Akhirnya Billboard Yang Menjadi Viral Di Turunkan Majlis Perbandaran Selayang
AKHIRNYA BILLBOARD YANG MENJADI VIRAL DI TURUNKAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG. Dalam minggu ni antara isu hangat yang menjadi viral adalah isu produk produk kesihatan dengan papan tanda iklan yang berunsur double meaning. Macam mana nak cakap.. yang ada unsur seksualiti lah senang.
Ada beberapa aktivis di media sosial bangkit menuntut tindakan terhadap billboard yang membuat iklan macam tu.
Ramai menyokong supaya iklan iklan sebegitu tak di benarkan untuk di paparkan secara umum pada billboard besar di tepi jalan. Selain memberi moral yang tidak baik ia boleh memberi pengaruh kepada remaja & kanak kanak.
Tidak mahu perkara begini menjadi normal dalam masyarakat mereka bangkit bersuara melawan sebarang normalisasi kelucahan dan meminta pihak sepatutnya untuk campur tangan & mengambil tindakan sewajarnya
Erkk..kenapa tetiba den tulis macam laporan berita ni. Kekekeke. Sekali sekala apa salahnya
So hari ni ternampak satu perkongsian di laman facebook page Akhi Fairuz Al-Jengkawi salah satu billboard besar di tepi jalan telah di turunkan oleh pihak majlis perbandaran selayang
Alhamdulillah.. at least ada juga tindakan dari tak ada. Biarpun produk & iklan iklan macam ni masih berleluasa di media sosial & di anggap tidak salah bagi mereka tapi dengan tindakan macam ni hope masyarakat tahu ia tidak normal, tidak bermoral & tidak perlu di benarkan
Memang tak sedap juga bila kita lalu tepi highway penuh billboard besar besar dengan iklan double meaning kemudian anak anak baca & tanya apa maksudnya. Serba salah kita nak jawab.
Moral of the story.. Apa usaha yang baik kita support even kita pun tak baik mana. Kalaupun bukan untuk kita tapi untuk generasi anak anak kita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2020/12/akhirnya-billboard-yang-menjadi-viral.html