Akhirnya Bolot Jawatan Mana 10 Tuntutan Untuk Rakyat


 



Hantaran Facebook Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan ucapan tahniah kepada Ketua Penerangan parti itu, Shahril Sufian Hamdan yang baharu dilantik sebagai Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri mengundang kecaman warganet.


Orang ramai dilihat menyelar dan menyindir pelantikan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu yang dianggap tidak perlu sama sekali ketika ramai rakyat terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ada yang membangkitkan di mana 10 Tuntutan Rakyat yang Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah perjuangkan sehingga beliau menerangkan sendiri satu persatu tuntutan tersebut kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Julai lalu.

“Ingatkan adalah sinar dan harapan 10 tuntutan untuk rakyat. Akhirnya, jawatan saja depa bolot. Teruk kena ‘kencing’ (tipu) ni,” kata Muhammad Muqqodim.

Pengguna Facebook, WaeYie LK pula menegaskan tiada keperluan pelantikan tersebut untuk negara buat masa sekarang dengan ramai rakyat amat susah, terdesak dan tertekan.

“Kerajaan sendiri sudah banyak pakar yang berkaliber. Sudah tiba masanya negara kita melantik sesuatu jawatan bukan atas dasar kuota parti,” ujarnya.

Pelantikan Shahril yang dikatakan bakal mencabar Asyraf dalam pemilihan Umno itu juga berlaku pada ketika sebanyak 20 peratus atau kira-kira 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 kini beralih kepada had pendapatan di bawah kumpulan B40.

“Hang lantik orang hang. Aku lantik orang aku. Yang merana tiada kerja dan makan adalah insan yang bernama rakyat,” kata seorang netizen.

Bahkan, sikap Umno yang lantang bersuara ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebelum ini juga menjadi sindiran orang ramai.

“Wow, terus okey apabila Umno dapat banyak jawatan penasihat,” perli Miro Jusuh.

Tidak kurang juga warganet yang menyarankan agar jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang disandang Datuk Seri Mustapa Mohamed dimansuhkan susulan pelantikan Shahril itu.

“Boleh dah hapuskan jawatan Menteri Ekonomi!” sinis Muhammad Azlan Azenin.

Berikut 10 Tuntutan Rakyat yang diketengahkan Pemuda Umno sebelum ini:

1. Segerakan Bantuan Khas Covid-19 (BKC), jangan tunggu bulan Ogos. Itupun belum ada tarikh bulan Ogos bagi tujuan pembayaran. Rakyat amat terdesak sekarang. (Nota: Nilai BKC adalah RM250 untuk M40, RM800 untuk B40; RM1,300 untuk miskin tegar; RM100 untuk bujang)

2. Jangan berkira sangat, luluskan sahaja kedua-dua kategori penerima BPR/BKC dan penerima GKP-Geran Khas Prihatin (M40: BKC (RM250) + GKH (500) = RM750 sahaja; B40: RM300 + GKH:RM500 = RM800 sahaja). Ramai mengadu dinafikan BPR/BKC kerana GKP sedangkan GKP untuk bantu perniagaan terjejas sedangkan BPR/BKC lebih kepada keperluan menampung kehidupan diri dan keluarga.

3. Permudahkan proses rayuan tanpa perlu banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan. Karenah birokrasi akan menyusahkan rakyat terutamanya M40 yang hanya menerima RM250 (takut-takut kos nak merayu akhirnya yang tinggal berbaki jika berjaya sekalipun sudah tidak berbaloi).

4. LHDN wajar ambil kira data terkini. Ramai di kalangan rakyat terutamanya M40 yang jatuh ke kategori B40 sejak awal tahun ini ketika PKP 2.0 dan makin parah apabila PKP 3.0. Data pembayaran cukai 2020 tidak menggambarkan realiti sebenar keadaan majoriti rakyat!

5. Kerajaan wajar menambah suntikan fiskal dengan meningkatkan jumlah BKC terutamanya untuk M40. Nilai RM250 terlalu sedikit dalam keadaan rakyat sudah sampai ke peringkat terdesak.

