Akhirnya Misbun Sidek Tinggalkan Persatuan Badminton Malaysia


Misbun akur dengan keputusan BAM klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Misbun meninggalkan BAM selepas 6 tahun. DATUK Misbun Sidek bukan lagi jurulatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM), selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak menggunakan khidmatnya lagi.

Jodoh legenda badminton negara itu dengan BAM, menemui jalan perpisahan, apabila kontraknya sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Kebangsaan di ABM, ditamatkan lebih awal, selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Justeru, persetujuan bersama yang dicapai Misbun-BAM itu menyaksikan penasihat kelab badminton Nusa Mahsuri terbabit meninggalkan badan induk badminton negara, berkuat kuasa serta merta.

“BAM dan Datuk Haji Misbun Sidek mencapai persetujuan bersama selepas berkerjasama sejak lebih enam tahun,” kata Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam, yang mengepalai Jawatankuasa Khas, menilai prestasi skuad remaja negara di Kejohanan Remaja Asia, yang berlangsung di Yogyakarta, baru-baru ini.

Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, pada sidang media mengumumkan penamatan kontrak Datuk Misbun Sidek di Akademi Badminton Malaysia. Subramaniam membuat pengumuman itu dalam satu sidang media yang berlangsung di ABM, yang turut dihadiri Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh.

Apabila ditanya mengenai faktor utama penamatan kontrak Misbun dan perkara yang gagal memuaskan hati BAM, Subramaniam berkata: “Bukan soal kepuasan, kami sudah membincangkannya dengan panjang lebar bersama semua pemegang taruh dan selepas perbincangan itu, kami dapati sesuatu perlu diubah untuk kebaikan.

“Misbun faham… kami faham, jadi kami fikir kita perlu mencari satu bab baharu.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Misbun sudah memberikan yang terbaik sepanjang berada di sini, memimpin pemain mengenai cara untuk maju ke hadapan tetapi keputusannya tiada, jadi mungkin menggunakan program berbeza boleh memajukan pemain.”

Dalam pada itu, Subramaniam menafikan bahawa keputusan menamatkan kontrak Misbun yang sepatutnya berakhir hujung tahun ini telah dirancang, sebelum penubuhan Jawatankuasa Khas lagi.

Justin Hoh antara pemain dinaikkan Datuk Misbun Sidek. Justeru, pemain remaja yang akan mewakili negara ke Kejohanan Remaja Dunia di Honolulu, Amerika syarikat (AS) 25 september hingga 8 Oktober depan, akan menjalani latihan bersama skuad senior kebangsaan.

“Pemain yang terpilih ke Kejohanan Remaja Dunia nanti akan menjalani latihan bersama skuad senior sehingga kejohanan berakhir.

“Pemain perseorangan remaja yang lain pula akan berlatih dibawah kendalian jurulatih yang sudah ditetapkan.

“Kategori umur bawah 18 tahun akan berlatih di bawah jagaan Hazwan (Mohd Hazwan Jamaluddin) dibantu Misbun Ramdan Misbun dan Goh Giap Chin, sementara Ameer Zainuddin kekal melatih pemain bawah 15 tahun,” kata Subramaniam.

Beliau turut mengesahkan sepanajng tempoh persiapan pemain remaja ke Kejohanan Remaja Dunia, pihaknya akan mencari pengganti Misbun.

Untuk rekod, ini adalah kali ketiga Misbun, 63, meninggalkan BAM sejak kembali semula pada 2017.

Misbun sebelum ini diberi peranan sebagai Pengarah Pembangunan Skuad Remaja ABM pada 2020, diturunkan pangkat kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja selepas prestasi buruk skuad negara di Kejohanan Remaja Dunia yang berlangsung di Santander, Sepanyol, Oktober tahun lalu.

SOURCE: Flash Sukan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2023/07/akhirnya-misbun-sidek-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I M Proud Of Misbun Sidek Even If Bam Isn T

I M Proud Of Misbun Sidek Even If Bam Isn T

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 211 hits
The Misbun Sidek controversy erupted a week ago and I had actually wanted to pen a piece here joining our sacked badminton coach in smashing the Badminton Association of Malaysia I thought it was just not right for BAM to treat their coach ...
Senarai Lagu Raya Tik Toker Malaysia

Senarai Lagu Raya Tik Toker Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 259 hits
Tahun ini Juju perasan ramai betul Tik Toker Malaysia yang nyanyi lagu raya ya Ada juga yang tak menyanyi tapi buat penampilan istimewa Juju sendiri pun suka dengan lagu lagu yang diorang nyanyikan ni Fresh je bila dengar Ada juga tik toker...
Beraya Di Legoland Malaysia

Beraya Di Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 447 hits
Macam awal sangat je Juju dan Yash beraya dekat LEGOLAND Malaysia ni yek Hehehe dah banyak sangat makan lauk lauk raya jadi kita kena bersenam dengan cara membakar lemak di Water Park Theme Park dan Sealife dekat dalam LEGOLAND ni Sebenarny...
Bendera Malaysia Maksud Warna Dan Lambang

Bendera Malaysia Maksud Warna Dan Lambang

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 384 hits
Bila sebut pasal bendera Malaysia mesti dah terbayang dalam kepala betapa gahnya bendera Malaysia ini berkibar di bangunan bangunan sekolah pejabat pejabat kerajaan dan pelbagai premis lagi Tapi adakah kita faham maksud yang tersurat dan te...
Generasi Baharu Rakyat Malaysia Beli Berasaskan Nilai Dalam Talian

Generasi Baharu Rakyat Malaysia Beli Berasaskan Nilai Dalam Talian

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 368 hits
Generasi baharu rakyat Malaysia membeli belah dengan tujuan dalam talian Data pasaran Shopee menunjukkan pengguna dalam talian berkemungkinan tiga kali ganda membeli produk yang menggalakkan penggunaan lebih bijak pada 2023 berbanding pada ...
Lego Themed Buffet Dinner Featuring Flavours Of Nusantara Returns To Legoland Malaysia Resort

Lego Themed Buffet Dinner Featuring Flavours Of Nusantara Returns To Legoland Malaysia Resort

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 212 hits
Lepas event Cadbury haritu Juju dan dak Yash terus berdesup ke Hotel Legoland pula untuk review buffet Ramadhan Tahun ni Legoland bawakan tema Flavours of Nusantara dimana pengunjung berpeluang untuk menikmati makanan makanan tradisional me...
Domestic Terrorism Comes To Malaysia

Domestic Terrorism Comes To Malaysia

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 257 hits
Attempted assassination of lawyer activist Siti Kassim crosses red line Murray Hunter On June 21 the activist lawyer Siti Kassim took her car to an automobile center in the Bangsar district of Kuala Lumpur to service it before she drove acr...
A Fateful Moment For Malaysia Approaches

A Fateful Moment For Malaysia Approaches

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 215 hits
This electoral moment may be the last hurrah for the old aspiration toward a decent inclusive Malaysia Clive Kessler The Malay Mail Online On August 12 six Malaysian states will elect new governments Normally state and federal elections are...
If Bid To Leave Islam Fails Woman Needs To Flee Malaysia Lawyer Argues

If Bid To Leave Islam Fails Woman Needs To Flee Malaysia Lawyer Argues

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 317 hits
A woman wishing to live her life would be forced to leave Malaysia if she loses her legal bid to leave Islam the Court of Appeal heard today Her lawyer Fahri Azzat submitted that this is what his 33 year old client would have to do if she k...
Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Malaysia Tegaskan Komitmen Terhadap Keselamatan Digital Di Mesyuarat Menteri Apt Di Tokyo

Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Cikgu Bujang Didakwa Sentuh Anak Murid Di Asrama Sekolah

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anwar Warns Against New Geopolitical Orthodoxy Reaffirms Asean Centrality

Has Malaysia Ever Seen Ministers Resign When They Lose Support

Online Debate Sparks Questions Over Anwar S True Persona Amid Ph Rule

Gas Tank Rule Came When You Were Minister Armizan Reminds Wee

Anak Lemah Subjek Matematik

Homeward Bound