Akhirnya Pas Memuktamadkan Untuk Meletakkan Muafakat Nasional Dalam Muzium



Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, akhirnya menamatkan tandatanya sama ada PAS akan bersama Barisan Nasional atau PPBM dalam Pilihanraya Umum 15 nanti.
Sudah jelas lagi bersuluh, PAS akhirnya memuktamadkan keputusan untuk bersama PPBM dan walau pun tidak dinyatakan secara jelas, PAS telah meletakkan kerjasama politik antara UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional ke dalam muzium.
Tidak mungkin dapat diterima oleh UMNO dan akar umbi UMNO, ditakdirkan seandainya Barisan Nasional memenangi PRU 15 nanti, PAS mengubah keputusan untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan UMNO.
UMNO bukanlah barang mainan yang boleh diambil dan dibuang sesuka hati.
UMNO adalah wadah perjuangan dan maruah bangsa Melayu di bumi bertuah ini.
Seguris luka ditusuk ke kalbu UMNO, 3.4 juta ahli akar umbi UMNO merasakan bisanya.
Adakah akar UMNO kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh PAS?
Secara jujur memang kita akui ianya mengguris serta melukai hati dan perasaan akar umbi UMNO.
Ibarat isteri yang pernah kita ceraikan dalam jangka waktu yang lama sudah rujuk kembali, pastinya kita mengharapkan tautan kasih buat kali kedua ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Namun Allah SWT Maha Penentu segalanya.
Secara tiba-tiba, kasih yang baru terjalin semula itu terlerai juga biola isteri kita mengambil keputusan untuk meninggalkan kita dan menjalin kasih dengan teman baru.
Memang kita terluka, tetapi terluka tidak berarti kita kecewa.
UMNO pernah dikecewakan oleh PAS berpuluh tahun dahulu apabila meninggalkan Barisan Nasional dan ibarat menyiramkan garam ke atas luka tersebut, PAS bermesra pula dengan DAP yang menjadi musuh tradisi UMNO.
Kekecewaan kali kedua ini agak mudah untuk kita atasinya kerana kita pernah mempunyai pengalaman yang sama, malah ianya akan memberikan kekuatan kepada kita.

Apa yang sangat dikesalkan ialah, di manakah hati dan perasaan pemimpin PAS bila mengenangkan kembali bagaimana Dewan Merdeka PWTC dibanjiri oleh ribuan ahli PAS ketika Majlis Memeteraikan Piagam Muafakat Nasional disambut dengan airmata keikhlasan ahli UMNO dan PAS?
Tidak tersentuhkah hati pemimpin PAS bila mengenangkan bagaimana akar umbi UMNO dan ahli PAS berdakapan mesra sebagai tanda kesyukuran apabila ikatan ukhwah kembali terjalin?

Sudah hilangkah semangat perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air apabila mengingatkan kembali jutaan akar umbi UMNO dan ahli PAS sanggup berhujan dan berpanas di Dataran Merdeka ketika menentang ICERD?
Tulisan admin mengenai perhimpunan ICERD mendapat 'hit' melebihi 100,000.
Bukan admin hendak mengatakan tulisan itu 'superb', tapi apa yang admin hendak katakan di sini ialah bagaimana masyarakat Melayu Islam di negara ini amat menyokong dan mahu melihat sendiri penyatuan ummah walau pun tidak dapat hadir di Dataran Merdeka kerana jauh.
Baca di sini :
http://theunspinners.blogspot.com/2018/12/pdrm-anggarkan-lebih-197-juta-rakyat.html

