Akhirnya Pembelit Dah Terbelit



Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menulis...
Semalam buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mengulas mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dengan menyebut di dalam blog beliau: “Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti…”
Sebelum ini di dalam blog beliau pada 1 Mac 2020 juga Tun Dr Mahathir pernah menyebut: “Saya letak jawatan kerana… saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri.
Ada bagus juga tulisan Tun Dr Mahathir di dalam blog beliau kali ini kerana setidak-tidaknya beliau sudah kembali mengaku bahawa beliau memang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 itu.
Ini sudah satu peningkatan berbanding kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di hadapan para penyokong beliau di TH Hotel Alor Setar pada 18 Julai 2020 dalam mana beliau menyebut: “Tidak benar yang saya ini letak jawatan, saya terpaksa digugur.”
Begitu juga dengan satu lagi kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di Parlimen pada 13 Ogos 2020 dalam mana beliau menyebut: “Sebenarnya tak ada perletakan jawatan, saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaan, iaitu saya terletak jawatan”.
Dalam banyak-banyak perkara yang terdapat dalam buku beliau, saya boleh bersetuju dengan Tan Sri Tommy Thomas bahawa Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH kerana meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Saya juga boleh bersetuju dengan Lim Kit Siang yang hari ini menyesali sikap Tun Dr Mahathir yang masih enggan bertanggungjawab atas kesilapan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala beliau masih mendapat sokongan majoriti MP.
Dakwaan Tun Dr Mahathir semalam dan sebelumnya bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana PH telah hilang sokongan majoriti MP atau kerana beliau sendiri telah hilang sokongan majoriti MP adalah pembohongan semata-mata.
Turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku jelas mendedahkan mengenai pembohongan ini: 
(1) Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM pada jam 1:00 tengahari 24 Februari 2020. 
(2) Tan Sri Muhyiddin umum bawa BERSATU keluar daripada PH pada jam 2:04 petang 24 Februari 2020. 
(3) Datuk Seri Azmin Ali umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR pada jam 2:19 petang 24 Februari 2020

Tidakkah jelas daripada turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku bahawa PH belum hilang sokongan majoriti MP sewaktu Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin hanya umum bawa BERSATU keluar daripada PH dan Datuk Seri Azmin Ali hanya umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR selepas, dan sebagai akibat daripada, Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM?
Kalaupun Tan Sri Muhyiddin memang berhasrat untuk bawa BERSATU keluar daripada PH serta Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain memang berhasrat untuk keluar daripada PKR sekalipun, selagi perkara ini tidak berlaku PH masih belum hilang sokongan majoriti MP dan masih boleh melakukan banyak perkara untuk mengatasi kemungkinan kedua-dua perkara ini berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir tidak hantar surat perletakan jawatan sebagai PM.
Tun Dr Mahathir sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP sewaktu beliau hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin telah umum bahawa kesemua MP BERSATU tetap menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, begitu juga dengan Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain, malah MP-MP UMNO dan PAS pun, yang telah menyebut akan menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Hakikatnya ialah Tun Dr Mahathir mempunyai perancangan dan membuat keputusan sendiri tanpa merujukkan kepada kawan-kawan beliau di dalam PH untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala PH dan beliau sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP serta untuk kemudiannya mengetuai sebuah Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti yang sekali gus akan memberikan kuasa penuh tanpa sebarang gangguan daripada PH, khasnya PKR.
Itulah cerita sebenarnya yang selari dengan pendedahan Pegawai Media Tun Dr Mahathir bernama Shamsul kepada Tan Sri Tommy Thomas yang tiba di Pejabat Perdana Menteri pada jam 2.00 petang 24 Februari 2020 bahawa beliau hanya mengetahui keputusan Tun Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan sekitar jam 9.00 pagi hari itu dan bahawa beliau tidak fikir bahawa Tun Dr Mahathir ada berunding dengan sesiapa sebelum membuat keputusan tersebut.
Terang lagi nyata Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH.
TUN DR MAHATHIR: PEMBELIT YANG TERBELIT? Semalam buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mengulas mengenai perletakan...
Posted by Kamarul Yusoff on Wednesday, 3 February 2021


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/akhirnya-pembelit-dah-terbelit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Zarina Anjoulie Akhirnya Buka Mulut Beritahu Sebab Kenapa Dia Berceraii

Video Zarina Anjoulie Akhirnya Buka Mulut Beritahu Sebab Kenapa Dia Berceraii

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 462 hits
SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir
Rizal Ramli Akhirnya Menkeu Terbalik Kepepet Dan Jokowi Bisa Kepleset

Rizal Ramli Akhirnya Menkeu Terbalik Kepepet Dan Jokowi Bisa Kepleset

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 202 hits
Gaya pemerintah yang suka berutang secara ugal ugalan dengan bunga yang tinggi akhirnya berimbas kepada rakyat kecil Tokoh nasional DR Rizal Ramli mengatakan bahwa gaya Menteri Keuangan Sri Mulyani yang olehnya biasa dijuluki Menkeu Terbali...
Jadi Isteri Tak Sampai 24 Jam Fatin Akhirnya Pergi Jua

Jadi Isteri Tak Sampai 24 Jam Fatin Akhirnya Pergi Jua

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 255 hits
Benar kata pepatah Langit tak selalunya cerah mungkin boleh dikaitkan dengan situasi ini Kisah perkahwinan singkat ini benar benar meruntun jiwa rakyat Malaysia
Covid 19 Macam Macam Nasihat Saya Beri Akhirnya Saya Juga Salah Najib

Covid 19 Macam Macam Nasihat Saya Beri Akhirnya Saya Juga Salah Najib

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 235 hits
Firdaus AzilJanuari 30 2021 Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak sangka ada pihak menyalahkan dirinya kerana peningkatan kes sehingga menghampiri 6 000 semalam Gambar failKUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...
Jenazah Captain Afwan Akhirnya Teridentifikasi Aldha Haru Masyaallah Capt Nunggu Semua Keluar Dulu

Jenazah Captain Afwan Akhirnya Teridentifikasi Aldha Haru Masyaallah Capt Nunggu Semua Keluar Dulu

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 270 hits
Jenazah Captain Afwan pilot Sriwijaya Air akhirnya berhasil diidentifikasi Setelah semua awak dan penumpang ditemukan kini akhirnya jenazah Captain Afwan berhasil diidentifikasi Istri pramugara Sriwijaya Air Okky Bisma Aldharefa mengaku ter...
Kerap Terdengar T4ngisan Anak Kecil Akhirnya Jiran Tampil Buka Mulut Dedahkan Apa Yang Mereka Nampak

Kerap Terdengar T4ngisan Anak Kecil Akhirnya Jiran Tampil Buka Mulut Dedahkan Apa Yang Mereka Nampak

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 342 hits
Apabila anak saya melambai ke arahnya dan ajak bersembang dia tidak membalas dan segera masuk ke dalam rumah
Akhirnya Kes Video Azmin Haziq Bakal Ke Mahkamah

Akhirnya Kes Video Azmin Haziq Bakal Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 258 hits
Ramai rakyat Malaysia mula mengeluh Situasi politik dan keadaan ekonomi semakin teruk Umum sedia maklum politik yang stabil memacu ekonomi yang baik Tetapi perebutan kuasa di negara kita semakin menjadi jadi dan tidak lagi selindung selindu...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hilangkan Batuk Petua Tradisional Cara Moden Untuk Melegakan Tekak

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang