Aksi Bayi Kembar Ini Tidak Sedar Sudah Di Lahirkan Lihat Reaksi Comel Mereka
Bayi Kembar Ini Tidak Sedar, Sudah Di Lahirkan. Lihat Reaksi Comel Mereka. BAYI KEMBAR TIDAK SEDAR DILAHIRKAN. Agaknya, macam ini agaknya kita bila berada dalam perut ibu. Subhanallah, tersenyum sendiri bila tengok video ini. Boleh menitis air mata.
Dikatakan, video ini diambil oleh seorang jururawat bernama Rochel dari Perancis yang kagum bilamana anak kembar ini tidak melepaskan pelukan mereka antara satu sama lain. Teknik unik ini digunapakai setelah bertahun-tahun menyambut bayi di Clinique de la Muette. Juga dipanggil teknik ‘Baby Spa’, ia merangkumi proses mengurut dan memegang perlahan bayi di tempat mandian selama 10-15 minit tanpa sabun.
Walaupun nampak cukup relaks, usah cuba di rumah sendiri!
Selamat menonton.
baby twin
Artikel Berkaitan
Guna Ubat Jerawat ‘Terlarang’ Sebelum Hamil, Bayi Lahir Cacat Telinga
Bahaya membeli produk kecantikan atau ubat terlarang secara online sering dianggap remeh. Siapa sangka, walaupun telah berhenti menggunakannya sebulan sebelum hamil, kesannya tetap ada. Lebih menyedihkan, kesannya diterima oleh bayi yang dikandungkan sehingga cacat bahagian telinga.
Menurut Public Health Malaysia, seorang bayi yang baru dilahirkan telah dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga.
Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh di lihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan tidak mempunyai lubang telinga.
Siasatan lanjut mendapati ibu bayi malang tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil.
ACNOTIN SERING DIGUNAKAN SEBAGAI UBAT JERAWAT
Acnotin atau produk Isotretinioin ini merupakan salah satu ubat anti jerawat yang sering digunakan. Walaupun ia berkesan mencegah dan menghapuskan jerawat, penggunaannya tanpa prekripsi dan pemerhatian doktor adalah merbahaya disebabkan risiko teratogenik, iaitu kecacatan bayi.
Kecacatan ini di namakan sebagai Isotretinin Embryopathy. Selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah. Tulang dan struktur wajah. Sumbing. Masalah sistem saraf. Merangsang IQ bayi dalam kandungan
FAKTA TENTANG ACNOTIN
Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952. Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar
Isotretinoin mempunyai kesan sampingan TERATOGENIK dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.
50 LAMAN WEB & MEDIA SOSIAL YANG MENJUALNYA TELAH DIKENAKAN TINDAKAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) mengambil maklum tentang penjualan ubat terkawal produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial seperti Facebook atau melalui platform e-dagang seperti yang dilaporkan dalam media massa.
Bermula 2017 hingga November 2018, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Facebook, Google, pembekal domain dan web hoster.
KKM, turut menjalankan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat secara dalam talian bertujuan untuk memberi pendidikan kepada orang ramai tentang bahayanya pembelian ubat melalui cara tersebut.
Sumber: Sirap Limau
The post Aksi Bayi Kembar Ini Tidak Sedar, Sudah Di Lahirkan. Lihat Reaksi Comel Mereka. appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/aksi-bayi-kembar-ini-tidak-sedar-sudah-di-lahirkan-lihat-reaksi-comel/