Akibat Fatah Hamas Berpecah
Di Palestin, Fatah dan Hamas dua fikrah atau kelompok yang berbeza pandangan dalam perjuangan walaupun masing masing melaungkan jihad fisabilillah. Akibat berlainan fikrah, kedua-duanya berterusan berbalah sesama sendiri.
Akibat tidak bersatu itulah mereka menjadi lemah. Masing-masing berjuang untuk mengalahkan pihak yang lain. Keadaan itu diambil kesempatan oleh Israel untuk terus menekan rakyat Palestin.
Hamas adalah Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah yang bermaksud ‘Gerakan Pembebasan Islam’ adalah satu gerakan yang mula ditubuhkan pada 1987.
Sebenarnya gerakan ini pada asalnya dipelopori oleh Ikhwanul Muslimin dari Mesir yang sentiasa bagi bantuan pada perjuangan Palestin sejak Perang Arab-Israel 1948 lagi. Ikhwanul Muslimin adalah gerakan Islam yang muncul pada 1928 dengan membawa ideologi Islam di Mesir.
Lepas Perang Arab-Israel 1948, Ikhwanul Muslimin mula bergerak di Gaza dan Tebing Barat. Sheikh Ahmed Yassin sendiri aktif dalam gerakan ni. Akhirnya pada 1987, Hamas ditubuhkan dan Sheikh Ahmed Yssin dilantik sebagai pemimpin spiritualnya (Mursyidul Am).
Ideologi gerakan ini agak berbeza dengan pertubuhan lain sebab mereka membawa Islam dan jihad dalam dasar mereka.
Bagi Hamas, perjuangan membebaskan Palestin adalah tanggungjawab semua umat Islam di dunia ini. Hamas juga yakin yang perjuangan menentang Zionis adalah perjuangan untuk hidup dan bukannya hanya merebut sebuah negara.
Walaupun begitu, Hamas masih mengiktirafkan kebebasan beragama terutamanya kaum Kristian di Palestin.
Fatah pula ditubuhkan lebih awal iaitu pada tahun 1959 oleh Yasser Arafat dan rakan-rakannya. Pertubuhan ni mula masuk politik pada 1965 dan lepas tu menyertai Palestine Liberation Organization (PLO) pada 1967. PLO adalah gabungan pelbagai parti dan organisasi di Palestin.
Pada asalnya, penubuhan Fatah juga dipengaruhi oleh Ikhwanul Muslimin. Tetapi bila Fatah banyak bergantung dengan sokongan negara-negara Arab lain, ideologinya mula berubah kepada sekular dan nasionalis.
Akhirnya pada 1960, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan yang mereka menentang dasar Fatah dan itulah perpecahan pertama antara para pejuang Palestin.
Pilihan Raya 2006 menyaksikan Hamas menenag 74 kerusi daripada 132 kerusi. Ini memberikan tamparan hebat pada Fatah yang sudah berkuasa di Palestin sejak tahun 1993.
Antara faktor yang menyebabkan Hamas menang adalah:
- Rekod Hamas yang bersih dari skandal rasuah, salah guna kuasa dan takde sebarang usaha dari parti ni yang nak berbaik-baik dengan Zionis Israel.
- Anggota dan aktivis Hamas terkenal dengan disiplin dan taat setia kepada pemimpin dan organisasi.
- Kerja-kerja kebajikan Hamas yang berkesan kepada masyarakat Palestin.
- Hamas jadi pilihan alternatif perjuangan atas dasar Islam kepada rakyat Palestin yang kebanyakannya dah kecewa dengan cara sebelumnya yang gagal memerdekan Palestin.
- Prinsip Hamas yang tak sekali-kali mengiktiraf negara Israel dan tegas menyatakan yang Israel adalah entiti haram yang ditegakkan di atas bumi Palestin yang berdaulat.
Semoga kedua-dua fikrah ini dapat bersatu demi Islam di Palestin yang turus diasak dan ditindas oleh Israel.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/ham.html