6. Tambah baik i-Citra dengan dibenarkan pengeluaran secara ‘lump sum’ berbanding berkala setiap bulan dan kadar lebih tinggi mengikut simpanan pencarum, contohnya RM10,000 atau berkadaran dengan jumlah simpanan dalam Akaun KWSP.

7. Benarkan akses kepada Akaun 1 KWSP dan permudahkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui karenah birokrasi dalam pengeluaran dan permohonan.

8. Benarkan akses kepada golongan T20 dan M40 untuk mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi bagi tujuan melangsaikan komitmen-komitmen seperti hutang akibat daripada pendapatan yang terjejas secara mendadak.

9. Selaraskan kaedah penawaran moratorium yang dibuat oleh bank-bank dengan tidak mengenakan faedah terakru sehingga rakyat terpaksa membayar kos pinjaman lebih tinggi akibat memilih moratorium. Perluaskan juga moratorium kepada agensi kerajaan termasuk LPPSA.

10. Bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil yang ramai mula terpaksa gulung tikar akibat PKP 3.0 yang berpanjangan dan tiada berkesudahan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/akhirnya-bolot-jawatan-mana-10-tuntutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punya Nak Selamatkan Kerajaan Melaka Sampai Error 404 Akhirnya Habis La Jawatan Dan Habuan Gamaknya Kah Kah

Punya Nak Selamatkan Kerajaan Melaka Sampai Error 404 Akhirnya Habis La Jawatan Dan Habuan Gamaknya Kah Kah

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 474 hits
HAMZAH RIE NA Ura ura kerajaan Negeri Melaka akan tumbang adalah tidak benar malah kerajaan ini masih teguh dan utuh Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Ustaz Kamarudin SidekSejam sebelum teguh sejam kemudian runtuh Lepas tu tiba server berita ini...
Bantuan Baucar Rm50 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Baucar Rm50 Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 187 hits
Kerajaan telah melancarkan sebuah program iaitu Baucar Perlindungan Tenang dimana program ini bertujuan sebagai jaminan keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam kalangan Keluarga Malaysia Melalui program ini kerajaan akan...
Three Bills And 12mp Passed Dewan Rakyat Adjourns Sine Die

Three Bills And 12mp Passed Dewan Rakyat Adjourns Sine Die

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 268 hits
The First Meeting of the Fourth Session of the 14th Parliament which sat for 17 days came to a close today Dewan Rakyat Speaker Azhar Azizan Harun when conducting the afternoon session said the meeting was adjourned sine die which means wit...
Perbualan Pm Pun Boleh Dirakam Ini Kerja Siapa Dan Selamatkah Juga Komunikasi Kita Rakyat Biasa

Perbualan Pm Pun Boleh Dirakam Ini Kerja Siapa Dan Selamatkah Juga Komunikasi Kita Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 176 hits
Sejak semalam telah berlegar di media sosial satu rakaman audio yang didakwa antara bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Perbualan yang dirakam itu berkisar mengenai pergolakan politik Melaka sel...
Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

Zahid Hamidi Buatkan Minum Petang Umno Dan Pas Sia Sia Saja Baru Sedar Sikap Pas Tanya Pengemudi Pakatan Rakyat Dahulu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 379 hits
Petang semalam Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memuat naik di media sosial gambar pertemuan minum petangnya bersama dua pemimpin kanan Pas Mereka ialah Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas Idris Ahmad Turut...
Rakyat Melaka Siap Sedia Untuk Mengundi Ph Gambar Gambar

Rakyat Melaka Siap Sedia Untuk Mengundi Ph Gambar Gambar

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 259 hits
N 08 Machap Jaya sudah bersedia untuk PRN Ketua Cabang Keadilan Alor Gajah akan mempertahankan kemenangan sebelum ini
Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Wanita Hilang Selama Setahun Akhirnya Hanya Jumpa Rangka

Lirik Lagu Antara Puisi Dan Rautmu Arish Mikael

Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Ex Pesuruhjaya Sprm Cabar Pmx Bebaskan Najib Razak

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British

Syukur Fasa 2 Tarikh Kaedah Penyaluran Bantuan