Akhirnya Muhyiddin Tunjukkan Kesombongan Beliau Dan Ppbm Dalam Ucapan Persidangan Tahunan Ppbm



Semalam admin siarkan tulisan yang mempersoalkan keikhlasan PPBM untuk menyertai Muafakat Nasional.
Sebenarnya, ada asas yang kukuh mengapa admin mempersoalkannya, bukan untuk bermain dengan persepsi atau untuk spin.
Admin juga sayangkan agama, bangsa dan tanah air tercinta ini.
Kalau memang benar PPBM ikhlas, demi memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air tercinta, kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan.
Tetapi...

Tonton berulang kali video klip di atas dan cuba fahamkan baik-baik apa yang tersirat di sebalik ucapan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin.
Sebelum Muhyiddin menyatakan dalam bentuk apa PPBM akan menyertai Muafakat Nasional, terlebih dahulu Muhyiddin memberi mendakwa bahawa PPBM adalah parti utama dalam gabungan Perikatan Nasional!!! (Lihat : 0'22" hingga 0'30")
Muhyiddin juga mendakwa bahawa PPBM merupakan parti utama di peringkat pusat dan negeri, walau pun pada hakikatnya PPBM cuma mempunyai seorang sahaja Menteri Besar iaitu di Perak, sedangkan Muafakat Nasional mempunyai 7 orang Menteri Besar/Ketua Menteri di peringkat negeri, iaitu Perlis, Kedah, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu, manakala GPS mempunyai seorang Ketua Menteri di Sarawak.
Manakala di peringkat pusat pula, PPBM cuma mempunyai 30 kerusi dari 112 kerusi yang dimiliki oleh Perikatan Nasional di Dewan Rakyat, manakala Muafakat Nasional mempunyai 61 kerusi (43 BN, 18 PAS), GPS (Sarawak) pula mempunyai 18 kerusi, MP dari Sabah 2 kerusi (1 dari PBS dan 1 dari Solidariti) dan 1 MP Bebas dari Sabah.
Ini jelas menunjukkan bahawa Muafakat Nasional bukan sahaja adalah gabungan parti terbesar, malah mempunyai lebih dari 50% jumlah kerusi di dalam Kerajaan Perikatan Nasional.
Tidakkah Muhyiddin dan PPBM sedar, kerajaan yang ditubuhkan sekarang cuma mempunyai kelebihan majoriti 2 kerusi MP sahaja dalam Dewan Rakyat dan sekiranya UMNO atau Pas atau kedua-duanya dalam gabungan Muafakat Nasional mengambil keputusan untuk keluar dari Perikatan Nasional, maka dengan sendirinya Kerajaan Perikatan Nasional akan tumbang dan Muhyiddin juga akan kehilangan jawatan Perdana Menteri.
Muafakat Nsional boleh sahaja, malah layak untuk menuntut jawatan Perdana Menteri sebagai syarat untuk menyokong Perikatan Nasional, tetapi atas semangat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air, satu sahaja syarat yang diberikan, iaitu jaminan membentuk kerajaan tanpa DAP.
Secara tepatnya, jawatan Perdana Menteri yang Muhyiddin dan PPBM banggakan itu adalah atas ihsan pemimpin Muafakat Nasional!!!
Mengapakah Muhyiddin dan PPBM tidak berterima kasih!!!
Apakah Muhyiddin Tersilap Memberi Tahu Jumlah Ahli PPBM Atau Sengaja Menipu? (Rujuk : 0'37" Hingga 0'47")

