Akhirnya Jumpa Juga Bb2go Sedap Betul Hazelnut Latte
AKHIRNYA JUMPA JUGA BB2GO! SEDAP BETUL HAZELNUT LATTE! | Assalamualaikum semua! Cuaca tidak menentu sekarang ni kan? Hujan panas hujan panas. Ruby nak bawa anak-anak beriadah, mesti cek ramalan kaji cuaca. Risau nanti anak-anak dah teruja, hujan lebat pula kan. Monyok je mereka nanti. Hahaha.
Nak dijadikan cerita, hari Sabtu yang lalu Ruby sekeluarga ke Tasik Titiwangsa. 9.30 pagi dah sampai. Hujan renyai-renyai. Yang bagusnya bila hujan, pengunjung tidak ramai dan banyak parking berdekatan pintu masuk. Hooray
Kami menunggu dengan penuh sabar. Jalan-jalan dari parking nampak basikal bersusun. Adam dan Alif dah teruja nak naik. Hujan masih turun, nanti basah lencun ibu dan ayah. Campur dengan kegigihan mengayuh, berpeluh teruk nanti. Haha
Kami sarapan di Lakeside dan sambil menunggu hujan berhenti, anak-anak main tiup tiup bubbles tu. Ruby kalau beriadah, memang akan beli bubbles ni. Beli extra supaya Ibu dan Ayah pun boleh main.
AKHIRNYA JUMPA JUGA BB2GO! SEDAP BETUL HAZELNUT LATTE!
Kami berjaya dapatkan basikal yang boleh naik 4 orang. RM 30 untuk 1 jam. Ingatkan 1 jam tu sekejap aje. Tapi ngam ngam masa kami. Dah letih mengayuh, mencari minuman la kan. Dahaga betul
Nampak motosikal EV BB2GO. Terus pergi ke motor dan pesan 4 minuman. Ais Hazelnut Latte, Caramel Latte dan dua Hot Chocolate. Ruby ulang minum Hazelnut Latte dua kali. Hahaha.
Jika korang ingin tahu apa itu BB2GO, boleh baca di sini >> https://www.ruby.my/2021/12/dapatkan-minuman-panas-blackbixon-dari-bb2go-berdekatan-anda.html?m=1
Tahu tak selepas beberapa minggu berada di pasaran, ramai pelanggan menyukai minuman panas pada waktu pagi dan sejuk pada waktu tengahari. Pelanggan inginkan minuman sejuk berais. Fuhh legaaaa juga dapar minuman sedap waktu begitu. Betul kan
BB2GO mendengar maklum balas pelanggan dan kini Motosikal EV BB2GO juga sudah bersiap sedia dengan bahan-bahan keperluan seperi cooler box untuk menyimpan ais.
Selain dari minuman sedap, pelanggan juga tertarik dengan penampilan Barista Bikers. Mereka berpakaian uniform Cowboys lengkap dengan logo BlackBixon. Dari topi, bandana, kemeja, seluar jeans dan kasut boots. Bergaya kan
BB2Go boleh datang kepada anda. Satu motorsikal boleh menyediakan sehingga 400 minuman. Jika ingin menempah BB2GO, mereka boleh menyediakan minuman panas 1 motor, minuman sejuk 1 motor.
MENU MINUMAN BB2GO
Melalui pengalaman Ruby. Tempoh penyediaan minuman BB2GO sangat cepat! 3 min untuk minuman panas dan hanya 2 minit untuk minuman berais.
Cofee Flavored:HazelnutFrench VanillaSpiced ChaCaramelRoasted Almond
Choco Flavored:Hot ChocolateMocha
Ais Caramel LatteAis Hazelnut LatteAis AmericanoAis Latte
Pada pendapat Ruby, BB2GO adalah konsep kedai kopi yang mesra pelanggan. Kualiti minuman yang konsisten. Kemudian dijual pada yang amat berbaloi-baloi
Sebagai pelanggan yang berkeluarga. Kami kebiasaannya akan membeli lebih dari satu dan pasti akan membeli berulangkali.
Semoga Barista Biker BB2GO diberi kesihatan yang baik dan ceria melayani pelanggan. Terima Dahlia dan Izzat.
LOKASI TERKINI BB2GO
Bandaraya LRT (SOGO): 7AM - 10.30PM Depan SOGO: 11AM - 5PM Masjid JamekBukit Bintang MRT (WOLO)
VIDEO INSTAGRAM REELS BERSAMA BB2GO View this post on Instagram A post shared by Lifestyle Blog | www.ruby.my (@rubydotmy)
TEMPAH BB2GO MELALUI APLIKASI MUDAH ALIH BLACKBIXON
Aplikasi Mudah Alih BlackBixon sudah sedia! Kini anda boleh memesan produk BlackBixon, pendaftaran ahli baharu, mengurus perniagaan anda & banyak lagi. Semuanya melalui aplikasi mudah alih BlackBixon kami sendiri. Tersedia dalam versi Android & IOS
IOS (App Store) https://apps.apple.com/my/app/blackbixon/id1554423814
Android (Play Store)https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cissolucis.blackbixon
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2022/01/akhirnya-jumpa-juga-bb2go-sedap-betul.html