Akif Ke Terengganu Bike Week 2019
Akif Ke Terengganu Bike Week 2019 | Semalam last day cuti sekolah. Kejap jer, arini anak anak dah pergi sekolah dah. Hari Jumaat abah bawak Akif balik kampung dengan motorsikal. First time la untuk dia balik kampung naik motor. Biasa balik dengan kereta kalini balik dengan motor. Umi, kakak dan abang iman duk umah jer sebab semalam Sabtu nak kena hantar kakak ke asrama. Kalau ikut jugak takut tak sempat nak hantar kakak. Sebab tu la Akif balik ngan abah jer.
Alang alang balik kampung abah bawak Akif ke Terengganu Bike Week 2019 yang diadakan kat Taman Awam Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Akif kalau bab motor memang dia suka la. Motorsikal berkuasa tinggi antara kesukaan dia selain bola sepak. Layan jer la gambar gambar dia semalam sepanjang misi jalan jalan sekitar Terengganu Bike Week 2019 . Umi tatau nak citer apa lagi sebab Umi takde kat situ.
Panas lit lit pon dia sanggup posing. Janji ada gambar ada kenangan untuk dia.
Bab bab motorsikal ni KakYa tak berapa nak ambik tahu sangat. Tapi En Hubby memang minat dan Akif pulak dah tunjukkan minat yang sama. Maka abah layan jer la.
Kalau tengok muka dia tu duk tahan panas gamaknya. Sabar la nak dah nak bergambar sangat. Janji posing tetap ON
Semua tempat dia nak posing. Ni nasib Umi tak ikut, kalau tak jenuh nak melayan dia posing. Ni abah dia la duk melayan.
Ni ntah apa pesen pon Umi tatau. Pesen penat ke apa ni. Pon boleh la
Posing la nak selagi boleh. Huhhh panas aih
Setiap tempat dia jalan kalau ada jer yang dia berkenan dia mintak la abah dia tangkap gambar
Nah .. gaya mutu keunggulan yang tak pernah tertinggal.
Sebenarnya banyak bebenor gambar gambar dia sepanjang kat sana semalam. Tapi Umi pilih mana Umi berkenan jer la sekeping dua selit kat entri sini. Kalau ikut dia berpuluh puluh ler gambar masuk sini.
Ok la tu jer la citer sebelum tamat cuti sekolah dak Akif. Kalini cuti seminggu tak pergi mana mana kecuali Akif jer balik kampung kejap. Abang Iman ngan kakak ada kem untuk UPSR dan PT3. Pastu ada banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan dan jugak kelas tambahan.. . sebab tu la kami tak jalan mana mana cuti kalini. Maybe lain kali kot bawak anak anak bercuti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2019/03/akif-ke-terengganu-bike-week-2019.html