Muhyiddin mendakwa dalam masa 4 tahun, PPBM berjaya mengumpul sehingga hampir setengah juta ahli atau lebih tepat lagi seramai 420,000 ahli.
Admin mahu bertanya, dari manakah Muhyiddin mendapat angka-angka tersebut dan apakah ianya angka terkini serta sahih?
Sebab Muhyiddin pernah memberi angka yang salah dalam Dewan Rakyat dan ianya terpaksa dibetulkan semula oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, ketika menjawab soalan dari MP Bandar Baru Kulim, Saifuddin Nasution.
Admin berani mengatakan bahawa angka yang diumumkan Muhyiddin itu sama ada angka yang silap atau angka rekaan semata-mata.
Kita mengetahui, sejak Dr Mahathir mengumumkan penububan parti baharu, Pejuang, terdapat banyak bahagian dan cawangan PPBM di seluruh negara mengumumkan pembubaran dan ahli PPBM mengisytiharkan keluar beramai-ramai dari PPBM.
Tidak perlu admin sertakan 'link-link' berita tersebut kerana kalau hendak ditepekkan semuanya, terlalu banyak, nanti tulisan ini penuh dengan 'link'link' tersebut.
Benarkah Dakwaan Muhyiddin, Dengan Penyertaan PPBM Ke Dalam Muafakat Nasional Maka Sebahagian Besar Sokongan Rakyat Sudah Kita Perolehi? (Rujuk : 1'31" Hingga 1'48")

Sekiranya keahlian PPBM bertambah, cawangan dan bahagia baharu PPBM ditubuhkan di seluruh negara, maka admin akan mengakui bahawa penyertaan PPBM ke dalam Muafakat Nasional akan menambah sokongan rakyat kepada Muafakat Nasional.
Tapi apa yang Muhyiddin katakan adalah bertentangan dengan apa yang sedang berlaku terhadap PPBM sekarang.
Semakin hari, semakin banyak cawangan dan bahagian PPBM ditutup, malah PPBM Bahagian Pagoh, Parlimen Muhyiddin sendiri telah hilang keyakinan ke atas beliau dan PPBM yang ada sekarang.

Pengasas PPBM Pagoh, Abdul Wahab Ibrahim, seorang veteran politik telah mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh 1,000 orang ahli PPBM yang lain.
Malah cawangan PPBM Simpang Empat di bawah Parlimen Pagoh telah dibubarkan!!!
Lebih mengejutkan lagi, lebih banyak cawangan dan bahagian PPBM Johor dijangka akan mengikuti langkah yang sama dan dari sumber mengatakan ramai ahli PPBM Johor memberontak untuk tinggalkan PPBM dan mahu menyertai Pejuang.
Kalau di Parlimen dan negeri kelahiran Presiden PPBM yang juga merupakan Perdana Menteri tidak dapat ditambah sokongan rakyat, malah ahli PPBM sendiri bertindak keluar parti, mana mungkin dengan penyertaan PPBM ke dalam Muafakat Nasional dapat memastikan atau menambah sokongan rakyat!!!
Berkali-kali sudah admin ulangi, penyertaan PPBM ke dalam Muafakat Nasional mempunyai agenda tersembunyi.
Parti mereka bermasaalah dan sudah ibarat dahan yang sudah sangat rapuh, kini mencari dahan Muafakat Nasional yang lebih besar dan kukuh dengan memberikan alasan penyatuan ummah demi agama, bangsa dan tanah air.
TS Shahrir Samad juga mempunyai pandangan yang sama.
PPBM mengharapkan undi Muafakat Nasional untuk terus bertapak di dunia politik, itulah hakikatnya tetapi sangat memualkan bila mereka mempamerkan sikap besar kepala!!!
Tidak mustahil juga Muhyiddin mempunyai agenda bersama yang terselindung dengan Dr Mahathir.
Pendedahan Rais Yatim bahawa Dr Mahathir setuju Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, menimbulkan satu persoalan yang sangat besar.
Apakah itu masih tidak cukup untuk membukakan mata hati kita semua?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/08/akhirnya-muhyiddin-tunjukkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Penyokong Isytihar Sertai Ppbm Sokong Muhyiddin

Azmin Penyokong Isytihar Sertai Ppbm Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 272 hits
Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam secara rasmi mengumumkan menyertai parti Bersatu bersama sama penyokong beliau Pengumuman itu dilakukan ketika berucap di hadapan lebih 5 000 peserta Kongres Negara anjuran ba...
Gelombang Keluar Ppbm Muhyiddin Minta Nyawa Dengan Umno Tapi Macai Muhyiddin Berlagak Macam Dewa

Gelombang Keluar Ppbm Muhyiddin Minta Nyawa Dengan Umno Tapi Macai Muhyiddin Berlagak Macam Dewa

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 434 hits
Sejak Dr Mahathir umumkan akan menubuhkan bersama sama serpihan PPBM pada 7 Ogos 2020 lalu tidak dapat dinafikan ianya mencetuskan suasana panik kepada kem Presiden PPBM Muhyiddin Yassin Sama ada Dr Mahathir benar benar mahu menubuhkan part...
Akhirnya Ppbm Sah Sertai Muafakat Nasional Video

Akhirnya Ppbm Sah Sertai Muafakat Nasional Video

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 297 hits
Presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional kerjasama antara Umno dan PAS Beliau dalam satu rakaman video berkata ia adalah pilihan terbaik untuk PPBM kerana penyatuan itu akan mewujudk...
Bn Poser As Pas Ppbm Form Pro Tem Panel To Register Pn

Bn Poser As Pas Ppbm Form Pro Tem Panel To Register Pn

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 380 hits
PAS secretary general Takiyuddin Hassan has confirmed that the Islamist party is a part of a pro tem committee with PPBM to officially register Perikatan Nasional as a coalition However he said he was unsure if Barisan Nasional will be join...
Pas Grassroots Welcome Ppbm Joining Mn Says Takiyuddin

Pas Grassroots Welcome Ppbm Joining Mn Says Takiyuddin

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 273 hits
PAS secretary general Takiyuddin Hassan today said PAS grassroots supporters accept the idea of PPBM joining Muafakat Nasional with Umno Takiyudin said PAS president Abdul Hadi Awang and Umno president Ahmad Zahid Hamidi themselves had invi...
Not True 6 Mps Joining Ppbm Says Amanah

Not True 6 Mps Joining Ppbm Says Amanah

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 258 hits
Amanah has denied that six of its 11 MPs are leaving to join PPBM KUALA LUMPUR Amanah has refuted rumours that six of its MPs will be joining PPBM Its secretary general Hatta Ramli said the matter reported by a news portal was inconceivable...
Lihat Lah Bagaimana Ppbm Memperalatkan Ahli Umno Untuk Memecah Belahkan Parti Umno Sendiri Macam Ni Nak Suruh Kerjasama

Lihat Lah Bagaimana Ppbm Memperalatkan Ahli Umno Untuk Memecah Belahkan Parti Umno Sendiri Macam Ni Nak Suruh Kerjasama

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 402 hits
BUNG MOKHTAR ADALAH KETUA KAMI DI SABAH DENGAR DAN IKUT SEGALA KEPUTUSAN YG DAH DIBUAT OLEH JAWATANKUASA PIMPINAN BUNG SIAPA CALON KETUA MENTERI SABAH ITU BINCANG KEMUDIAN Jangan jadikan kes2 yg Bung hadapi di mahkamah sebagai alasan nak ca...
Pas Sepatutnya Lebih Risaukan Ppbm Daripada Nak Mencurigai Bayang Bayang Umno

Pas Sepatutnya Lebih Risaukan Ppbm Daripada Nak Mencurigai Bayang Bayang Umno

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 459 hits
Salah tu Pak Kadiaq PAS akan TERBUNUH jika menerima PPBM untuk bersama dalam Muafakat Nasional Memang UMNO bukanlah sebuah parti yang sempurna sbg parti yg ada jumlah keahlian melebihi 3 juta orang bermakna bermacam jenis kepala yg ada dala...
Ppbm Hanya Menyumbang Jawatan Pm Jika Masuk Mn

Ppbm Hanya Menyumbang Jawatan Pm Jika Masuk Mn

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 520 hits
PPBM bukanlah aset sebaliknya liabiliti jika masuk Muafakat Nasional Penganalisis politik dari Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi berkata berdasarkan ahli sahaja PPBM tidak mungkin memainkan peranan yang besar sebagaimana mereka mahu ...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia