Akhirnya Nur Dinie Pergi Jua Selepas Disahkan Influenza A Berakhirlah Kesakitan Adik


Akhirnya pergi jua..Murid tahun satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan disyaki dijangkiti influenza, meninggal dunia pada 10.41 malam tadi.
Berita Harian melaporkan, bapa Nur Dinie Damia, Muhammad Noor Amin, 38, yang berkongsi berita sedih itu, turut memohon orang ramai mendoakan supaya roh anak bongsunya itu ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.

“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun,” katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita menerusi WhatsApp.
Mengalami jangkitan pada hati dan otak mati
Sebelum itu, pada siang hari, Muhammad Noor yang ditemui pemberita di luar ICU HSA berkata, anaknya mengalami jangkitan pada bahagian hati dan disahkan mengalami otak mati selepas menjalani imbasan pada tengah hari, semalam.
Beliau yang kelihatan sebak berkata, Nur Dinie dimasukkan ke ICU HSA sejak empat hari lalu selepas kesihatannya merudum ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
Muntah darah sebelum masuk ICU
Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya tiba-tiba merudum selepas mengalami demam minggu lalu.
“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum dia disahkan dijangkiti Influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta.
“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia kemudiannya dirujuk ke HSA dan dimasukkan ke ICU bagi pemantauan pakar,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Jabatan Kesihatan Johor (JKJ) mengesahkan seorang murid Tahun Satu (merujuk kepada Nur Dinie Damia) yang dirawat di ICU sebuah hospital di Johor Bahru, dijangkiti Influenza seperti yang tular di media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan berkata, selain dijangkiti Influenza terdapat juga komplikasi lain yang menyebabkan kanak-kanak terbabit perlu dirawat di ICU dan diletakkan di bawah pengawasan pakar.
“Berdasarkan laporan doktor pakar, kanak-kanak terbabit turut mengalami pelbagai komplikasi lain bukan hanya Influenza sahaja,” katanya pada sidang media di JKJ Johor Bahru, semalam.

Antivirus Influenza di Johor masih mencukupi
Sementara itu, Aminolhuda memberi jaminan keadaan wabak Influenza di Johor dalam keadaan terkawal dan boleh diuruskan.
Katanya, bekalan perubatan terutama antivirus Influenza di negeri itu masih mencukupi.
“Malah 89 murid prasekolah sehingga Tingkatan Empat yang disyaki dijangkiti Influenza dirawat sebagai pesakit luar dan diminta berehat di rumah masing-masing.
“JKJ tidak merekodkan jumlah pesakit Influenza di negeri ini (Johor) berikutan jangkitan berkenaan tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, seperti jangkitan denggi contohnya yang memerlukan setiap jangkitan direkodkan.
“Pemantauan terhadap kes Influenza Like Illness (ILI) mendapati berlaku peningkatan kes ILI dan severe acute respiratory infection (SARI) sejak pertengahan bulan lalu, namun peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post Akhirnya Nur Dinie Pergi Jua. Selepas Disahkan Influenza A, Berakhirlah Kesakitan Adik.. appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/akhirnya-nur-dinie-pergi-jua-selepas-disahkan-influenza-a-berakhirlah-kesakitan-adik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Fatihah Nur Dinie Pergi Jua Murid Dijangkiti Influenza Meninggal Dunia

Al Fatihah Nur Dinie Pergi Jua Murid Dijangkiti Influenza Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 417 hits
MURID Tahun Satu Nur Dinie Damia Muhammad Noor 7 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah dan disyaki dijangkiti influenza meninggal dunia pada 10 41 malam tadi Berita Harian melaporkan bapa Nur Dinie Damia Muhammad Noor A...
Akhirnya Nur Dinie Pergi Jua

Akhirnya Nur Dinie Pergi Jua

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 435 hits
MURID Tahun Satu Nur Dinie Damia Muhammad Noor 7 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan disyaki dijangkiti influenza meninggal dunia pada 10 41 malam tadi Berita Harian melaporkan bapa Nur Dinie Damia
Kritikal Disyaki Hidap Influenza Adik Nur Dinie Damia Dilaporkan Meninggal Dunia

Kritikal Disyaki Hidap Influenza Adik Nur Dinie Damia Dilaporkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 809 hits
Johor Bahru Murid tahun satu yang kritikal dan disyaki menghidap influenza disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 10 30 malam tadi Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain 7 sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah...
Kematian Adik Nur Dinie Damia Bukan Kerana Influenza Kkm

Kematian Adik Nur Dinie Damia Bukan Kerana Influenza Kkm

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 805 hits
Kematian Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain bukan kerana influenza A kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Menurutnya Nur Dinie 7 telah disahkan negatif bagi jangkitan influenza berdasarkan ujian sampel klinikal milikny...
Adik Nur Dinie Meninggal Dunia Bukan Sebab Influenza A

Adik Nur Dinie Meninggal Dunia Bukan Sebab Influenza A

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 460 hits
Sepertimana yang korang tahu kisah seorang pelajar tahun satu yang bernama Nur Dinie Damia Muhamaad Noor Ain disyaki dijangkiti Influenza A sejak beberapa hari yang lalu tular di media sosial Ohmedia tengok nasib si adik ni pun rasa sebak s...
Mb Johor Perjelaskan Arwah Adik Dinie Negatif Influenza

Mb Johor Perjelaskan Arwah Adik Dinie Negatif Influenza

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 341 hits
Kanak kanak perempuan Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain 7 yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah di sini malam tadi Kanak kanak berkenaan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi HSA disahkan me...
Murid Mangsa Influenza A Nur Dinie Damia Meninggal Dunia

Murid Mangsa Influenza A Nur Dinie Damia Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 831 hits
Murid Tahun Satu Nur Dinie Damia yang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah kerana disyaki dijangkiti influenza meninggal dunia kira kira jam 10 30 malam tadi Perkara itu disahkan oleh bapa kanak kanak tersebut Muhammad N...
Kematian Nur Dinie Bukan Disebabkan Influenza Ujian Sampel Klinikal Adalah Negatif Kkm

Kematian Nur Dinie Bukan Disebabkan Influenza Ujian Sampel Klinikal Adalah Negatif Kkm

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 548 hits
The ReporterMedia sebelum ini melaporkan Nur Dinie Damia Muhammad Noor 7 meninggal dunia dan disyaki berpunca dari jangkitan Influenza A Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ujian sampel klinikal yang ...
Kau Pergi Jua Setelah Bertarung Nyawa Jururawat Akhirnya Meninggal Akibat Rempuhan Pemandu Mabuk

Kau Pergi Jua Setelah Bertarung Nyawa Jururawat Akhirnya Meninggal Akibat Rempuhan Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 532 hits
Pada 17 Januari 2020 dilaporkan sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal telah terbabit dalam kemalangan di Ketapang Melaka Menurut sumber Faizal dan isterinya Siti Mastura Ahad yang merupakan ...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Dugaan Pagi Khamis

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap

Netizen Serang Instagram Memey Suhaiza Isu Penyondol Kembali Diperkatakan

Anak Sulung Setuju Edika Yusof Amp Nor Hidayah Bercerai Sedia Jaga Ibu Selagi Termampu Ini Jalan Terbaik Untuk Mereka