di jalanra...
Otai Reformis Akur Arahan Anwar Tetapi Tetap Mahu Dr M Berundur Mei Ini

Otai Reformis Akur Arahan Anwar Tetapi Tetap Mahu Dr M Berundur Mei Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 274 hits
Kumpulan Otai Reformis akur dengan arahan Anwar Ibrahim yang menggesa semua pihak termasuk parti komponen Pakatan Harapan supaya tidak membincangkan isu peralihan kuasa jawatan perdana menteri secara terbuka Setiausahanya Abdul Razak Ismail...
Tiada Yang Boleh Dibanggakan Otai Reformis Ulas Tempoh Dr M Pegang Ph

Tiada Yang Boleh Dibanggakan Otai Reformis Ulas Tempoh Dr M Pegang Ph

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 339 hits
Kumpulan aktivis Otai Reformis berkata tiada yang boleh dibanggakan selepas setahun setengah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memegang kerajaan Pakatan Harapan Pengerusinya Idris Ahmad berkata begitu juga dengan prestasi Kabinet yang dip...
Anwar Ibrahim S Otai Reformasi Attacks Dr Mahathir And Pushes For His Ouster

Anwar Ibrahim S Otai Reformasi Attacks Dr Mahathir And Pushes For His Ouster

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 402 hits
Pro Anwar Ibrahim group Otai Reformis says there is nothing to be proud of in the past 20 months that Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has led the country Otai Reformis chairman Dr Idris Ahmad said the same could be said for the performan...
Otai Ajak Ke Jalan Raya Tuntut Mahathir Kotakan Janjinya

Otai Ajak Ke Jalan Raya Tuntut Mahathir Kotakan Janjinya

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 204 hits
Malam semalam telah berlangsung program bual bicara Dr M Letak Jawatan Mei 2020 anjuran Otai Reformasi di Restoran Amjal Jalan Pantai Baru KL Program yang dimoderatorkan oleh Zanirun Baba itu menampilkan ahli panel terdiri daripada Dr Idris...
Rentasan Mingguan 055 Panas Otai Reformis Dedah Janji Tun Mahathir

Rentasan Mingguan 055 Panas Otai Reformis Dedah Janji Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 268 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 055 1 PERALIHAN KUASA ELAK KERAJAAN SEPENGGAL 2 WUJUDKAH DAULAH TERPENDAM DALAM PAKATAN HARAPAN 3 TAK SALAH PEMBERIAN KHAS RM50 000 DAN MERCEDES BENZ 4 KUOTA HAJI PUN NAJIB NAK BOHONG Layari Facebook kami unt...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo