Aktifkan Fungsi Flex Mode Pada Galaxy Z Flip3 5g
Aktifkan Fungsi Flex Mode Pada Galaxy Z Flip3 5G | Assalammualaikum semua! Flex Mode adalah teknologi inovasi Samsung untuk siri telefon yang boleh dilipat mereka. Ia memberi impak yang besar kepada semua pengguna Samsung Galaxy Z Flip3 5G.
Melalui tetapan Flex Mode, pengguna dapat menggunakan telefon baru mereka dengan lebih bergaya dan tidak berharap kepada monopod, tripod atau bantuan orang lain.
Aktifkan Fungsi Flex Mode Pada Galaxy Z Flip3 5G
Terima kasih kepada Flex Mode pada Galaxy Z Flip3, anda boleh menggunakan telefon bimbit bebas tangan dengan meletakkannya di permukaan rata. Mengambil gambar selfie dengan sudut baru, membuat panggilan video, atau menangkap gambar tanpa menggunakan tripod dengan mudah. Ia memberi pengalaman kamera anda ke tahap yang baru.
Untuk menjadikan pengalaman Galaxy Z Flip3 anda lebih baik, inovasi fungsi UI baru yang membahagi antara muka pelbagai aplikasi menjadi separuh, meletakkan pandangan di atas dan kawalan di bahagian bawah, menjadikan telefon anda mudah digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan
Untuk mengaktifkan Flex Mode, buka telefon pintar Galaxy Z Flip3 5G
1. Klik bahagian Settings. Anda akan lihat paparan seperti dibawah
2. Klik Advanced Features.
3. Scroll ke bawah sehingga anda jumpa Labs. Klik Labs
4. Kemudian anda akan dibawa ke bahagian seperti gambar di bawah. Klik Multi window for all apps. Kemudian klik Flex mode panel untuk memilih aplikasi apa yang anda ingin gunakan dalam Flex Mode.
5. Dibahagian Flex mode panel anda akan nampak semua aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar anda. Pilih aplikasi yang benar-benar anda ingin gunakan dalam Flex Mode. Tahu tak bahawa ada beberapa build in apps dari Samsung telah diset sebagai Support Flex mode? Jadi anda tidak perlu set kamera, kalendar, galeri, Google Duo, Samsung Free, Samsung Internet dan Youtube
Mudah kan? Siap dah aktifkan Flex Mode kepada beberapa aplikasi yang Ruby sering guna. Terima kasih Samsung untuk teknologi ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/09/aktifkan-fungsi-flex-mode-pada-galaxy-z.html