Kalau penyatuan ummah menjadi topeng kepada strategi jahat pihak di sebelah sana dalam memecahbelahkan ummah, di manakah PPBM ketika kedaulatan Raja dan bangsa Melayu mahu dirobek melalui ICERD dan Statut Rom?
Bukankah mereka yang merperlekehkan dan menyindir dengan kata-kata nista terhadap perhimpunan ICERD?
Bukankah PPBM ketika itu adalah sebahagian dari kerajaan, malah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu juga datangnya dari PPBM?
Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, pernah berkata, kerajaan yang naik kerana fitnah akan tumbang dengan fitnah mereka sendiri.
Kini yakinlah, kerjasama yang tidak dipasakkan dengan keikhlasan dan kejujuran tetapi cuma bersendikan sandiwara, pasti akan terlerai dengan sandiwara mereka sendiri.
UMNO menghormati pendirian PAS.
UMNO tidak akan merayu supaya PAS kembali kepada UMNO.
Namun UMNO tidak akan mendahului takdir, seandainya di masa akan datang, PAS ingin kembali kepada UMNO, admin yakin tidak akan ada masalah untuk UMNO terima kembali, namun kemesraannya pasti akan berbeza.
UMNO boleh memaafkan namun akar umbi UMNO pasti tidak akan dapat melupakannya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/04/akhirnya-pas-memuktamadkan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Bidas Umno Kerana Menyimpang Dari Muafakat Nasional

Pas Bidas Umno Kerana Menyimpang Dari Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 505 hits
Malaysiakini PAS menolak mufakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional yang asal kata Presidennya Abdul Hadi Awang Ini susulan tekanan daripada Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dan Perikatan Nasional...
Masih Ada Ruang Kerjasama Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional Azlan Man

Masih Ada Ruang Kerjasama Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional Azlan Man

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 423 hits
Masih ada ruang kerjasama membabitkan UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional meskipun Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia terus memperkasakan hubungan di dalam Perikatan Nasional Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azlan Man berkata p...
Pas Tidak Akan Keluar Muafakat Nasional

Pas Tidak Akan Keluar Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 394 hits
PAS tidak menolak kerjasama dengan UMNO di bawah gagasan Muafakat Nasional sebaliknya hanya menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal MN Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad berkata demikian bagi menjelaskan ...
Pas Tinggalkan Muafakat Nasional

Pas Tinggalkan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 300 hits
Beliau berpendapat ia tentunya bukan satu keputusan yang tergesa gesa tetapi sudah pun diperhalusi beberapa hari oleh kedua dua kepimpinan BERSATU dan PAS sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2020 bermula lagi Baru sahaja Ahli Jawatankuasa PAS Pu...
Sijil Daftar Muafakat Nasional Di Tangan Kata Annuar

Sijil Daftar Muafakat Nasional Di Tangan Kata Annuar

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 325 hits
PETALING JAYA Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa mendakwa seorang usahawan yang sudah mendaftarkan Muafakat Nasional bersedia menyerahkan hak harta intelek kepadanya untuk terus memperjuangkan gagasan itu Katanya usahawan d...
Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 466 hits
Adam Abu BakarKUALA LUMPUR Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said mendakwa tiada istilah muafakat di negeri berkenaan antara partinya dengan PAS walaupun di peringkat pusat kedua dua parti Melayu Islam itu secara rasmi menjalinkan kerjasama m...
Pas Out Of Muafakat If Umno Breaks Ranks As Heard In Leaked Audio Clip Says Hadi

Pas Out Of Muafakat If Umno Breaks Ranks As Heard In Leaked Audio Clip Says Hadi

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 365 hits
PAS will not work with Umno in Muafakat Nasional if the latter strays from the promises it made as heard in the leaked viral audio clip says PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang He said that after listening to the audio clip many times...
Tidak Mungkin Muafakat Nasional Dapat Diselamatkan

Tidak Mungkin Muafakat Nasional Dapat Diselamatkan

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 369 hits
utusantv comOleh April 1 2021ANALISISTanggal 14 September 2019 adalah tarikh keramat bagi orang Melayu apabila dua parti terbesar mewakili mereka iaitu UMNO dan Pas menandatangani Piagam Muafakat Nasional di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dun...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram